Tenang Dan Mendamaikan Bila Berada Di Homestay Sungai Sireh



Assalamualaikum..

Cik Nor masih lagi dihari ke 2 program tetapi untuk ke tempat lain pulak. Tempatnya tak adalah jauh sangat pun tapi memakan masa hampir 1 jam jugak la untuk sampai ke tempat yang di tuju. Ke manakah Cik Nor kali ini? Tunggu...Tempatnya sangat menarik dan selalu menjadi lokasi penggambaran drama. Pertama kali sampai ke tempat ini Cik Nor sendiri pun rasa teruja sangat melihatnya. Walaupun Cik Nor ni berasal dari kampung jugak tapi kampung yang Cik Nor pergi memang memukau mata memandang


Tempat yang Cik Nor tuju ni ialah Homestay Sungai Sireh yang terletak di Kampung Ampangan, Tanjong Karang, Selangor. Korang boleh tengok sendiri betapa cantik dan damainya kampung ni bila korang datang sendiri ke sana. Nanti Cik Nor kongsikan gambar-gambar aktiviti kami ketika di sana


Sebelum Cik Nor berceloteh dengan lebih lanjut tentang homestay ni, jom Cik Nor kongsikan serba sedikit maklumat yang Cik Nor ambil dari portal Majlis Daerah Kuala Selangor.Sungai Sireh Homestay menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini pelawat dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi menyambut kedatangan anda, deruan sungai mengalirkan air bersih lagi segar. Sungai Sireh terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi. Jumlah bayaran penginapan dan aktiviti di Homestay Seri Gambut, Sungai Sireh.



Pada musim menuai, pelancong juga berpeluang melihat sendiri cara tradisional untuk memproses padi menjadi beras dengan menggunakan lesung dan indik. Jika datang sebelum musim menuai, katanya, mereka juga akan dibawa memancing belut di tali air berdekatan.Bagi mereka yang mengambil pakej tiga hari dua malam, mereka boleh menyaksikan persembahan kebudayaan setempat seperti tarian kuda kepang, cempuling dan ghazal yang dipersembahkan penduduk.



"Selain itu, kami juga mengadakan acara 'jungle tracking'. Program homestay di sini mendapat sambutan hangat daripada ramai pelancong. Malah, ada pelancong mengatakan mereka seperti tidak cukup masa untuk menikmati apa yang kami sediakan," katanya.Lebih menarik, pakej yang disediakan juga berbeza mengikut keadaan seperti musim cuti sekolah, khusus untuk anak muda serta pakej biasa.Pelancong juga berpeluang menikmati pelbagai makanan setempat yang mungkin tidak pernah mereka nikmati selama ini seperti ulam dan pelbagai buah-buahan tempatan.Selain itu, aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di Homestay ini yang mana akan menjanjikan satu kenangan menarik di Tanjung Karang. Sumber dari : http://www.mdks.gov.my


Sepanjang kami disana pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kami. Pendek kata tiada masa terluang untuk kami berasa bosan ketika disana. Aktiviti pertama kami ialah mencanting batik. Kemain masing-masing tunjuk bakat mencanting. Cik Nor tidak ketinggaln untuk menjukan bakat terpendam Cik Nor. Haha. Hasilnya korang jangan gelak pulak. Tapi yang korang kena tengok bakat peserta yang menyertai trip ke homestay ni. Semuanya  berbakat weh.


Manakala aktiviti kedua kami menaiki kenderaan seperti traktor mengelilingi kampung sebelum sampai ke sebuah rumah lama yang telah dijadikan homestay. Di rumah ini kami diperkenalkan dengan pelbagai peralatan lama untuk menuai padi, menumbuk padi, menebang pokok dan pelbagai lagi. Selain dari itu kami diberikan tugasan untuk menyelesaikan teka silang kata dan mencari 10 pokok herba yang terdapat dalam teka silang kata tersebut dengan menangkap gambar pokok-pokok herba tersebut. Sangat menarik dan teruja kan untuk menyiapkan tugasan ini.


Selesai di homestay ini kami dibawa ke suatu tempat untuk aktiviti seterusnya. Sepanjang perjalanan ke tempat tersebut kami disajikan dengan permandangan yang cukup indah dan menenangkan jiwa. Oleh kerana hujan renyai-renyai kami terpaksa tunda dahulu aktiviti tersebut tapi kami sempat menikmati air kelapa fresh dari pokok. Sungguh nikmat weh.



Lebih kurang 15 minit hujan semakin reda dan aktiviti diteruskan dengan memancing ikan dimana wakil Selatan melawan wakil Utara. Riuh rendah dibuatnya. Manakala wakil Pantai Timur dan wakil Sabah dan Sarawak dikehendaki menanam padi. Cik Nor apa lagi, join la sekali. Nak tahu apa jadi? Cik Nor tersangkut dalam lumpur tak boleh bergerak. Nasib la ahli team bantu, kalau tak merangkak la Cik Nor nak keluar dari situ.haha. Nampak macam leceh tapi pengalaman yang sungguh berharga buat Cik Nor.

Setelah kedua-dua tugasan diselesaikan dengan jayanya keempat-empat team dikehendaki menangkap ikan secara manual iaitu menggunakan tangan. Riuh rendah dibuatnya, mana tidaknya semua nak team masing-masing menang.haha. Akhir sekali kami dibawa ke tengah sawah untuk mengenali apa itu palong. Rupanya palong ni macam tali air la kot. Kat sini kita boleh memancing ataupun kalau suka mandi sungai, boleh jer mandi kat sini.


Aktiviti kami berakhir disitu. Memang sangat menarik aktiviti di sini. Korang kalau berminat dan nak datang bercuti ke homestay ini boleh la hubungi :

Alamat : Lorong A/P 23 Kg Ampangan Jalan Parit 1, Sungai Sireh
Tanjung Karang 45500
No. tel : Pak Abu 0193467372
              Faeez 0193188220Email: [email protected]
Facebook : agrotourism homestay sungai sireh


Antara aktiviti yang korang dapat rasai sendiri disini ialah tinggal bersama keluarga angkat, aktiviti kampung, berkayak, jungle tracking, aktiviti memasak makanan tradisional, aktiviti sawah padi, memancing di tali air dan pertunjukan kebudayaan. Di sini perbagai kemudahan disediakan antaranya penginapan, tempat berkhemah, tempat letak kenderaan, surau, kantin, dewan serbaguna dan pentas terbuka.


Cik Nor dah rasai sendiri suasana kampung yang mendamaikan, korang bila lagi nak rasai? Rugi tau kalau korang lepaskan peluang bercuti macam ni. Dah la dekat, duit pun tak habis banyak.  Homestay Sungai Sireh memang terbaik.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2019/12/tenang-dan-mendamaikan-bila-berada-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih

Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 837 hits
Kategori UnscheduledTempoh 21 Disember 2019 10 pagi TBAKawasan Terlibat Dah masuk hari kedua air takde kat kawasan rumah Cik Ila ni Tahun ni saja dah beberapa kali kejadian pencemaran bau berlaku di sumber air mentah Kali ni katanya berpunc...
Seekor Paus Terdampar Di Sungai Ujungmanik Cilacap

Seekor Paus Terdampar Di Sungai Ujungmanik Cilacap

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 266 hits
Panjang sekitar 8 meter Lebar 1 5 meter Pertama kali Paus diketahui oleh warga yang hendak memancing kata Kepala Desa Ujungmanik Sugeng Budiyatno
Sungai Tenggang Kuching Sri Aman Stretch Now Passable

Sungai Tenggang Kuching Sri Aman Stretch Now Passable

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 299 hits
JPBN staff monitoring the river near the Sungai Tengang Kuching Sri Aman stretch KUCHING The Sungai Tenggang Kuching Sri Aman stretch of the Pan Borneo Highway project that was flooded is now passable According to the spokesperson of the St...
Ma Ahad Tahfiz Ismail Kindergarden Di Sungai Penchala Kuala Lumpur

Ma Ahad Tahfiz Ismail Kindergarden Di Sungai Penchala Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 1093 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan tentang Ma ahad Tahfiz Ismail Kindergarden sebuah Tadika islam yang terletak di Sg Penchala Kuala Lumpur Misz ella ke MTIK kerana dijemput oleh Pengarah Urusan Tadika tersebut Puan N...
Selangor Ambil Langkah Sementara Sebelum Pencemaran Sungai Semenyih Pulih

Selangor Ambil Langkah Sementara Sebelum Pencemaran Sungai Semenyih Pulih

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 381 hits
Selangor ambil langkah sementara sebelum pencemaran Sungai Semenyih pulih Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 23
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 279 hits
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai PetaniSeorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di kilometer 74 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan hari ini Ketua Polis...
Sungai Karang Mumus Meluap Ratusan Rumah Di Samarinda Terendam Banjir

Sungai Karang Mumus Meluap Ratusan Rumah Di Samarinda Terendam Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 298 hits
Meluapnya DAS Karang Mumus disebabkan tingginya debit tinggi muka air Bendungan Benanga Lempake yang berada di level waspada
Tenggelam Di Sungai Pembina Santri Ditemukan Tak Bernyawa

Tenggelam Di Sungai Pembina Santri Ditemukan Tak Bernyawa

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 237 hits
Shidqie Gisntino pembina santri yang tenggelam di Sungai Cianten Desa Cemplang Kecamatan Cibungbulang Kabupaten Bogor ditemukan dalam kondisi tidak bernyawa Senin
Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 240 hits
Ibu Lempar Anak Ke Dalam SungaiSeorang ibu dikecam kerana bertindak keterlaluan kerana mahu menghukum anak perempuannya dengan mencampak ke dalam sungai kelmarin Menerusi sebuah video viral wanita tersebut dirakam memarahi anaknya di tepi s...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat