Tempat Wajib Lawat Dengkil Cloud Brew Cafe
Tempat wajib lawat DENGKIL - Cloud Brew Cafe | Kalau korang ada berdekatan dengkil, atau korang tinggal di dengkil. Kalini saya nak review satu tempat yang korang wajib singgah.
Ada satu cafe berdekatan dengan segi mart betul betul bersebelahan degan segi mart, kedai berwarna hijau. Korang boleh tengok direction kat SINI.
Cafe berkonsep western in touch of local cuisine, dari segi atmosphere, makanan dan juga staff sangat memuaskan. Kalau korang craving nak makan pasta, kat sini lah tempat yang korang boleh datang dan try. Wajib datang tau hahahahha.... Recommended sangat.
Ada jual menu apa kat sini ?
Kat sini ada jual menu banyak jugak lah kalau nak diikutkan, ada pasta, nasi, bihun sup, square doughnut. Jap lagi kita pergi satu persatu yer, kita tengok apa yang ada kat sini.
Pasta Selection Macam biasa lah kalau pasta kat mana mana pun ade jual kan. Tapi yang bestnya kat sini pasta dia memang rasa lain macam sikit.
Dari segi pengunaan fresh herb nya dan cara penyediaan yang lain dari cafe cafe lain yang pernah saya cuba.
Baca juga:
Kenapa Salmon Warnanya Orange?
Kat atas ni senarai jenis jenis pasta yang terdapat kat cafe ni, menarik kan hahahha... Korang yang berdekatan, yang craving dengan pasta. Korang kene datang try tau kat sini. In syaa allah Memang tak mengecewakan.
Soup SelectionAda sup jugak kat sini, kalau ada yang penggemar sup boleh cuba cream of mushroom soup dan juga chicken corn chowder.
Kalau ada yang nak cuba menu lain ada jugak kat bawah ni.
Rice Selection Ada beberapa jenis nasi kukus antaranya nasi kukus kungpow chicken, nasi kukus padprik chicken, nasi kukus ayam buttermilk dan nasi kukus ayam tomyam.
Kesemua jenis nasi ni dihidangkan bersama dengan keropok dan sup utara
Noodle Selection Ada dua jenis noodle kat cafe ni, buhun sup utara daging, bihun sup utara ayam dan juga Maggie kuah utara daging, maggie kuah utara ayam.
Bread Selection Bawah bread Selection pula, kat sini ada roti john leleh, ada roti john leleh daging, roti john leleh ayam, roti john leleh Cheesy supreme ayam dan juga roti john leleh cheesy supreme daging
Ada juga versi mini tau untuk menu ni, yang versi mini memang ngam ngam untuk hidangan seorang makan.
Sweet Selection Bawah sweet selection pula ada signature square doughnut yang sangat lembut. Yang ni korang wajib cuba, memang tak der kat tempat lain.
Di topping dengan topping yang premium, tambahan pula dengan texture doughnut yang sangat sangat gebu dan lembut. Sweet lover memang sangat suka kan ni
Jangan lupa untuk singgah kat cafe ni yer kalau korang ada berdekatan dengan dengkil. Kalau korang diluar kawasan dengkil boleh jer order di grab ataupun food panda.
Korang boleh search jer nama cafe ni. Ok lah setakat ni jer lah posting untuk kalini. Jangan lupa tinggalkan komen korang kat bawah ok. Sampai kita bertemu lagi ok. Bye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalah-masakkan.blogspot.com/2022/11/tempat-wajib-lawat-dengkil-cloud-brew.html