Sealife ni betul² depan theme park dan sebelah hotel Legoland. Kalau datang dari Medini Mall pun boleh nampak building Sealife ni. Ada entrance dari belakang juga (aku pun tak pasti lah mana depan mana belakang. Janji korang tau lokasi pintu masuk sudah )
Sebelum masuk, staff bertugas akan explain the Do's and Don'ts sepanjang korang duk dalam tu. Dorang akan highlights SOP yang perlu dipatuhi.
Kena disinfectant kasut dulu sebelum masuk.
Tengok banner belah kiri tu, basically itu lah yang akan korang pelajari bila masuk dalam Sealife. Banner belah kanan adalah show time yang dibuat dalam ni. Kitorang masuk sini dah lebih pukul 5pm. Memang takde show lah petang² tu. Orang dah ready nak tutup. huhu~
Macam biasa lah kat sini pun ada SOP yang diamalkan (NEW NORM). Kena jarakkan 1 meter antara family kita dengan orang lain. Bukan setiap orang jarak 1 meter ye. Kat sini dorang group kan ikut family. Yelah kalau 1 family ada 5 orang, nak jarak sampai 5 meter, jenuh jugak nak tunggu habis round 1 tempat ni. Sebab tu dorang group kan ikut family. Begitulah
Lampu dalam ni malap je. Gambar aku semua diambil menggunakan Iphone XR, then edit lighting guna Photoscape (komputer) atau Snapseed (apps phone). Tak, bukan nak show off pun. Biasanya akan ramai orang tanya, "sis guna fon/kamera apa, gambar terang lahh..."
Sanitizer juga disediakan. Ada few stations sanitizer dorang letak sepanjang jalan. Korang digalakkan untuk selalu sanitize tangan sepanjang berada dalam ni. Kiranya tiap kali nampak mesin sanitizer ni, terus sanitize tangan korang especially anak² ok
Siap ada tempat untuk kids main game. Game ni kita kena control turtle daripada terkena sampah sarap dalam laut. Kalau turtle tu terlanggar sampah, mati. Gitu lah yang aku faham pasal game ni.
Banyak juga ikan aneh² dipamerkan dalam ni. Bukan anak² je teruja, makpak pun teruja tengok ikan² tu! Ikan² dari pelbagai negara ada kat sini. Bukan ikan dari Laut China Selatan je. haa Bersiap sedia lah nak menjawab soalan² kbat anak². gulp
Paling aku suka interior dalam akuarium. Bukan kaleng kaleng interior dia. Ada ala ala shipwreck, ada patung Lego tengah swim. Awesome gilaaaa!!
Aku cuba bercerita kat Zafri jenis-jenis ikan yang ada dalam akuarium tu. Entah dia faham ke idak apa aku cakap. LOL~
Bahagian ni ada tapak sulaiman atau star fish. Mungkin ramai pernah tengok star fish kan? Tapi korang pernah SENTUH tak star fish tu?? With your barehand!! haaa kat sini korang diberi peluang untuk sentuh permukaan starfish. wohoaa!
Sebelum sentuh, korang kena cuci tangan dengan sabun dahulu (sinki disediakan di jalan masuk dan jalan keluar). Risau ada bakteria kat tangan korang tu yang akan merosakkan starfish. Merosakkan ke istilah dia? But u get my point right

Muka bangga berjaya sentuh starfish! Mata tu mata senyum tau. hahahaha
Bahagian ni pun ada sediakan aktiviti for kids. Anak-anak boleh mewarna guna tab yang disediakan kat meja tu. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! Gitu konsep dia. Kalau lambat sila beratur. hahaha~ Tab memang ada banyak, tapi SOP baru, kena jarak 1 meter, so ada few tabs je yang dorang bagi guna.
Lepas warna ikan dalam tab, klik "SUBMIT' nanti hasil ikan yang anak korang warna tu akan keluar kat skrin besar depan tu. Macam ada spesis ikan baru masuk dalam akuarium. haa canggih oi! Kena bawa anak² datang sini ok
Terowong akuarium. Ramai dm aku cakap ala ala aquaria KL**. Aku tak pernah masuk aquaria so tak tau nak compare.
Baby shark! Ada 2 jenis jerung yang dipamerkan dalam Sealife. Black Tip Reef Shark dengan Sebra Shark. Tapi aku tak jumpa mana Zebra Shark. haha~ Kalau korang datang, jangan lupa tanya staff yang bertugas kat situ mana ikan jerung tau.
End of our tour
Macam biasa lah, bila habis tour akan jumpa souvenir shop. Cecantik barang dalam kedai ni. Geram je tengok. Kitorang print gambar yang dorang ambil masa mula² masuk tu je. RM38 /pc. Kat kedai tak beli apa².
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |