Tengah Sakit Nak Bersalin Tiba Tiba Doktor Datang Pasang Jarum Dekat Tangan Ini Sebabnya


“Kenapa doktor letak jarum di tangan saya waktu hendak bersalin?”

Intravenous cannula (“jarum” /branula/ Venofix/ Venflon) ialah suatu salur halus yang dimasukkan ke dalam salur darah pesakit oleh staf kesihatan yang terlatih (doktor/jururawat/MA). Dalam drama di TV, intravenous (IV) cannula ini sering digayakan untuk menunjukkan pesakit itu dalam keadaan kesihatan yang serius, dan digunakan untuk `masuk air (drip)’ ke badan pesakit melalui tangannya. Cara IV cannula ini dimasukkan ialah dengan menggunakan jarum yang terletak di tengah salur plastic yang halus. Setelah jarum dan salur itu dicucuk masuk ke dalam salur darah (biasanya di tangan), jarum itu kemudiannya dikeluarkan dan meninggalkan hanya salur plastik di dalam salur darah.
IV cannula tidak dimasukkan ke salur darah setiap wanita yang bersalin. Ia bukannya prosedur yang rutin. Akan tetapi, ramai wanita bersalin mempunyai risiko atau keperluan untuk IV cannula digunakan. IV cannula digunakan untuk:
1. Memasukkan ubat ke dalam badan supaya ia bertindak jauh lebih tepat dan cepat berbanding dengan ubat yang ditelan. Ada juga ubat yang hanya boleh disuntik dan tidak boleh ditelan (tiada alternatif).
2. Memasukkan air (saline) ke dalam badan untuk wanita yang mengalami dehidrasi atau muntah-muntah.
3. Memasukkan darah (blood transfusion) untuk wanita yang mengalami pendarahan (post partum haemorrhage), atau wanita yang sememangnya sudah mengalami kekurangan darah (anaemia).

Contoh wanita-wanita yang berkemungkinan tinggi untuk memerlukan penggunaan IV cannula ialah:
i. Wanita yang berisiko untuk mengalami pendarahan – grandmultipara (mengandung anak ke 5 dan ke atas), saiz bayi yang besar (berat 4Kg ke atas), air ketuban berlebihan (polyhydramnios), mengandung anak kembar, wanita obes. Ubat untuk elak tumpah darah dan juga ubat untuk merawat tumpah darah bertindak dengan segera jika disuntik melalui IV cannula.
ii. Wanita yang mengalami anaemia – setiap wanita yang bersalin akan kehilangan darah secara purata dalam 200ml ke 500ml. Oleh itu, wanita yang telah sedia ada kurang darah, akan berkemungkinan tinggi perlu ditransfusi darah sewaktu/selepas bersalin.
iii. Wanita yang melalui induction of labour (`paksa bersalin’). Salah satu cara untuk induce ialah dengan menggunakan ubat oxytocin yang di-infuse melalui IV cannula. Kadangkala, wanita yang mengalami natural labour juga akan tiba-tiba hilang kontraksi, dan kontraksi perlu ditingkatkan dan diseragamkan semula dengan menggunakan oxytocin.
iv. Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi (hypertensi) – wanita ini berkemungkinan mengalami eclampsia, iaitu sawan yang teruk yang boleh mengakibatkan maut kepada ibu dan janin. Kaedah yang paling berkesan untuk menangani eclampsia ialah dengan menyuntik ubat Magnesium Sulphate melalui IV cannula.
v. Wanita yang berisiko tinggi untuk memerlukan kelahiran Caesarean – saiz bayi yang besar, gestational diabetes, kandungan kembar, kandungan IUGR, kandungan songsang, wanita yang pernah melahirkan secara caesarean, wanita yang di-induce, wanita yang `poor progress’ dll dll.
vi. Wanita yang mengalami masalah kesihatan umum seperti asthma, muntah-muntah, jangkitan kuman, HIV, masalah jantung berkemungkinan tinggi memerlukan ubat-ubatan untuk menstabilkan keadaan penyakit mereka.
“Tak boleh ke doktor tunggu, jika ada komplikasi, barulah masukkan IV cannula? Jika hanya ada risiko, tidak perlulah masuk IV cannula terlebih dahulu.”
Memasukkan IV cannula tidaklah semudah yang disangkakan, terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai salur-salur darah yang lebih halus. Lebih-lebih lagi kalau mereka mengalami obesiti dan lemak-lemak menyebabkan salur-salur darah tertanam jauh daripada kulit. Oleh itu, staf kesihatan memerlukan keadaan tenang dan terkawal untuk melakukan tugas ini. Jika pendarahan (haemorrhage) berlaku, ia akan berlaku dengan sangat pantas.
Staf kesihatan akan mengalami tekanan untuk memasukkan IV cannula kerana kekangan masa dan keadaan cemas untuk menyelamatkan nyawa. Tambahan pula, apabila pendarahan berlaku, salur-salur darah akan mengecut (vasoconstriction) dan menyebabkan lebih sukar lagi untuk memasukkan IV cannula. Oleh yang demikian, staf kesihatan akan bersedia sebelum kecemasan berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, jangan tunggu banjir!
Jika doktor nasihatkan untuk IV cannula, janganlah enggan. Ia adalah untuk keselamatan anda.
Kredit: Dr Anna Liza Roslani
Pakar Obstetrik & Ginekologi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Tengah Sakit Nak Bersalin, Tiba-Tiba Doktor Datang Pasang Jarum Dekat Tangan? Ini Sebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tengah-sakit-nak-bersalin-tiba-tiba-doktor-datang-pasang-jarum-dekat-tangan-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mengemas Rumah Emergency 15 Minit Apabila Tiba Tiba Ada Tetamu Nak Datang

Cara Mengemas Rumah Emergency 15 Minit Apabila Tiba Tiba Ada Tetamu Nak Datang

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 306 hits
Pasti ramai yang mengalami situasi ini Di saat anda bermalas malasan atau pun sibuk di pejabat tiba tiba dapat panggilan ada orang nak datang rumah CEMAS HABIS Rumah bersepah dan tak berkemas lagi Khuatir malu sampai ada yang sanggup menipu...
Hiburan Jodoh Sebenar Dah Nak Dekat Erra Fazira Dah Naik Lunyai Ditanya Soal Kahwin Oleh Peminat

Hiburan Jodoh Sebenar Dah Nak Dekat Erra Fazira Dah Naik Lunyai Ditanya Soal Kahwin Oleh Peminat

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 207 hits
Primadona negara Erra Fazira khabarnya dah naik lunyai kerana tidak berhenti diasak mengenai soalan kahwin setelah tularnya berita palsu mengenai dia menjadi isteri kedua buat Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu baru baru ...
Anak Terkejut Bapa Tiba Tiba Request Nak Pergi Hospital Di Hari Jadi Dua Kali Berlaku Drama Air Mata

Anak Terkejut Bapa Tiba Tiba Request Nak Pergi Hospital Di Hari Jadi Dua Kali Berlaku Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 696 hits
SIAPA yang tidak gembira apabila hari ulang tahun kelahiran disambut oleh orang tersayang Namun bagi seorang bapa perasaannya sebak sehingga menitiskan air mata ketika menjamah sepotong kek hari jadi Menerusi satu video yang dikongsi di apl...
Datang Melaka H4ti Kena Kent4l Makcik Steady Sembang Dengan Customer Macam Nak G4duh

Datang Melaka H4ti Kena Kent4l Makcik Steady Sembang Dengan Customer Macam Nak G4duh

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 224 hits
Min rindu betul nak berjalan sana sini dengan family kawan kawan Bercuti dalam negeri negeri di Malaysia pun dah cukup seronok dah Malaysia memang dikenali dengan negeri negeri yang mempunyai loghat tersendiri Pergilah ke utara ke selatan a...
Hiburan Muncul Teori Pakai Aluminum Foil Di Kepala Dapat Elak Sakit Badan Duduk Dekat Orang Dah Divaksin

Hiburan Muncul Teori Pakai Aluminum Foil Di Kepala Dapat Elak Sakit Badan Duduk Dekat Orang Dah Divaksin

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 203 hits
Tular di media sosial apabila muncul dakwaan sesetengah individu yang mengatakan mereka mula berasa sakit badan akibat terkesan dengan frekuensi rangkaian 5G yang telah dipancarkan daripada badan mereka yang telah menerima vaksin ARTIKEL BE...
Susahnya Nak Dapat Surat Dari Doktor Hospital Swasta Baik Tengok Video Ni

Susahnya Nak Dapat Surat Dari Doktor Hospital Swasta Baik Tengok Video Ni

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 258 hits
Runsing betul rasanya Majikan minta surat dari hospital mengesahkan mak perlukan rawatan dan jagaan jangkamasa panjang Tapi hospital KPJ Tawakkal asyik lengahkan surat dan bagi alasan ramai orang pun belum dapat surat lagi daripada doktor T...
Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 277 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob meningkatkan kedudukan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadikannya setara dengan menteri kata Anthony Loke Penyelaras ketua whip Pakatan Harapan dan ahli Parlimen Seremban itu berkata dalam cat...
Orang Dulu Kreatif Fikir Macam Mana Nak Ingat Dekat Allah Mai Ustaz Sekarang Semua Tu Bidah

Orang Dulu Kreatif Fikir Macam Mana Nak Ingat Dekat Allah Mai Ustaz Sekarang Semua Tu Bidah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 640 hits
Orang Dulu Kreatif Fikir Macam Mana Nak Ingat Dekat Allah Mai Ustaz Sekarang Semua Tu Bidah Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam Bukhar...
Susah Nak Lelapkan Mata Ke Doktor Suruh Cuba Teknik 10 3 2 1 Video

Susah Nak Lelapkan Mata Ke Doktor Suruh Cuba Teknik 10 3 2 1 Video

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 191 hits
Susah Nak Lelapkan Mata Ke Doktor Suruh Cuba Teknik 10 3 2 1 VIDEO MENDAPAT tidur yang lena dan mencukupi adalah amat penting bagi setiap orang kerana ia boleh mempengaruhi keadaan mental dan fizikal seseorang Masalah kekurangan tidur boleh...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya