Kejohanan Sukan Olahraga Sriti Malaysia 2022 Izzat Berlari Di Arena Kebangsaan
assalamualaikum & salam sejahtera 😀
syukur nikmat kerana pagi ni dpt bersiaran di alam maya. alhamdulillah... cuaca di Melaka minggu ni tak tentu arah. hujan ribut di malam hari. panas terik sepanjang petang. awan mendung berarak di waktu pagi. tidak boleh dijangka. berhati-hatilah sepanjang masa. sediakan payung sebelum hujan. banjir tak kira tempat dah sekarang. tahu-tahu, esok pagi laman ditenggelami air. Allahu 😞..
bersambung kisah sebelum ni, Izzat join kejohanan sukan peringkat negeri Melaka. selaku juara, haruslah namanya terpilih ke peringkat kebangsaan di Cyberjaya. bestnya! seronoknya! excitednya! maklumlah, kakak-kakak Izzat tidak ada luck dlm bersukan. bila Izzat berjaya begini, kami berempat amatlah bangga
bermulalah latihan Izzat berminggu-minggu. Muallim dan Muallimah berusaha bersama semua atlet SRITI Melaka berlatih bersama-sama. baik anak murid mahupun para Muallim semua sama-sama blackout 😄. terima kasih byk lah kerana berkorban demi kejayaan Izzat dan kawan-kawan. kejohanan sukan ni mempertandingkan permainan bola sepak, bola jaring dan olahraya (larian 100 meter dan 4x100 meter) sahaja
tibalah hari yang ditunggu, anak-anak SRITI Melaka nak berangkat ke Cyberjaya, bermalam di sana selama 3 hari dan 2 malam dari 26 hingga 28 Ogos 2022. 1 - 2 malam sebelum tu, saya dah pun pack barang-barang Izzat. kebetulan, Izzat demam panas seminggu sebelum tu 😔. beratnya hati nak melepaskan dia pergi. dgn batuknya, selesemanya. hidungnya berdarah pulak pagi sebelumnya. Allahu..
Izzat patuh makan ubat. minum air suam bercawan-cawan. demi nak jugak jejakkan kakinya ke Cyberjaya. dia nak jugak pergi. dlm pada dia tak sihat, mulutnya bercakap tentang kejohanan SRITI ni. meskipun dia tak dpt nak berlatih beberapa hari sebelum kejohanan SRITI ni, tetap dia bersemangat nak jugak pergi.
26.8.2022, Jumaat.
siap sedia nak naik bas dah time ni
da jumpa kawan-kawan, seronok la Izzat
26hb tu, jam 3 petang dah berkumpul. 2 bas akan bawa anak SRITI Melaka ke Cyberjaya. pengalaman pertama mereka. nampak semua seronok dan teruja. ibu ayah yang anta anak pun semua nampak gembira. alhamdulillah.
sebak pula hati saya time Izzat nak pergi tu. first time la dia musafir bermalam tanpa kami. dgn keadaan kesihatan dia yg tak berapa baik, sebak hati saya 😔. nak bersukan pulak tu. aduhai... perginya dia dgn iringan doa restu kami. moga dpt beraksi dgn baik. mengharumkan nama sekolah
27.8.2022, saringan bermula di Stadium MMU, Cyberjaya.saya dan mr.Asben saje ke MMU. wajib support Izzat. kalah menang tu tak penting. apa yg penting sekarang, saya bangga anak kecik saya sudah melakar sejarah dlm kehidupan dia. mewakili sekolah utk sukan & olahraga. satu pencapaian yg wajib dibanggakan
ramai ibu ayah yg hadir. penuh astaka Stadium MMU. cuaca pulak amat menyebelahi kami. dpt melihat anak-anak berlari, main bola sepak dan bola jaring. pagi Sabtu bermula peringkat saringan hingga ke suku akhir. di sana di sini penuh dgn anak-anak SRITI seluruh Malaysia. baju pelbagai warna. comel-comel semuanya
sempatlah kami bersua muka dgn Izzat tghari Sabtu tu
hilang skit rindu yg menebal dlm hati Ibu ni
28.8.2022, hari akhir KESUGA 2022.nasib tidak menyebelahi SRITI Melaka kali ni. anak-anak tidak beroleh kemenangan. hanya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sahaja 😌. alhamdulillah. jelas sekali negeri-negeri lain lebih bersedia dan 💪 daripada kami
tapi utk penglibatan kali pertama, terbaik lah SRITI Melaka. terbaik! semua anak-anak dpt beraksi di arena masing-masing, termasuk Izzat. tiada sorang pun yg tercedera ataupun tarik diri di saat akhir. semua terlibat sebagaimana yg dirancang.
pelari-pelari SRITI Melaka 👍
all of them 😎
terima kasih ya Allah, kurniakan cuaca yg amat baik utk KESUGA 2022 ni berjalan sempurna. happy semuanya.
semoga tahun depan, adalah tuah Izzat menyertai KESUGA ni lagi. tahun depan Izzat darjah 5. kena la berlatih dari sekarang. tak dpt johan, dpt tempat ketiga pun jadik la ye. in shaa Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2022/09/kejohanan-sukan-olahraga-sriti-malaysia.html