Prk Mahkota Annuar Lancar Perang Psikologi Terhadap Bn Tak Perkecil Bersatu


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar-10 Sep 2024, 08:00 AM

Penganalisis berkata Annuar Musa sedar BN jauh di hadapan berdasarkan gabungan undinya dan PH berbanding 7,614 undi diperoleh PN pada PRN Johor 2022.
BN mengumumkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calonnya untuk PRK Mahkota 28 Sept ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Kenyataan secara terbuka Annuar Musa yang yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang majoriti lebih besar pada PRK Mahkota bukan berniat memperkecilkan kemampuan Bersatu, sebaliknya hanya ‘perang psikologi’ untuk jentera kerajaan perpaduan berasa selesa.

PN dijangka diwakili Bersatu pada PRK berlangsung 28 Sept ini dalam usaha merampas kerusi itu daripada BN yang mencalonkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah.

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata kenyataan pemimpin PAS itu menunjukkan PN menyedari realiti perlu berdepan sokongan gabungan undi BN dan Pakatan Harapan (PH) yang meraih 28,056 undi pada PRN Johor lalu berbanding 7,614 undi diterimanya.

“Kenyataan itu hanya perang psikologi kerana Annuar tahu BN akan menang selesa, tak boleh kata sengit.

Jadi, dia (Annuar) sengaja kata begitu supaya Umno alpa, merasa selesa dan tidak kuat sangat berkempen, katanya kepada FMT, mengulas kenyataan Annuar yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat Ahad lalu, bahawa BN akan menang PRK Mahkota dengan majoriti lebih 20,000 undi.

Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpandangan kenyataan Annuar menggambarkan PN tidak yakin terhadap kemampuannya menawan kubu kuat Umno, mengambil kira masalah dalaman sedang dihadapi Bersatu ketika ini.

“Bersatu sendiri sedang berdepan pelbagai tekanan melibatkan pemimpin tertinggi mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ia boleh dianggap jalan mudah untuk BN mengalihkan sokongan pengundi PN kepada mereka, katanya.

Bagaimanapun, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpendapat jentera kerajaan perpaduan perlu menumpukan kepada pengundi Umno yang mengalihkan sokongan kepada PN kerana kerjasama BN dan PH.

“Senario bila PH bergabung dengan BN, kita lihat ada trend peralihan undi orang Umno kepada PN, ini dapat dilihat sewaktu PRN enam negeri tempoh hari, Umno perlu turun secara agresif beri penerangan mengenai isu ini kerana ia sering dijadikan modal oleh PN.

PH pula perlu bersungguh-sungguh pastikan supaya 34% pengundi Cina di Mahkota keluar mengundi bagi memastikan kemenangan mutlak memihak kepada Umno/BN, katanya.

DUN Mahkota terletak di bawah Parlimen Kluang mempunyai 66,318 pemilih meliputi Melayu (56%), Cina (34%), India (8%), dan lain-lain (2%).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/prk-mahkota-annuar-lancar-perang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Dijangka Menang Besar Prk Mahkota Annuar Musa

Bn Dijangka Menang Besar Prk Mahkota Annuar Musa

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 116 hits
bharian com myOleh September 8 2024 3 55pmTan Sri Annuar Musa Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Calon Barisan Nasional dijangka menang besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota mengulangi kejayaan diperoleh di Nenggiri bulan lalu P...
Pas Johor Akur Bersatu Tanding Prk Mahkota Akan Bantu Calon Menang

Pas Johor Akur Bersatu Tanding Prk Mahkota Akan Bantu Calon Menang

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 145 hits
freemalaysiatoday com 05 Sep 2024 10 00 AMPesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata pihaknya tidak akan merayu terhadap keputusan pucuk pimpinan membenarkan Bersatu bertanding pada PRK Mahkota Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata...
Kempen Skala Kecil Tampak Prk Mahkota Suram

Kempen Skala Kecil Tampak Prk Mahkota Suram

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 222 hits
freemalaysiatoday com16 Sep 2024 03 04 PMKempen skala kecil bersama komuniti setempat lebih bermakna kerana beri ruang pengundi lebih kenal calon Perang bendera dan poster pada PRK Mahkota masih suam suam kuku PETALING JAYA Perang bendera d...
Umno Pilih Calon Boleh Menang Untuk Prk Mahkota

Umno Pilih Calon Boleh Menang Untuk Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 197 hits
malaysiakini comNaib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Mahkota adalah calon yang boleh menang Selain itu katanya calon berkenaan juga seorang yang boleh diterima ...
Muafakat Nasional Sabah Bubar Hilang Kepercayaan Terhadap Annuar Musa

Muafakat Nasional Sabah Bubar Hilang Kepercayaan Terhadap Annuar Musa

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 161 hits
Muafakat Nasional Sabah yang dibentuk sejak dua tahun lalu dibubarkan hari ini selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan presidennya Tan Sri Annuar Musa Pengerusi MN Sabah Jismit Japong berkata beliau bersama 30 ahli jawatan kuasa pr...
Pn To Field Candidate From Bersatu In Mahkota

Pn To Field Candidate From Bersatu In Mahkota

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 151 hits
Perikatan Nasional will field a candidate from Bersatu for the Mahkota by election Pas secretary general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said PN Mahkota by election director Datuk Seri Mohamed Azmin Ali is expected to announce the name a week ...
Syed Hussein Calon Bn Prk Mahkota

Syed Hussein Calon Bn Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 104 hits
Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussein Syed Abdullah menjadi pilihan BN untuk bertanding mewakilinya pada PRK Mahkota 28 Sept nanti KLUANG Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi PRK Ma...
Prk Mahkota

Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 112 hits
Che IbrahimAnuar Musa dah mengaku kalah putus harap tapi Taki masih bersemangat dan masih menaruh harap
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia