Tengok Sahaja Dah Terliur Belum Rasa Lagi Mesti Nak Berkali Kali Cookies By Chef Jo


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bukan semua orang ada kemahiran dalam menghasilkan biskut atau kuih raya kerana ia memerlukan pengalaman. Bukan macam masak lauk-pauk boleh main campak-campak sahaja dah masakan ikut firasat. Tapi itulah yang Maha buat kalau memasak lauk kat rumah, tak tahu korang pulak macam mana. Terus terang Maha cakap untuk buat biskut dan kuih raya ini sangat remeh dan juga perlu ketelitian

Itu yang Maha memang tabik pada mereka yang boleh buat biskut atau kuih raya dalam kuantiti yang banyak. Sukatan kena tepat dan juga bahan kena ikut resipi baru betul-betul jadi. Masalahnya Maha ni suka makan kek dan juga biskut terutama biskut Raya. Cuma nak buat memang tidak lah kerana sekarang ni banyak pilihan 'Kuih Tunjuk' so buat apa susahkan diri

Cuma nak cari yang betul-betul bebaloi dengan harga yang kita keluar dan juga dengan rasa itu yang payah sekarang ni. Sekarang ni cuma satu yang memang Maha yakin sangat sebab yang baut biskut ini juga seorang chef profesional level international. Kalau korang peminat program masakan yang pernah popular tahun 2011 dan 2012 mesti kenal chef yang suka menghidu makanan sebelum di rasa. Siapa lagi kalau bukan Chef Johari Edrus atau ramai kenali sebagai Chef Jo. 
Beliau adalah pemilik restoran SYMPHONY by CHEF JO yang Maha pernah pergi makan kat situ dulu korang boleh baca kat posting Maha yang lepas. Kini chef telah mengeluarkan pula biskut raya yang di kenali nama Cookies By Chef Jo. Biskut yang dihasilkan mempunyai banyak variasi dan Maha dah merasai sendiri semua biskut tersebut. Setakat ini ada lapan jenis biskut dibawah brand Cookies By Chef Jo iaitu Red Velvet Chewy, Golden Peanut Bite, Cheese Pineapple Roll, Crunchy Oreo, Almond Big Ben, Makmur Pandan, Cranberry Oats dan juga paling istimewa iaitu Biskut Bunga Cina. 
Red Velvet Chewy



Biskut ini memang sangat ramai orang suka sebelum ini kita kenal sebagai kek Red Velvet tapi kini telah dijadikan biskut. Warna merah menyala dan juga rasa yang sangat rapuh bila waktu korang mengunyah. Tak tebal dan nipis serta mengandungi biji badam dan chocolate chip dalamnya. Satu balang tu ada 50 pcs dengan harga hanya RM25 sebalang

Golden Peanut Bite



Biskut ni warna sangat kemasan memang menarik walaupun nampak bulat dan kilat jer. Bila korang gigit memang dapat rasa kacang dengan rasa sangat berlemak. Kalau siapa suka biskut kacang ini adalah pilihannya. Satu balang ni ada 40 pcs dengan harga juga RM25 sahaja

Cheese Pineapple Roll



Bagi pecinta Tart Nanas ini adalah pilihan yang korang mesti kena cuba. Maha sendiri dah rasa biskut ini memang sangat puas hati sebab dapat rasa cheese dan juga pastrinya sangat lembut dan hancur dalam mulut. Pulak tu saiz tart ni sangat besar dan gebu tidak seperti tart biasa yang akan mudah hancur kalau dipeganga. Isi jem nanas dalam tart tu pun banyak tak dan kenyal. Satu balang tu ada 25 ke 30 biji tart dengan harga masih murah RM25 sahaja

Crunchy Oreo



Pada pecinta coklat dan Oreo ini adalah gandingan sepadan dan pilihan yang tepat. Bukan setakat menggunakan coklat malah ada juga taburan Oreo di atas biskut yang rangup. Bagi kanak sangat suka sebab coklat dan ada rasa Oreo. Satu balang tu ada 40 biji biskut dengan harga juga sama RM25

Almond Big Ben



Selalunya kita kenal Almond London jer kan ni pun sama juga lah lebih kurang cuma rupa lain sikit tak lonjong. Dalam nya ada kacang badam dan juga diatas disalut dengan coklat lepas tu ditaburkan dengan kacang badam di cincang. Ni pun budak-budak akan suka bila tengok coklat banyakkan. Dalam balang tu ada lebih kurang 40 biji biskut Almond Big Ben dengan harga juga RM25

Makmur Pandan



Ini ramai orang kenal selalu orang panggil Biskut Makmur yang menggunakan kacang tanah yang ditumbuk. Tapi selalu yang kita lihat ia berwarna putih cuma yang chef hasilkan kali ini pula berwarna hijau kerana ada menggunakan perisa pandan. Putih-putih kat luar tu sebab biskut ni di salut dengan icing sugar. Dalam balang tu ada 25-30 biji biskut dengan harga RM25 sahaja

Cranberry Oats



Ramai orang kurang minat makan Oat begitu sahaja sebab mungkin rasanya yang kosong dan kadang-kadang orang isi buah-buahan untuk bagi lagi sedap. Tapi kali ini mereka hasilkan biskut raya dicampurkan juga dengan cornflakes ditambah lagi buah Cranberry kering. Sebab tu bila korang gigit biskut ini ada rasa rangup-rangup dalam kemasaman sikit. Harga pun sama RM25 dan juga ada 50 keping biskut dalam satu balang

Biskut Bunga Cina



Biskut ini sangat istimewa dan ada setengah orang panggil Biskut Dahlia Susu, ada yang panggil Semperit Dahlia dan macam-macam lagilah. Biskut ini sangat klasik sebab dari Maha kecil sampai sekarang orang masih menghasilkan biskut ini dengan pelbagai cara serta rupa. Sebab itu dalam banyak-banyak biskut bagi Maha biskut ini paling legend sekali. Biskut ni menurut kata chef kalau nak betul-betul menghayati rasanya korang kena makan sambil tutup mata. Masa tu korang akan dapat rasa bertapa ia lembut dan hancur dalam mulut meletop-letop bak kata Chef Jo. Biskut ni balang lain sebab ia perlu penjagaan kerana lembut mudah hancur dan harga pun masih sama RM25 satu balang


Jadi mana satu pilihan dan juga kegemaran korang bila tengok biskut-biskut yang dihasilkan oleh chef ini. Penting sekali biskut ini adalah buatan tangan dan korang boleh rasa kasih sayang dalam setiap biji yang dihasilkan. Lembut dan cukup segala rasa Maha bukan nak bodek tapi memang dah rasa sendiri biskut ni tenyata ia memang tak mengecewakan langsung

Jangan risau sebab Cookies By Chef Jo ini adalah biskut yang dikeluarkan setiap masa dan bukan mengikut musim. Kalau korang rasa teringin nak makan tambah-tambah masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni boleh order atas talian tak perlu tunggu musim perayaan. Nak jadikan biskut ni sebagai doorgift atau hadiah kepada orang atau tetamu istimewa pun boleh. Setakat ini dah ada ejen mereka di seluruh negeri di Malaysia. Cuma harga yang Maha nyatakan tu adalah harga biskut sahaja tidak termasuk cas penghantaran ok. Nanti kalau korang dah cuba boleh lah komen sikit macam mana rasanya betul sedap atau Maha hanya auta sahaja ok. Selamat mencuba semua

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi :Facebook : https://www.facebook.com/cookiesby.chefjo.1Instagram : https://www.instagram.com/cookiesbychefjoTel atau Whatsapp : 017-4377559








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/04/tengok-sahaja-dah-terliur-belum-rasa-cookies-by-chef-jo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Paling Hebat Pm Kali Ini Adalah Emotional Security Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan Pm

Sumbangan Paling Hebat Pm Kali Ini Adalah Emotional Security Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan Pm

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 252 hits
Biarpun tidak dilantik melalui pilihanraya kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin diterima rakyat Dalam situasi gawat akibat penularan COVID 19 kebanyakan rakyat Malaysia mula mengetepikan ideologi politik dan dilihat b...
Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 438 hits
ISU kekurangan kelengkapan perlindungan diri dalam kalangan petugas hospital mendapat perhatian banyak pihak di negara ini Selain pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang Selangor turut...
Berkali Kali

Berkali Kali

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 275 hits
Kau pernah Datang berkali kali Meminta untuk Memiliki hatiAku pernahMemberi tanpa Rasa curiga Yang akhirnya MengecewaAku yang Pernah percayaKau akan MembahagiaAh bodoh Percaya Wujud manusiaSanggup merawatHati yang disiat
Kali Pertama Rasa Rasam Telur

Kali Pertama Rasa Rasam Telur

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 577 hits
Kali Pertama Rasa Rasam Telur Bertahun dok Penang dan kahwin dengan orang Penang tapi ni baru kali pertama CH tergerak hati nak rasa rasam Tu pun kakak Ipar CH yang masak rasam telur Semalam CH tag dia kat FB yang post pasal resepi rasam te...
Dilabrak Warga Perumahan Berkali Kali Ria Ricis Dan Tim Tetap Ngeyel Syuting Dan Bikin Keramaian

Dilabrak Warga Perumahan Berkali Kali Ria Ricis Dan Tim Tetap Ngeyel Syuting Dan Bikin Keramaian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 263 hits
Kalau ingin mengabaikan keselamatan tim dan diri sendiri ya terserah mbaknya tapi jangan turut membahayakan warga sekitar
Kisah Seram Misteri Diganggu Berkali Kali Di Rumah Sendiri

Kisah Seram Misteri Diganggu Berkali Kali Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 759 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan semua Kembali lagi ke rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Alhamdulillah kita telah memasuki episod ke 65 Tak sangka kali ini merupakan kali yang ke 65 aku kon...
Rahasia Sudjiatmi Bangkitkan Presiden Jokowi Saat Bisnis Bangkrut Berkali Kali

Rahasia Sudjiatmi Bangkitkan Presiden Jokowi Saat Bisnis Bangkrut Berkali Kali

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 193 hits
Ibunda Presiden Joko Widodo Sudjiatmi Notomiharjo baru saja tutup usia Ibu Sujiatmi meninggal di usia 77 tahun Sudjiatmi memiliki cerita sendiri dalam perjalanan karir Presiden Jokowi Salah satunya dalam bisnis Jokowi sebelum terjun ke duni...
Penternak Ikan Sangkar Luah Rasa Nak Mati

Penternak Ikan Sangkar Luah Rasa Nak Mati

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 226 hits
Oleh Hidayah AzlinSETIU 9 April Penternak ikan sangkar meluahkan rasa nak mati akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan 18 Mac lalu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa neger...
Sehebat Mana Pun Kita Dah Kahwin Air Tangan Isteri Tetap Suami Nak Rasa Tunku Azizah

Sehebat Mana Pun Kita Dah Kahwin Air Tangan Isteri Tetap Suami Nak Rasa Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 335 hits
Ramai yang sedia maklum bahawa Tuanku Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin sehingga 9 April ini berikutan terdapat 16 orang staf istana disahkan positif Covid 19 Berikutan situasi ini hanya keluarga KDYMM Agong sert...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa