Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati


Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati |  Apa khabar semua? Maaf la ye lama tak update blog ni. Faham-faham je la kekadang tu idea tak ada, kekadang tu mood tak sampai. Haa gitu la selalu. Agaknya dah lama tak pergi bercuti kot. Last pergi bercuti, kami pergi ke Singapore. Hmm ada jugak yop cadangkan nak pergi bercuti lagi, tapi dalam Malaysia je la ye dan dia suruh kinah yang handle dan cari kan tempat untuk kami pergi bercuti. Disebabkan hari ni kerja rumah dah selesai kinah nak share dengan korang plan yang kinah sediakan untuk kami pergi bercuti nanti. 
Hahhhh nak tau kat mana destinasi pilihan kami bercuti nanti

Of course la Pulau Pinang hehehe..

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk DilawatiTempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk DilawatiPercutian kami kali ni, yop kata dia tak nak drive. Penat nak drive jauh-jauh katanya. Lagipun setiap kali bercuti, kami selalu drive sendiri je. Tapi kali ni kami nak buat kelainan sikit. Lagipun Thahirah dah besar, saja nak bawak dia naik flight pulak, bagi dia explore dan biasa dengan pengangkutan awam. Lagipun dah lama dah dia mintak nak naik flight. Kinah pun apa lagi, google la kot kot la boleh dapat tiket flight murah. Dah memang rezeki, dapat pulak tiket Air Asia dengan harga murah. Ok hal tiket flight settle

Disebabkan yop malas nak drive ke KLIA, kami  rancang nak book KLIA transit tickets untuk memudahkan lagi perjalanan kami ke KLIA nanti. Kata nak biasakan Thahirah dengan pengangkutan awam, hah ni lah masanya

Hal tiket, hal nak ke KLIA semua dah selesai. Cuma nak cari tempat menarik di Pulau Pinang saja. Setelah meng"google", kinah pilih beberapa tempat yang menarik dan sesuai untuk kami bawa Thahirah pergi bercuti. Walaupun kinah pernah ke Penang, tapi tak semua tempat kinah pergi

Antara Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
1. BUKIT BENDERA
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk DilawatiKalau datang ke Penang ni, Bukit Bendera adalah tempat wajib kita lawati. Tak datang ke sini, rasanya tak lengkap la percutian tu. 
Nak tahu kenapa

Sebabnya Bukit Bendera ni merupakan salah satu ikon terbesar yang ada di Penang selain daripada jambatan Pulau Pinang. Apa yang menariknya bila kita ke sini, kita dapat melihat pemandangan dan juga alam semulajadi dari Bukit Bendera ni tau. Kalau korang nak tahu, Bukit bendera ni terletak di puncak bukit. Nak sampai ke sini, korang kena naik cable car, ada la sedikit bayaran. Syok juga naik cable car dia. Curam tak usah cakap la. So siapa yang gayat tu, digalakkan pergi berteman. Sekurangnya adalah tempat nak berpaut kihkih.

Kinah dulu ke sini pun dengan makcik, tapi kami tak habis pusing pun kat atas tu.  Kali ni, kalau boleh nak explore semua yang ada di sana. Dengarnya kat puncak tu ada Muzium Burung Hantu, Skywalk dan banyak lagi aktiviti yang menarik kat atas tu dan aktivitinya pun bukan la yang ekstrem. Okay la sangat bawak Thahirah ke sini.. 
2. ESCAPE THEME PARK PENANGTempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk DilawatiSesekali nak pergi ke tempat  yang lebih ekstrem kat Penang ni, jadi kinah decide nak ke Escape Theme Park Penang ni. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan kat sini. Dengarnya lebih 30 aktiviti yang disediakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dari kanak-kanak sehinggalah dewasa, yang bujang, pasangan mahupun dah berkeluarga. Ok sangatlah tu

Untuk aktiviti bagi orang dewasa, Escape Theme Park Penang turut menyediakan outdoor activity seperti kite flyer, abseiling, sling shot dan laluan berhalangan antara pokok. Korang yang pergi bercuti dengan kawan-kawan bolehlah cuba aktiviti ni. Mesti happening. Dari segi aspek keselamatan pula tak perlu risau kerana pihak Escape Theme Park mempunyai peralatan yang mencukupi dan menepati syarat untuk kegunaan para pelancong yang datang. 
Selain aktiviti ekstrem tu, bagi mereka yang berkeluarga macam kinah dan ingin bersuka ria bersama anak-anak, memang sesuai sangat bawak anak-anak main air kat water park di sini. Nampak macam best je. Thahirah kalau nampak ni, mesti dia syok main air. Confirm tak nak balik haha. Tapi kena beringat, dekat water park ni bukan semua sesuai untuk kanak-kanak, ada certain part tu hanya untuk orang dewasa sahaja sebab terlalu ekstrem. Seronok, seronok juga, kita sebagai parents ni kena awasi anak-anak sama. 
3. PANTAI BATU FERRINGHITempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk DilawatiKawasan pantai Batu Ferringhi ni bagi kinah sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kisah la kanak-kanak, bujang mahupun warga emas. Lama juga tak ke pantai. Dah alang-alang ke Penang ni, nampaknya, kami ke sini la nanti. Selain aktiviti bersama keluarga di tepi pantai, kita juga boleh cuba sukan air yang ada di sini. Kinah tengok banyak juga agensi yang menyediakan pakej-pakej sukan air dan harga yang dikenakan pun berpatutan. Antara sukan air yang ada di sini ialah parasailing, banana boat, jetski dan banyak lagi.

Untuk yang bekeluarga pula, korang boleh bawak anak-anak mandi laut sebab area pantai kat sini sangat luas dan pantai pun bukan jenis yang curam. Landai je. So takda la rasa risau kalau anak-anak nak mandi. Bagi yang pilih Penang untuk berbulan madu, bolehlah cari hotel berdekatan pantai ni. Kinah booking hotel area sini jugak hihi. Boleh layan matahari terbenam bersama yang tersayang, lama kot tak tengok matahari terbenam yang real macam ni kahkah bukannya selalu ye dak.

4. WONDERFOOD MUSEUM PENANGTempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk DilawatiWonderfood Museum ni dah lama dah kinah target nak pergi. Kinah tahu kewujudan muzium ni pun lepas tengok member update pergi ke sana. Bila dah ada peluang nak ke Penang, apa salahnya kita ke sini hehe. So, kalau nak tau info pasal sejarah dan asal usul makanan, korang boleh datang ke sini. Replika yang dorang buat tu pun, nampak real. Ada yang ikut portion dan saiz macam original, ada yang dibuat dalam skala lebih besar untuk bagi korang rasa seronok yang maksima! Memang sesuai sangatlah bawak anak-anak ke sini boleh bergambar dengan pelbagai gaya bersama ikon makanan di Penang seperti laksa penang, teh ais, ABC dan banyak lagi. Hmmm lapar pulak tengok makanan tu kome oiii

5. MUZIUM PERANGTempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk DilawatiMasa sekolah dulu, bila sekolah buat lawatan je kinah excited. Mana taknya antara tentatif lawatan mesti pergi muzium. Cuma muzium perang di Penang je tak pergi lagi. Kalau korang mempunyai semangat patriotik yang tinggi, dah alang-alang sampai ke Penang, diwajibkan masuk ke muzium ni. Sebabnya kalau korang perhatikan bangunan muzium yang ada sekarang ni, ianya dikekalkan struktur binaannya. Cuma ia diperbaiki sedikit bagi memastikan ketahanan bangunan tu lebih lama dan kukuh. 
Apa yang lebih unik lagi, tapak muzium ini merupakan kesan tapak Perang Dunia Kedua yang terbesar di bahagian Asia. Dalam muzium ni jugak boleh nampak kesan-kesan penjajahan Jepun dan British pada zaman dahulu. Tak hairan lah banyak sekolah datang untuk membuat lawatan sekolah di muzium ini. Untuk explore muzium ni, korang boleh ambil masa 2 – 3 jam. Sambil melawat muzium ni, boleh imbau kembali bagaimana keadaan zaman nenek moyang kita semasa dijajah dulu. 
Kinah rasa, cukup la kot 5 tempat yang kinah dah shortlistkan untuk percutian kami nanti. Tak hairan la kenapa Penang menjadi salah satu pusat pelancongan yang pesat dari luar dan dalam negara. Nanti-nantilah bila ada masa lagi, kinah plan lain untuk ke sini lagi dan pastinya masa tu pergi ke tempat yang lain pulak. 
Oh ye, disebabkan haritu kami naik KLIA Transit, balik kali ni kinah terus book airport coach KLIA dari web Traveloka. Memang memudahkan kerja. Lagipun masa tu mesti badan dah letih dan penat memang tak la nak tunggu train bagai. Kiranya nanti, bila kami sampai je kat airport dia dah tunggu siap-siap. Merasa la kejap jadi bos kat belakang tu haha. Masa tu bolehlah rehatkan badan, pejamkan mata sebelum sampai ke rumah. Semoga apa yang kami plan ni berjalan dengan lancar. Bye bye..





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.apekinah.com/2019/09/tempat-menarik-di-pulau-pinang-untuk-dilawati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1262 hits
Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut Terengganu Ramai kawan kawan cakap Ter...
Bromo Bukan Sekadar Gunung Tapi Banyak Lagi Tempat Menarik Untuk Dilawati

Bromo Bukan Sekadar Gunung Tapi Banyak Lagi Tempat Menarik Untuk Dilawati

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 523 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Dah lama betul Maha tak update pasal percutian luar daripada Malaysia ni Last rasa pergi tu je lah paling jauh wakakaka Memang nak sangat pergi kal...
Semua Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Esok

Semua Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Esok

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 378 hits
GEORGE TOWN 18 Sept Semua sekolah di Pulau Pinang ditutup esok berikutan keadaan jerebu semakin teruk dan Indeks Pencemaran Udara di beberapa kawasan mencatatkan sangat tidak sihat sehingga 5 petang ini Pemangku Pengarah Pendidikan negeri A...
Rampasan Dadah Terbesar Negara Kokain Dalam Arang Batu Bernilai Rm 2 4 Bilion Dirampas Di Pulau Pinang

Rampasan Dadah Terbesar Negara Kokain Dalam Arang Batu Bernilai Rm 2 4 Bilion Dirampas Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 421 hits
George Town Polis berjaya merampas 12 tan kokain dicampur arang batu bernilai RM 2 4 bilion dalam tiga kontena di Terminal Kargo Utara Butterworth daripada satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa pada 10 September lalu Ketua Polis Neg...
Sekolah Di Selangor Pulau Pinang Putrajaya Kuala Lumpur Termasuk Tadika Ditutup 2 Hari Menteri

Sekolah Di Selangor Pulau Pinang Putrajaya Kuala Lumpur Termasuk Tadika Ditutup 2 Hari Menteri

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 345 hits
The ReporterKementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa semua sekolah di Selangor Pulau Pinang Putrajaya dan Kuala Lumpur ditutup selama dua hari berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk Dalam kenyataan i...
19 Penerbangan Di Lapangan Terbang Pulau Pinang Terjejas Akibat Jerebu

19 Penerbangan Di Lapangan Terbang Pulau Pinang Terjejas Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 533 hits
George Town Sebanyak 19 penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas dekat sini terjejas ekoran jerebu semakin teruk dan jarak ketampakan rendah Pengurus Kanan LTAPP Mohd Nadzim Hashim berkata sehin...
111 Sekolah Lagi Ditutup Di Pulau Pinang

111 Sekolah Lagi Ditutup Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 330 hits
GEORGE TOWN 18 Sept Keadaan jerebu di Pulau Pinang semakin teruk khususnya di daerah daerah Barat Daya dan Timur Laut yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara tahap sangat tidak sihat hari ini memaksa penutupan sementara 162 buah sekolah Pe...
Jerebu Sekolah Di Pulau Pinang Putrajaya Kl Selangor Ditutup

Jerebu Sekolah Di Pulau Pinang Putrajaya Kl Selangor Ditutup

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 501 hits
PUTRAJAYA 18 Muharram 1441H Rabu Semua sekolah dan tadika di Selangor Pulau Pinang Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula esok umum Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek hari ini Beliau berkata penutupan sekolah dan tadika...
Mamu Roti Canai Terbang Penaga Pulau Pinang

Mamu Roti Canai Terbang Penaga Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1116 hits
Mohd Zambree Yacob gambar ihsan Berita Harian yang terletak di Penaga Pulau Pinang menjadi tarikan orang ramai untuk datang sendiri makan sambil menyaksikan penebar roti canai menunjukan aksi roti canai terbang Pengasas Mohd Zambree Yacob a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord