Sumbangan Paling Hebat Pm Kali Ini Adalah Emotional Security Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan Pm


Biarpun tidak dilantik melalui pilihanraya, kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin diterima rakyat.
Dalam situasi gawat akibat penularan COVID-19, kebanyakan rakyat Malaysia mula mengetepikan ideologi politik dan dilihat bersatu menentang virus ini dengan melakukan bahagian masing-masing.
Inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat juga sedikit sebanyak memberi sinar harapan buat semua rakyat yang terjejas dan tiada siapa yang terkecuali. Perutusan Perdana Menteri semalam mengenai inisiatif ini telah menjentik hati ramai rakyat Malaysia, salah seorangnya Doktor Taufiq Razif.
Saya ni bukan orang politik dan tak suka bercakap tentang politik. Cuma bila dengar ucapan PM ke-8 kita semalam hati saya jadi cukup tersentuh.
Ucapannya biasa biasa sahaja. Tak bergegar gegar macam ahli politik pada kebiasaannya tetapi daripada susun atur bicara dan pengakuan akan limitasi dan kelemahan diri menunjukkan tanda tawadduk dan kerendahan hati. Ucapannya juga bersifat People-Centric. Tak ada mengangkat kelebihan diri langsung. Semua tentang rakyat, rakyat dan rakyat. Cuba perhatikan, kenapa cerita Makcik Kiyah di dalam ucapan semalam menjadi trending dan viral?
Kerana ianya sangat ‘relatable’ dengan situasi rakyat jelata. Daripada situ kita dah tahu betapa dalamnya empati seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya sendiri.
Walau nampak seperti lawak jenaka yang berjaya menghiburkan hati rakyat Malaysia tetapi jauh di sudut hati mereka sebenarnya merasa terharu dan tersentuh hati.
Sebenarnya, sumbangan paling hebat yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin kali ni adalah ’emotional security’. Buat pertama kalinya saya boleh lihat semua orang tak kira bangsa tak kira agama terutamanya yang berada di media sosial menjadi sangat tenang dan positif. Semuanya menzahirkan rasa kelegaan dan kesyukuran.
Percayalah cakap saya, rakyat akan lebih mengingati pemimpin yang bersama sama mereka ketika susah daripada pemimpin yang cuma mahu bersama mereka ketika mereka sedang senang.
Tan Sri Muhyiddin, percayalah nama anda sudah meniti di bibir bibir rakyat Malaysia pada hari ini. Terima kasih kerana sangat memahami keadaan kami. Anda sudah berhabis habisan untuk membantu kami, kini izinkan kami pula untuk bantu diri kami sendiri.
Taufiq Razif
Rakyat Malaysia
28 Mac 2020
Semoga ujian yang melanda negara ini membuatkan kita semua lebih bersatu hati.
Sumber: Doktor Taufiq Razif
The post “Sumbangan Paling Hebat PM Kali Ini Adalah ‘Emotional Security’”, Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan PM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/28/sumbangan-paling-hebat-pm-kali-ini-adalah-emotional-security-rakyat-malaysia-luah-rasa-kagum-dengan-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Banyak Kali Tengok Seksanya Sakratul Maut Jururawat Luah Rasa Kesal Masih Ada Rakyat Berdegil

Kami Banyak Kali Tengok Seksanya Sakratul Maut Jururawat Luah Rasa Kesal Masih Ada Rakyat Berdegil

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 515 hits
Suatu ketika dulu barisan mereka sering dikutuk dan dihina Pelbagai tohmahan juga dilemparkan setiap kali mereka membuat kesilapan Tetapi kini barisan mereka sangat diperlukan oleh masyarakat Mereka tidak berdendam dengan sindiran dulu kala...
Erry Putra Kongsi Video Anggota Tentera Luah Rasa Kecewa Geram Dengan Rakyat Malaysia

Erry Putra Kongsi Video Anggota Tentera Luah Rasa Kecewa Geram Dengan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 624 hits
Sepertimana yang kita tahu pada hari Ahad yang lalu anggota tentera dikerahkan untuk memberi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia menjalankan roadblock bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Baru baru ini seo...
Hapuslah Air Matamu Beri Amanat Bagaikan Ayah Rakyat Luah Rasa Tersentuh Dengan Tan Sri Muhyiddin

Hapuslah Air Matamu Beri Amanat Bagaikan Ayah Rakyat Luah Rasa Tersentuh Dengan Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 395 hits
Mengambil alih tampuk kepimpinan setelah berlaku goncangan dalam arena politik negara bukanlah mudah terutamanya apabila wabak sedang melanda negara Dalam tempoh singkat pemimpin yang mengambil alih perlu bekerja keras untuk menjaga rakyat ...
Penuhi Permintaan Rakyat Malaysia Gardenia Tingkatkan Pengeluaran 2 2 Juta Roti Sehari

Penuhi Permintaan Rakyat Malaysia Gardenia Tingkatkan Pengeluaran 2 2 Juta Roti Sehari

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 626 hits
SHAH ALAM Gardenia Bakeries Sdn Bhd telah meningkatkan pengeluarannya ke tahap 2 2 juta buku roti sehari menerusi lima buah kilangnya yang beroperasi selama 24 jam Pengurus Besar Kanannya Desmond Tan berkata pengeluaran berkenaan merupakan ...
86 Rakyat Malaysia Tiba Dari Mesir Esok

86 Rakyat Malaysia Tiba Dari Mesir Esok

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR 28 MAC Seramai 86 rakyat Malaysia akan dibawa pulang dari Kaherah Mesir menaiki pesawat sewaan khas kerajaan Brunei Darussalam yang dijangka tiba di Bandar Seri Begawan esok Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata ...
Artis Pun Rakyat Malaysia Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus

Artis Pun Rakyat Malaysia Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 532 hits
Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan apabila ada beberapa selebriti meluahkan pendapat mengenai nasib artis susulan lajutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana periuk nasi mereka terjejas kerana tiada kerja Perkara itu turut mendapat...
Dakwa Situasi Covid 19 Teruk Rakyat Malaysia Serang Ahli Politik Taiwan

Dakwa Situasi Covid 19 Teruk Rakyat Malaysia Serang Ahli Politik Taiwan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 487 hits
Gara gara memfitnah Malaysia dalam menangani wabak koronavirus baharu ahli politik Taiwan Li Zheng Hao menerima serangan bertali arus daripada rakyat Malaysia Menariknya kecaman di laman rasmi Facebook Zheng Hao itu termasuk daripada rakyat...
Tak Perlu Ada Hak Istimewa Sebagai Artis Kita Semua Rakyat Malaysia Naim Daniel

Tak Perlu Ada Hak Istimewa Sebagai Artis Kita Semua Rakyat Malaysia Naim Daniel

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 366 hits
PENYANYI dan pelakon Naim Daniel berpendapat pada masa sekarang bantuan khusus untuk kelompok tertentu seperti penggiat seni tidak diperlukan Dalam perkongsian video berdurasi dua minit dan 40 saat yang dimuat naik di Instagram menerusi pro...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto