9 Artis Malaysia Yang Mula Bertudung Sepanjang Tahun 2020
Tak sangka kan, kejap je masa berlalu dan sekarang dah memasuki bulan Julai tahun 2020. Tahun ni juga ramai sebenarnya artis wanita Malaysia yang mula bertudung.
Tahniah admin ucapkan buat mereka ni kerana bukan satu keputusan yang mudah ye
1. Sharifah Shahirah
Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah mula memakai tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan iaitu pada 18 Mac 2020
Dia yang juga kakak kepada Sharifah Sakinah dilahirkan pada 14 Oktober 1974 dan tahun ini dia berusia 46 tahun.
Menurut Sharifah Shahirah, dia mula mengenakan tudung sepenuhnya apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT
2. Ernie Zakri
Penyanyi, Ernie Zakri mengumumkan penampilan terbarunya itu di laman Instagram miliknya pada 24 Mac 2020.
“Jujurnya saya masih dalam proses membiasakan diri. Ikutkan, saya dah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma, kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19” - Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ernie kepada BH Online
Tambah Ernie, penghijrahan ini tidak mengubah apa yang dia sedang lakukan dan akan terus menyanyi.
Ernie dilahirkan pada 23 Jun 1992 di Kuala Lumpur dan tahun ini dia berusia 28 tahun.
3. Dahlia Shazwan
Dahlia Shazwan yang dikenali sebagai Gadis Trivago dan juga pengacara HLive mula membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah sekitar Februari 2020.
Menurut Dahlia, dia membuat keputusan untuk mula berhijab semasa bulan Ramadan tetapi mengambil keputusan untuk berhijab lebih awal kerana takut tidak sempat.
Dahlia Shazwan yang dilahirkan pada 1 Jun 1988 di Kuala Lumpur telah berkahwin pada 23 Julai 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018.
4. Fathia Latiff
Kalau nak tahu, pada tahun 2016, Fathia pernah bertudung sepenuhnya. Namun sekitar April 2019, dia kembali tidak bertudung kerana tidak mahu terus menjadi hipokrit.
Tapi Alhamdulillah, dia mula kembali bertudung sekitar Jun tahun ini. Fatiya juga dilihat memadamkan semua gambar yang tidak bertudung di akaun Intagram miliknya.
Fathia Latiff dilahirkan pada 1 September 1987 dan berasal dari Ayer Hitam Pulau Pinang. Tahun ini dia berumur 33 tahun.
5. Ieda Moin
Kalau korang kenal kumpulan Moin mesti kenal dengan Ieda Moin ni. Bermula sebagai penyanyi, Ieda Moin kini seorang pelakon.
Ieda Moin yang dilahirkan pada 4 Mei 1979 berusia 41 tahun pada tahun ini.
Pada 18 Mac 2020, Ieda Moin membuat keputusan untuk berhijab. Menurut Ieda Moin, penularan COVID-19 dan juga pemergian arwah Maya membuatnya tersentak dan nekad untuk terus bertudung.
Dia sekarang sedang menjalani pengambaraan Opocot Melatah Budak Pejabat yang akan ditayangkan di Astro Warna HD tidak lama lagi.
6. Ezlynn
Penyanyi yang mula popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini mula bertudung sejak Ramadan lalu.
Menurut Ezlynn Ariffin, dia mula bertudung setiap kali Ramadan sejak tiga tahun lalu. Dia akhirnya nekad untuk terus bertudung pada tahun ini.
Tambah Ezlynn, dia sejujurnya tidak merasakan apa-apa perubahan kerana sudah terbiasa bertudung on off sebelum ini. Dia berharap peminat dapat doakan dia untuk terus istiqamah.
Ezlynn atau nama sebenar Azline binti Ariffin dilahirkan pada 27 September 1981 di Ulu Kinta dan kini berusia 39 tahun. Dia sudah berkahwin namun bercerai sekitar Oktober 2017 selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga.
7. Linda Hashim
Pelakon dan juga isteri kepada pelakon Beego, Linda Hashim mula bertudung sejak bermulanya PKP yang lalu pada 18 Mac 2020.
Menurut Linda, dia sebenarnya dah lama berniat untuk berhijab tetapi banyak sahaja halangan dan dugaanya. Jadi dia bermula dengan memakai baju lengan panjang dan labuh terlebih dulu.
Linda Hashim yang kini berusia 36 tahun telah berkahwin dengan Beego pada 7 Jun 2013. Pasangan ini dikurniakan 3 orang cahaya mata.
8. Kilafairy
Admin paling terkejut dan gembira bila dapat tahu Kilafairy tampil dengan imej berhijab dalam satu gambar yang dimuatnaik di laman instagram miliknya pada 5 Jun 2020
Semua orang tahu kan sebelum ni Kilafairy memang sinonim dengan imej seksi, jadi memang ramai yang terkejut bila Kilafairy mula berhijab. Tapi bila dia bertudung ni, memang makin lawa.
Kalau nak tahu, Kilafiry sebenarnya nekad untuk tidak lagi tampil seksi sejak awal tahun ini. Kemudian dia mula berhijab sempena keberkatan Syawal.
Kilafairy dilahirkan pada 17 Mei 1992 dan tahun ini dia berusia 28 tahun.
9. Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya Nur Shazwani Shamsuddin mula memuatnaik imej berhijab di laman instagram miliknya pada 28 June 2020.
Ramai yang memuji penampilan Cik Manggis yang juga ahli kumpulan De Fam itu.
Walaupon dia sudah berhijab, ianya tidak mengganggu kerjayanya sebagai penyanyi bersama kumpulan De Fam.
Cik Manggis dilahirkan pada 2 September 1989 di Kuala Lumpur dan tahun ini dia berusia 31 tahun.
Jadi ini antara 9 Artis Wanita Malaysia yang mula berhijab sepanjang tahun 2020. Kalau ada nama tertinggal boleh komen dibawah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sayaiday.com/2020/08/9-artis-malaysia-mula-bertudung-sepanjang-tahun-2020.html