Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan


Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tema hari guru khas bagi semua warga pendidik di negara ini.
Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.
Tema Hari Guru 2025 Tema Hari Guru bagi tahun 2025 adalah “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”.
Tema Hari Guru 2025 ini secara rasminya telah diumumkan oleh YB Fadhlina Sidek dalam Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang juga telah disempurnakan oleh beliau selaku Menteri Pendidikan.
BACA JUGA: Sambutan Hari Guru – Sejarah Sambutan di Malaysia
Tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” merujuk kepada peranan strategik guru sebagai penggerak utama dalam proses transformasi sistem pendidikan.
Konsep ini menekankan bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi agen perubahan yang membentuk dasar, pedagogi, dan budaya pembelajaran ke arah lebih progresif.
Fokus utama tema ini meliputi:
Pemerkasaan profesionalisme guru melalui inovasi pengajaran yang selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21 Pembangunan modal insan holistik dengan memanfaatkan pendekatan pendidikan yang relevan dengan perkembangan semasa Pengukuhan kolaborasi antara komuniti pendidik untuk menyokong aspirasi reformasi pendidikan kebangsaan Tema ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui transformasi sistem yang berpusatkan guru sebagai nadi perubahan.
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025 Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 akan diadakan pada (AKAN DIKEMASKINI KELAK)
“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2025.
Aktiviti sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2025.
Tarikh: (AKAN DIKEMASKINI KELAK) Tempat: (AKAN DIKEMASKINI KELAK) Senarai Aktiviti (AKAN DIKEMASKINI KELAK)
Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Sempena Sesi Persekolahan 2025/2026 Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) sempena Sesi Persekolahan 2025/2026 disampaikan oleh Haji Azman bin Haji Adnan pada 21 Februari 2025 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.
Bertemakan “Memperkemas Gerak Kerja, Mereformasi Sekolah”, amanat ini menegaskan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonjakkan transformasi sistem pendidikan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Fokus utama reformasi ini merangkumi empat teras strategik: 
menangani keciciran murid memperkukuh kepimpinan pendidikan MADANI meningkatkan profesionalisme guru memantapkan literasi serta numerasi Dalam aspek pencegahan keciciran murid, KPM melancarkan Program Anak Kita dengan peruntukan RM30 juta untuk menyokong 80,000 pelajar berisiko melalui intervensi akademik dan psikososial.
Usaha ini diperkukuh dengan cadangan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 bagi memanjangkan pendidikan wajib hingga peringkat menengah, di samping memanfaatkan teknologi dan pendekatan gamifikasi dalam pengajaran untuk menarik minat murid.
Bagi pemimpin sekolah, peranan mereka diperluas sebagai pembimbing dan pemudah cara, bukan sekadar pentadbir, dengan sokongan Program Transformasi Daerah (DTP) untuk meningkatkan keberkesanan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Guru pula didorong untuk meningkatkan profesionalisme melalui latihan berkala berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pengoptimuman platform DELIMa sebagai pusat latihan maya.
Sementara itu, penguasaan literasi dan numerasi (3M) diberi keutamaan melalui program PlaN yang disasarkan kepada murid lemah.
KPM turut memperkenalkan tiga kategori sekolah baharu – Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi, dan Sekolah Inspirasi – bagi menyediakan intervensi bersesuaian berdasarkan keperluan setiap institusi.
Amanat ini juga menyentuh empat keutamaan tambahan: kesejahteraan warga sekolah, pembentukan generasi MADANI yang holistik, peningkatan pencapaian dalam pentaksiran antarabangsa (seperti TIMSS dan PISA), serta reformasi sekolah untuk kecemerlangan menyeluruh.
Melalui seruan “Kerjasama Bersama, Tanggungjawab Bersama”, KPPM menekankan bahawa kejayaan transformasi pendidikan bergantung pada kolaborasi antara guru, ibu bapa, komuniti, dan agensi kerajaan untuk melahirkan generasi berdaya saing, berakhlak mulia, dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Sumber: Bernama
Objektif Sambutan Hari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:
Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan. Sejarah Tema Hari Guru 2025 & Sebelumnya Untuk rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi 10 tahun terakhir (2013 – 2023)
2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani 2024 – Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani 2025 – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan Ingin mencari hadiah Sambutan Hari Guru? –Hadiah Hari Guru: 40 Idea Hadiah Yang Menarik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tema-hari-guru-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tema-hari-guru-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 210 hits
Quote Guru Sempena Hari Guru 2025 Hari Guru adalah merupakan hari yang istimewa dan disambut setiap tahun untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk masa depan setiap generasi negara Guru bukan sahaja berperanan seb...
Hari Pekerja 2025 Sejarah Tema Sambutan

Hari Pekerja 2025 Sejarah Tema Sambutan

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 226 hits
Tanggal 1 Mei setiap tahun Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Di Malaysia hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta ...
Hari Raya Untuk Ulat Buku 23 Mei 2025

Hari Raya Untuk Ulat Buku 23 Mei 2025

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 154 hits
Enam hari pesta buku berlangsung SEBELUM cuti penggal bermula Apa lagi bawa la rombongan pelajar dan guru MENCIPTA KENANGAN di Pesta Buku TAK PUAS datang dengan rombongan sekolah Bila cuti bermula ada baki 4 HARI LAGI datang dengan MAK AYAH...
Malaysia Curi Tumpuan Dunia Di Hci 2025 Sistem Pendidikan Jadi Rujukan Global

Malaysia Curi Tumpuan Dunia Di Hci 2025 Sistem Pendidikan Jadi Rujukan Global

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 118 hits
Nama Malaysia sekali lagi harum di pentas dunia apabila Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diundang sebagai panelis forum dalam Persidangan Antarabangsa Human Capability Initiative di Riyadh Arab Saudi Malaysia curi tu
Kisah Hari Raya 2025

Kisah Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 167 hits
Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua pembaca blog suam suam air mata Mama Yan ni Mohon maaf zahir batin sekiranya ada tulisan MY yang menyakitkan hati atau menyampahkan sesaiapa yang membaca ataupun kalau ada resepi yang MY ...
Menu Hari Raya 2025

Menu Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 214 hits
nbsp Menu Hari Raya 2025 Tahun ni menu raya nieyl simple je tapi kalau dah merendang tu taklah simple kan hehehe Kalau tahun tahun lepas sambal jawa dengan dalca mak tak pernah tinggal Cuma tahun ini mak nieyl dia masak 2 jenis menu dan nie...
Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 118 hits
Road Transport Department officers inspect vehicles during the conclusion of the 2025 Hari Raya Aidilfitri Operation in Selangor at the Kota Kemuning Toll Plaza in Shah Alam April 9 2025 Bernama picKUALA LUMPUR April 9 The Road Transport De...
Juadah Pagi Hari Raya 2025

Juadah Pagi Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 184 hits
Juadah wajib hari raya di kampung mentua adalah ayam masak merah Ayam kali ini digoreng oleh Abang dan Moq wahh terasa dah menua Anak bujang dah boleh diharapkan tolong goreng ayam untuk juadah hari raya Mama Yan tak masak nampaknya tahun n...
Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 110 hits
Kementerian Pertahanan telah menyampaikan sumbangan bernilai RM26 000 kepada warga pertahanan pada Majlis Sambutan Hari Raya MINDEF di Dewan Seroja Kem KEMENTAH pada hari ini MINDEF sumbang RM26 000 Sumbangan ini termasuk Sumbangan Hari Ray...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith

Mi Hailam Simple Tapi Sedap Luar Biasa

Dolar Bertindak Secara Merugikan Diri Sendiri