Tempat Tempat Menarik Di Perlis Yang Maha Dan Kawan Kawan Pergi Bercuti Tahun Ni


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni Maha nak kongsi kepada korang percutian dalam negara iaitu sebuah negeri yang paling utara semenanjung Malaysia. Mana lagi kalau bukan negeri Perlis. Negeri ini adalah negeri terakhir dalam Malaysia yang Maha dapat pergi jalan-jalan bercuti dan bermalam di sana. Kalau tidak negeri lain semua dah pergi tapi negeri paling kecil ni tak pernah sampai lagi



Akhirnya alhamdulillah sampai juga Maha ke Perlis. Orang kata Perli ni ada 8 orang sahaja kat sana betul ker? Tak baik tau korang. Tak adalah kat sana ada ramai jer penduduk Perlis yang semua baik-baik dan ramah-ramah. Maha pergi Perlis dengan kawan-kawan blogger yang selalu travel bersama iaitu Cik Lily Putih dan suami, Jajan_Kudapan, Zuzu a.k.a Zulhelmi, Faris dan Rawlins. Bestnya kali ni kami pergi naik kereta dari Kuala Lumpur. Gigih sewa Hyundai Starex kerana nak keselesaan dan luas. Boleh naik ramai sekali dan jimat



Kami bertolak dari KL pukul 11malam Khamis dan kami sampai kat Perlis pukul 6pagi Jumaat. Sebab banyak juga berhenti rehat dan juga makan-makan. Jadi tu perjalanan lama sikit. Tapi seronok sangat dapat pergi ramai-ramai ni. Baru rasa meriah dan juga rasa kelainannya. Nak tahu mana sahaja lokasi yang kami pergi kat Perli boleh baca posting ni. Tempat-tempat menarik yang kami kami kunjungi sepanjang di Perlis aaaa jommm..

View Point Wang Kelian Melihat Lautan Awan
Kami sampai sahaja pagi tu terus pergi lokasi pertama iaitu View Point Wang Kelian yang wajib bila jejak kaki kat Perlis. Tempat ini dah memang cukup popular dikalangan pelancong ke negeri Perlis. Kami sampai parking kereta banyak disediakan dan juga nak masuk dikenakan bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Kalau nak jalan kaki ke puncak View Point boleh atau juga sekarang dah ada buggy untuk naik ke sana. Kena bayar RM5 setiap orang dan satu buggy boleh muat dalam 10 orang kot. 



Kami sampai memang terus naik buggy bayar sikit pun tak apa tapi menyesal, kerana rupanya View Point tu tak tinggi mana pun jalan kaki 3 minit boleh sampai. Kalau ada warga emas boleh lah naik buggy. Sampai situ ingat nak tengok Laut Awan yang banyak, tapi sayang tak ada. Sebab kami sampai dah agak lewat iaitu sekitar pukul 7 lebih. Awan dah berarak pergi cuma dapat lihat matahari terbit sahaja






Tapi tak kecewa kerana pemandangan atas bukit tu sangat mengagumkan yer. Masha Allah sangat indah ciptaan Allah ni. Dapat lihat bukit bukau dan juga pemandangan hijau yang tiada kat Kuala Lumpur. Kalau korang naik Bukit Nanas kat KL tu nampak hutang bangunan apoooo. Kat sini dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup kadang-kala kuat membuat seluru tubuh rasa kesejukkan yang menusuk sampai keruang rongga ni




Memang cantik sangat rasa kagum masih banyak lagi keindahan yang ada di bumi Malaysia ini. Kat situ memang port untuk OOTD sangat banyak yer. Nak mengadap bukit, mengadap matahari terbit, nak ambil gambar atas buaian memang bestttt. Rasa tenang dapat lihat kehijauan dan menghirup udara yang sangat segar rasa kembang habis lubang hidung ni nak hirup udara sesegar ini. Kami ada kat atas tu lebih kurang sejam bergambar beramai-ramai dan juga bergambar sendiri-sendiri puas sangat

Penginapan Tepi Empangan Riverview Homestay Perlis
Lepas dari pergi View Point Wang Kelian kami terus pergi makan sarapan pagi. Dalam posting ni Maha tak share kerana untuk tempat makan akan ada posting yang satu lagi nanti ok. Tapi lepas sahaja sarapan kami terus pergi ke penginapan yang dah booking awal sebulan. Tengok dalam gambar memang sangat cantik dan memang puas hati kerana tepi empangan sungai. Harga pun sangat berpatutan





Kami sampai sahaja bila tengok depan mata ia jauh lebih cantik dan menarik. Nama penginapan kami ini adalah Riverview Homestay Perlis. Ia adalah homestay dua tingkat dimana bahagian bawah dan atas ada dua bilik berasingan. Kami dapat yang atas sebab bawah dah ada orang booking tak apalah. Bila masuk memang luas giler bilik tu boleh muat 5 orang satu bilik. Kami ambil dua bilik jadi boleh main tukar-tukar nak tidur mana-mana hehehe





Memang puas hati dengan pemandangan dari atas yang indah yang cantik. Cuma kat dalam tu ada satu bilik air sahaja yang kena kongsi dengan 5 orang yang semuanya mengosok daki tak ingat dunia lamanya. Juga aircond dalam tu tak sejuk nasib ada kipas bolehlah tahan. Bila malam tempat sunyi sangat tingkap banyak memang best. Kalau korang nak booking boleh cari kat Google jer nama homestay tu pasti keluar punya. Harga kami dapat satu malam adalah RM350 untuk 7 orang kongsi. Berbaloi sangat...

Bukit Chabang Mari BerOOTD Lagi
Kami check-in homestay tu dah rehat tidur sekejap sebab dalam kereta tidur tak puas semua melalak tak ingat dunia. Lagi satu kami sampai hari Jumaat jadi tengahari tu semua orang solat Jumaat jadi kami ambil keputusan untuk tunggu orang habis solat Jumaat baru sambung semula pengembaraan. Tengahari buta tu lapar pergi makan tengahari. Tempat makan tu nanti dalam posting kedua tempat makan best di Perlis ok





Lepas makan tengahari kami terus sahaja berangkat pergi ke tempat OOTD lagi. Kata orang sini tempat baru buka. Namanya adalah Bukit Chabang. Dulu tempat ni lain sikit kata orang tak luas dan sekarang dah luas. Nak masuk ada bayar RM5 perkepala dan naik sikit harga masuk. Tak apalah bayar demi nak masuk dan bergambar. Ingat sampai tengahari panas terik tak nak bergambar tapi peduli apa pulak kami. 




Masih-masing terus ambil port untuk bergambar. Banyak sudut yang disediakan oleh pengusahan tempat ini untuk nak bergambar berlatar belakangkan bukit yang bercabang dua ni. Unik sangat menarik Bukit Batu Kapur tak silap dan di tengahnya ada lurah hurmmmm. Kawasan bawah tu telah diluaskan menjadi padang rumput ragut untuk kambing-kambing yang dipelihara kat sini. Korang boleh bergambar dengan kambing-kambing yang ada comel, ada anak kambing, ada bapak kambing, mak kambing pun ada





Cuma kawasan ni penuh dengan tahi kambing kena hati-hati kalau nak berjalan dan memijak. Boleh bergambar bawah pokok, lepas tu bergambar tepi perigi, bergambar kat tengah-tengah padang. Macam-macam gaya dan skill yang keluar semuanya. Tapi walaupun matahari tengah terik, tapi kat sini sejuk kerana ada aliran angin yang meniup perlahan, dan ia membuatkan badan tak rasa panas. Lama jugalah kami kat sini nak bergambar walaupun dah jenuh semua sudut diambilnya. Siap ada buat video clip Hindustand lagi kat tengah padang tu wakakakaka

Melayari Boat Di Tasik Timah Tasoh 
Lepas OOTD kat Bukit Chabang tu tadi kami terus gerak pula nak pergi ker satu lagi tempat yang orang kata kalau dah sampai Peris wajib kena singgah dan bergambar. Kat mana lagi kalau bukan tasik buatan manusia yang terbesar di Perlis iaitu Tasik Timah Tasoh. Ada cerita kami nak sampai sini sebenarnya. Kami tersalah sampai dekat dengan Resort Timah Tasoh. Kat situ tak ada khidmat untuk sewa boat meronda tasik. Nasib ada orang tunjuk lokasi yang kami nak pergi, kena patah balik pergi sebelah bahagian lagi yang ada menyediakan khidmat sewa boat untuk menyulusuri tasik ni




Korang kalau nak naik boat kena pergi kat bahagian Santuari Ikan Air Tawar Perlis. Kat situ baru ada sediakan boat untuk sewa nak mengelilingi tasik tu. Kami sampai dan parking terus ambil satu boat harga sewa boat RM50 sahaja boleh naik 10 orang. Wajib kena pakai jaket keselamatan yang disediakan kerana tasik ni sangat dalam yer. Menurut abang yang bawa boat kami demi nak hasilkan tasik ni kerajaan terpaksa menenggelamkan beberapa buah perkambungan yang ada didasar tasik tu tau



Juga tasik ini telah diwartakan sebagai tempat perlindungan dan ternakan ikan air tawar. Hanya beberapa orang kampung tertentu sahaja yang boleh masuk, dan buat aktiviti menangkap ikan dan menternak ikan atau pelancongan di tasik ini demi nak menjaga keaslian tasik ni. Masa naik boat tu abang yang bawa kami tu sangat ramah menceritakan tentang sejarah tasik ni sebelum kami sampai kat check point pertama untuk bergambar




Belayar naik boat dengan deruan enjin boat yang sayu-sayu serta pemandangan yang memukau mata memandang membuat fikiran ini melayang rasa berada di alam yang lain. Memang Masha Allah sangat indah dan sangat cantik. Walaupun tasik buatan manusia tapi pemandangan sekeliling dengan air tasik tenang dan juga pokok renek yang tumbuh di dasar tasik buat rasa hati ni nak terus berada di tengah-tengah tasik ni



Check point pertama ada platform yang disediakan oleh mereka untuk turun dan bergambar berlatar belakangkan bukit bukau yang menawan. Juga kehijauan tumbuhan semalu air yang hidup segar dipermukaan tasik. Kata abang pemandu boat tu pokok ni orang selalu ambil pucuk untuk makan buat masak atau makan sebagai ulam. Ia sangat lembut dan sedap. Itulah ciptaan Tuhan tidak pernah sia-sia dan ada kebaikkan dan kegunaan kepada hidupan di bumi ini. Ikan di sini banyak sangat dan bila hulur makanan kat tapak tangan ikan tu makan. Bila terpercik air tasik sekali sekali ke muka ni rasa segar sangat. 



Habis bergambar kat check point pertama kami di bawa ke check point kedua pula iaitu betul-betul tengah-tengah rimbunan pokok semalu air. Kat situ kami berdiri hujung boat dan bergambar sepuas-puasnya sangat tenang. Sekali sekala rasa juga udara yang segar menyelinap disebahagian tubuh buat kita rasa bagaikan ditiup angin dan terbang. Korang boleh tengok gambar kami yang pelbagai rupa, sambil tu mendengar cerita daripada abang yang tidak pernah lokek dengan pengetahuan yang dikongsikan kepada kami. Next time katanya kalau pernah datang kat tasik ini mereka akan bawa pula kat bahagian lain yang ada sekitar tasik



Akhirnya kami pusing-pusing di seluruh sudut tasik yang berkeluasan 20 kilometer persegi. Melihat hidupan flora dan fauna, selain dari ikan ada juga hidupan burung-burung yang unik kat sini. Sebab itu ramai pelancong luar suka datang ke kawasan tasik ini untuk mengambil gambar burung dan pemandangan indah sekitarnya. Rasa nak datang dan terjun dalam tasik ni bagaikan duyung arrrrrr tiberrrr

Beli Belah Di Sempadan Padang Besar
Tup tup ronda tasik tak sedar hari dah nak Maghrib jadi kami balik ke jeti agar sedikit gelap. Lepas berlabuh kami terus pergi cari makan malam. Selepas makan tu kami lepak sekejap kat bandar ada satu kedai kopi hispter yang popular nanti dalam next posting Maha cerita ok. Bila dan penat kami terus balik homestay untuk rehat dan juga tidur malam pertama di Perlis. Habislah perjalanan hari pertama di Perlis



Esoknya bangun pagi kami terus siap-siap kemas barang kerana kami hanya semalam sahaja di Perlis dan lepas tu nak turun ke Ipoh lak. Tapi sebelum balik Ipoh next lokasi yang wajib juga kena singgah nak beli belah cenderamata dari Perlis. Kat mana lagi kalau bukan Padang Besar. Sempadan antara Malaysia dan juga Thailand di bahagian Satun dan Songkhla. Tapi kami tak masuklah Thailand hanya kat Padang Besar sahaja




Memang begitu maju sekitar Padang Besar ni dah ada banyak bangunan kedai jualan, ada yang bahagian kedai lama. Kemudian ada bahagian kedai baharu yang juga banyak barang. Pastu masa kami tengok ada satu lagi bahagian yang baru sahaja siap dibina, yang lagi baru akan dibuka tak lama lagi. Memang makin besar lah kawasan jualan kat sini, makin meriah lepas ni




Bila masuk jer tak tahu nak beli apa, macam-macam barang ada daripada keperluan diri, barang dapur memasak, barang untuk rumah, barang hiasan dan juga ada barang cenderahati. Kalau rasa penat dan dahaga di sekitar tepi kedai tu ada banyak gerai jualan makanan dan minuman. Korang wajib cuba kat situ adalah kuih bentuk buah-buahan yang sangat comel nama tak tahu apa dia. Juga korang kena cuba Pulut Ayam yang orang kata popular kat Thailand ada juag jual kat situ




Maha dah rambang mata tengok banyak jualan buah-buahan yang segar-segar dan murah-murah. Beli sikit-sikit jer sebab lepas ni nak singgah Ipoh lagi. Jadi banyak barang nanti penuh kereta nak bawa. Tapi kawan-kawan lain semua beli Narita yang orang kata murah kat sana. Ok lah murah juga tapi nak bawa balik kereta tak muat. Jadi mereka plan untuk pos sahaja menggunakan khidmat pos yang ada kat situ. Lagi senang terus sampai beberapa hari ke rumah. Kalau pos tak silap harga satu Narita RM10 charge yang dikenakan



Habis dua jam jugalah jalan dan tengok semua barang ada kat Padang Besar. Lepas tu kami tak makan kerana ada nak singgah makan tengahari kat tempat istimewa. Jadi kami terus sahaja berangkat dari Padang Besar turun ke bawah untuk menghala ke Ipoh Perak. Jadi itu sahajalah tempat yang Maha dan kawan-kawan sempat singgah sepanjang bercuti di Perlis. Sebenar banyak lagi tapi sebab kekangan masa ada beberapa tempat tak sempat singgah. Maybe next time kot akan datang Perlis lagi. 


Apa pun percutian kat Perlis kali ni sangat seronok dan juga pengalaman baru kepada kami yang memang kalau nak travel bercuti mesti beramai-ramai macam ni. Bulan akan datang ni tak tahu lagi nak kema tunggu lah nanti kami update ok. Apa pun untuk next posting ada tempat makan yang sedap kami singgah dan nikmati sepanjang berada di Perlis ni ok. Korang kena datang Perlis kerana ia menjanjikan percutian yang lain daripada lain. Datanglah tahun 2024 kerana tahun ni adalah sambutan Tahun Melawat Perlis. Jumpa lagi OK bye!!












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/01/tempat-tempat-menarik-di-perlis-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

Tempat Makan Menarik Wajib Kunjungi Di Daerah Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaling merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah Darul Aman Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di daerah ini terutamanya di bandar Ba...
Senarai Cuti Umum Dan Tempat Menarik Cuti Umum Di Selangor 2024

Senarai Cuti Umum Dan Tempat Menarik Cuti Umum Di Selangor 2024

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 328 hits
Senarai Cuti Umum dan Tempat Menarik Cuti Umum di Selangor 2024 18 Cuti Umum 2024 di Malaysia akan menjadi satu tanda utama untuk masyarakat membuat perancangan awal sebelum bercuti Bagi senarai tarikh yang akan diumumkan sebagai cuti anda ...
Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

Cuti Umum Kedah 2024 Dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 407 hits
Berikut merupakan senarai cuti umum Kedah 2024 untuk pengetahuan umum Kalendar cuti umum bagi negeri Kedah tahun 2024 seperti yang disiarkan di laman web Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Semoga kalendar cuti ini dapat membantu warga negeri ...
Suria Fm Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024

Suria Fm Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 215 hits
SURIA FM Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024 Assalamualaikum semua Baru baru ni pada 19hb Januari 2024 bertempat di Menara Star berlangsung satu sidang media yang dianjurkan oleh Suria FM Nah sis ko...
Melayu Tidak Hilang 10 Tahun Lagi Kroni Mahathir Yang Akan Hilang

Melayu Tidak Hilang 10 Tahun Lagi Kroni Mahathir Yang Akan Hilang

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 337 hits
Kenyataan Tun Mahathir Mohamad kononnya Melayu akan hilang 10 tahun lagi sekiranya mereka tidak bersatu dilihat pendapat songsang yang tidak mempunyai dasar Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata kenyataan Tun Maha...
Dendam Karena Digantikan Jadi Imam Kakek 80 Tahun Di Maros Tombak Tetangga Dalam Masjid

Dendam Karena Digantikan Jadi Imam Kakek 80 Tahun Di Maros Tombak Tetangga Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 106 hits
Seorang pria lansia di Maros Daeng Supu ditangkap karena menikam imam masjid Desa Baruga bernama M Amir Abbas Rabu kemarin
Sambut Tahun Baru Di Cameron Highlands

Sambut Tahun Baru Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 206 hits
Sambut Tahun Baru Di Cameron Highlands Assalamualaikum Hai Tahun ini pertama kali buat Cik Ash sambut tahun baru 2024 dekat tempat tinggi sejuk Sebenarnya Cik Ash tak tahu pun yang suami rancang nak bercuti dekat Cameron Highland ni Suami C...
Napi Umur 51 Tahun Kasus Sodomi Anak Kabur Dari Atap Kamar Mandi Lapas Pontianak

Napi Umur 51 Tahun Kasus Sodomi Anak Kabur Dari Atap Kamar Mandi Lapas Pontianak

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 235 hits
gun Saufi merupakan warga binaan Lapas Pontianak yang divonis karena kasus sodomi anak di bawah umur dengan hukuman delapan tahun penjara
Kelantan Kami Macam Orang Bodoh Penduduk Berang 10 Tahun Turap Jalan Tak Siap Siap

Kelantan Kami Macam Orang Bodoh Penduduk Berang 10 Tahun Turap Jalan Tak Siap Siap

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 188 hits
SITI NUR ZAWANILebih 1 000 penduduk Kampung Serian Gua Musang berang apabila kerja kerja turapan jalan di kampung itu terbengkalai sejak 10 tahun yang lalu Penduduk mendakwa Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan sehingga kini gagal menyiapkan k...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation