Gaji Rm20 000 Rm30 000 Sebulan Tidak Masuk Akal
LIM TEONG KIM
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
PETALING JAYA: Bekas jurulatih pembangunan Bayern Munich, Lim Teong Kim membidas kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkata permintaan gajinya terlalu tinggi.
Bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu berkata, tidak masuk akal sekiranya beliau bekerja di Malaysia dengan gaji RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.
Lim Teong Kim, yang juga bekas pengarah teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), mendakwa punca kegagalan pasukan itu terletak pada pembangunan bola sepak remaja yang tidak sistematik di negara ini. — Gambar oleh Azneal Ishak
Katanya, kenyataan TMJ tersebut seolah-olah tidak menghargai segala ilmu yang ditimbanya sepanjang 12 tahun berada dalam sukan bola sepak di Eropah.
“Awak (TMJ) suruh saya tinggalkan anak, isteri saya dan pergi ke sana (Malaysia) untuk RM20,000 hingga RM30,000, awak tahu berapa kalau tukar kepada euro? Hanya sekitar 5,000 euro hingga 6,000 euro.
“Kalau saya duduk di Malaysia, saya kata okay tetapi saya duduk di Jerman kerana kos sara hidup di sini mahal.
U think im monkey?! U tak hargai ilmu saya! Sanggup pula bayar pemain eropah mahal
- Lim Teong Kim
Temubual eksklusif bersama Lim Teong Kim berkenaan prestasi pasukan u23 negara di kejohanan AFF baru ini.
Link video penuh di ruangan komen#harimaumalaya #demimalaysia#LTK pic.twitter.com/7B6Z7SXYSn
— Harimau Malaya (@harimaumalaya7) February 23, 2022 “This is peanut. You pay me peanut, you think i’m monkey. Awak tak menghargai ilmu saya tetapi kamu boleh bayar berjuta-juta dan beribu-ribu untuk pemain Eropah,” katanya dalam wawancara bersama portal sukan HarimauMalaya.
Sebelum ini, TMJ mendedahkan dalam satu wawancara bahawa Teong Kim meminta gaji sebanyak 70,000 hingga 80,000 euro (RM327,000-374,000) sebulan untuk melatih pasukan pembangunan Johor Darul Takzim (JDT).
Mengulas lanjut, Teong Kim berkata, beliau bukan bekerja bersama kelab bawahan tetapi di kelab terhebat di dunia dan turut bekerja bersama pemain yang menjulang Piala Dunia.
“Saya bekerja 12 tahun untuk Bayern Munich, bukannya bekerja di pasukan ‘kucing kurap’.
“Saya bekerja dengan pemain yang menang Piala Dunia dan pemain yang sekarang bermain di Real Madrid, David Alaba dan Toni Kroos,” ujarnya.
Jurulatih berusia 58 tahun itu mempertikaikan tindakan TMJ yang dianggap tidak profesional selepas mendedahkan segala perbincangan antara mereka berdua kepada media.
“Tidak mengapa sekiranya tidak ambil saya tetapi ini adalah profesional dan perniagaan. Jika anda tahu apa itu profesionalisme, ia tidak sepatutnya dikeluarkan di media dan umum,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
SOURCE: Utusan
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2022/02/gaji-rm20000-rm30000-sebulan-tidak.html