
RETRO KLANG 2019 | ANGKAT TRADISI & MEMORI LAMA
En. Herin khusyuk berkongsi cerita mengenai busana yang adaMasa kami ke rumah beliau, dapat jugak lah belajar serba sedikit berkenaan dengan busana tradisional ni. Pasal tanjak, pending, keris benkung dan sebagainya. Kalau nak dengar pasal semua nampak gaya kami kena berkampung kat situ lah malam tu
Antara beberapa jenis koleksi tanjak yang boleh korang tempah untuk dibeli
Antara koleksi baju melayu yang siap untuk dijualMemandangkan konsep yang kami nak tu santai dan biasa maka pakaian yang dipadankan untuk kami adalah dari pelbagai warna iaiatu mix and match. Jadi jom kita tengok apa yang kami pilih untuk dipakai
Ikatan Sampin Dendang PerantauSAMPIN | Ikatan sampin saya tu pula adalah jenis ikatan Dendang Perantau . Alkisahnya saya ni main pakai je sampin tu. Disebabkan selalu je londeh masa berjalan jadi ada lah yang datang membantu untuk selesaikan masalah itu. Ikatan ni memang cukup kuat. Walaupun kita tak pakai bengkung, ianya memang padat dan terletak. Ni kalau saya bersilat pun confirm tak akan tercabut
Seluar potongan Aceh
Seluar potongan MelayuSELUAR | Jenis seluar pula ada dua iaitu seluar potong melayu dan seluar potong aceh. Kedua-dua jenis seluar ni pun ada perbezaannya. Gambar pertama di atas ni merupakan jenis seluar potong aceh. Tak banyak beza dengan jenis seluar potong melayu, cuma bahagiam cawat tu ianya labuh dan lebih bebas. Tapi jika kedua-dua jenis seluar ni dipakai ianya tak nampak perbezaan sangat pun. Jadi korang boleh pilih lah yang mana sesuai dan padan dengan korang
Bergambar kenangan dengan peserta Retro Klang 2019Jadi kalau korang pun nak berbusana melayu tradisional, saya sangat mengesyorkan untuk korang tempah dengan En. Herin ni. Insyaallah beliau akan bantu korang untuk memilih gaya apa yang sesuai untuk korang gayakan nanti. Nak tempah tanjak ke, baju dan seluar ke atau full set ke, Insyaallah beliau boleh bantu korang. Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh berhubung dengan beliau terus melalui aplikasi Whatsapp +6018 6642 568|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |