Hal Remeh Temeh Anak Jangan Difikirkan Boleh Jadi Luka Besar Pada Emosi Sendiri Mama Rehatlah


Ya kita bukan superhero hingga semua perkara kita hendak ambil kisah. Anak tertumpahkan air, berebut remote televisyen dan sebagainya bukan hal besar untuk kita fikirkan hingga buat kita tertekan.
Benda remeh biarkan sahaja, tenangkan diri dan uruskanlah jadual anda sebaiknya. Kawal emosi diri agar tenang berhadapan dengan anak. Inilah yang sebaiknya. Jika penat, berikan waktu untuk berehat sebentar. Tip yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria ini mak ayah boleh aplikasikan agar hati lebih tenang dan paling penting jangan tertekan dalam menguruskan anak-anak di rumah.

15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama.

1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA
Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI
Macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.

3. PERBETULKAN FOKUS ANDA
Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG
Orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.

5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA
Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL
Jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.

7. URUS MASA
Bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN
Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI
Setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.

10. UBAH CARA FIKIR
Cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN LUPA TUHAN
Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Artikel berkaitan: Tertengking & Jerit Pada Anak Dek Terlalu Penat, Kita Bukan Robot, Tak Mengapa Mama
Tak-perlu-jadi-ibu-terbaik-setiap-masa-ada-waktu-menyinga-baran-itu-normal-mama/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Hal Remeh Temeh Anak Jangan Difikirkan, Boleh Jadi Luka Besar Pada Emosi Sendiri, Mama Rehatlah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hal-remeh-temeh-anak-jangan-difikirkan-boleh-jadi-luka-besar-pada-emosi-sendiri-mama-rehatlah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepuasannya Tak Terkata Pertama Kali Dapat Tidurkan Anak Dr Say Kongsikan Cara Sendiri

Kepuasannya Tak Terkata Pertama Kali Dapat Tidurkan Anak Dr Say Kongsikan Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 256 hits
Seharian penat bermain dengan ayah bila malam anak anak pastinya akan mencari ibu untuk tidur Itu sudah menjadi kebiasaan bagi anak kecil kita Ibulah tempat paling selamat untuk anak beradu Pun begitu menidurkan anak bukan hal yang mudah Pe...
Korek Telinga Anak Ibarat Kita Tembak Sesuatu Cuci Boleh Bukan Sampai Dalam

Korek Telinga Anak Ibarat Kita Tembak Sesuatu Cuci Boleh Bukan Sampai Dalam

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 203 hits
HENTIKAN AMALAN OBSES KOREK TELINGA ANAK Kesian dia Dah menjadi tabiat kita as a parent kan jaga kebersihan anak Korek telinga adalah satu aktiviti wajib yg kita buat untuk pastikan telinga dia bebas dari tahi telinga Tapi sebenarnya kan ko...
Ibu Diugut Anak Sendiri Serahkan Fortuner Yang Dibeli Atau Bayar Sewa Rm57 629

Ibu Diugut Anak Sendiri Serahkan Fortuner Yang Dibeli Atau Bayar Sewa Rm57 629

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 235 hits
Sebagai seorang anak lelaki seharusnya kita perlu berbakti menyenangkan kedua dua ibu bapa yang sedang meningkat umur sebagai tanda membalas semula budi kedua dua ibu bapa yang membesarkan kita Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila...
Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru Cemasnya Mak Ayah Jangan Biarkan

Anak Menangis Sampai Muka Jadi Biru Cemasnya Mak Ayah Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 238 hits
Anak menangis itu biasa namun bila anak menangis sampai muka kebiru biruan usahlah dibiarkan Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka sengaja tahan nafas maka reaksi pertama adalah memarahi mereka Namun apa yang anda perlu t...
Guna Span Cuci Pinggan Bersihkan Perkakasan Anak Jika Tak Bernasib Baik Anak Boleh Cirit Birit

Guna Span Cuci Pinggan Bersihkan Perkakasan Anak Jika Tak Bernasib Baik Anak Boleh Cirit Birit

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 345 hits
Selalu sangat anak anak cirit birit malah kali ini lebih kerap Selain pemakanan yang tidak serasi salah satu punca yang mak ayah perlu tahu adalah cara kita mencuci perkakasan di rumah termasuklah botol susu dan sebagainya Punca utama pasti...
Dikutuk Meninggal Jadi Babi Mbah Ramisah Tak Mau Balas Penghinaan Anak Kandungnya Sendiri

Dikutuk Meninggal Jadi Babi Mbah Ramisah Tak Mau Balas Penghinaan Anak Kandungnya Sendiri

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 438 hits
Kasih Ibu sepanjang masa kasih anak sepanjang galah Peribahasa itu tepat disematkan dalam kasus Mbah Ramisah yang diperkarakan anak kandungnya Maryanah Maryanah gugat ibu kandungnya di Pengadilan Negeri Kendal lantaran menuntut tanah yang d...
Silapnya Sebelum Ni Sehari 5 Jam Tengok Youtube Anak Dah 7 Tahun Belum Boleh Baca

Silapnya Sebelum Ni Sehari 5 Jam Tengok Youtube Anak Dah 7 Tahun Belum Boleh Baca

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 283 hits
Saya risau anak saya belum pandai sebut semua huruf Membaca suku kata pun tak boleh Wajah ibu penuh dengan kerisauan Umur anak dah 7 tahun Tahun ni dah darjah 1 Sebelum buat apa apa selalunya saya akan tanya dulu di rumah anak suka main apa...
Sayang Mateen Dunia Akhirat Rasa Terabai Sejak Ada Adik Yana Samsudin Pujuk Anak Dengan Cara Sendiri

Sayang Mateen Dunia Akhirat Rasa Terabai Sejak Ada Adik Yana Samsudin Pujuk Anak Dengan Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 492 hits
Anak sulung mana yang tidak mula rasa tersisih sejak punya adik baru Kata pelakon Yana Samsudin dia kini mempunyai hal yang sama bila mana mula terasa sedikit mengabaikan anak sulungnya Aisy Mateen dek kerana memberi tumpuan kepada anak ked...
Hiburan Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih Keith Foo Tak Kisah Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah

Hiburan Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih Keith Foo Tak Kisah Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 601 hits
Kini bergelar duda anak satu pelakon Keith Foo memberitahu hubungan dia dan bekas isteri Kim Raymond tetap baik dan harmoni Sumber Kosmo Online Yang menjadi keutamaan buat mereka berdua kini adalah kebahagiaan anak sulung Skylar Raymond Foo...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025