Hari Pekerja 2025 Sejarah Tema Sambutan


Tanggal 1 Mei setiap tahun, Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja.
Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Di Malaysia, hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang diantaranya bertujuan meningkatkan dan menambah baik perlindungan serta kebajikan golongan pekerja.  
Hari Pekerja ialah Cuti Umum Terdapat 5 hari cuti yang wajib maijkan berikan kepada pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 iaitu:
Hari Pekerja (1 Mei) Hari Kebangsaan (31 Ogos) Hari Malaysia (16 September) Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan Sejarah Hari Pekerja Sejarah Hari Pekerja diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.
Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung harap kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah kerana membiarkan pasaran mengatur dirinya sendiri menerusi amalan ‘laissez faire’ yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.
Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan mengambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan mengeksploitasi mereka supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.
Ketika itu, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari dan malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti.
Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.
Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga bermula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut menuntut hak, iaitu lapan jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, di samping turut dibayar upah yang setimpal.
Di peringkat awal, demonstrasi ini dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan parti politik yang menyebelahi mereka, tetapi lama kelamaan ia menjadi arus perdana apabila kerajaan pula turut sama menganjurkannya.
Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886.
Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.
Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/25987/makna-sebenar-hari-pekerja
Tema Sambutan Hari Pekerja 2025 Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini adalah ”PEKERJA KESUMA BANGSA.” 
Logo Hari Pekerja 2025 pula adalah bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.
Sambutan Hari Pekerja 2025 Sambutan Hari Pekerja 2025 akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang akan dihadiri oleh lebih daripada 3,000 pekerja yang terdiri dari kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
YAB Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan beberapa Anugerah Hari Pekerja pada perhimpunan tersebut sebagai usaha menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara.
Pada tahun ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mempersembahkan Anugerah Hari Pekerja 2025, sebuah penghormatan tertinggi kepada pekerja, majikan, dan kesatuan sekerja yang cemerlang di Malaysia di mana 14 kategori dipertandingkan, termasuk:
Tokoh Pekerja Negara Majikan Terbaik Negara Kesatuan Sekerja Terbaik Negara Media Terbaik Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Hari Pekerja 2025, layari laman web https://www.ahp2025.com.my/
Sambutan Hari Pekerja 2025 ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol penghargaan dan kesedaran kolektif bahawa tanpa pekerja, segala kemajuan tidak mungkin dicapai. Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak – kerajaan, majikan dan masyarakat – untuk terus melindungi, menghormati dan meningkatkan martabat pekerja di negara ini.
Dengan semangat perpaduan dan penghargaan terhadap jasa mereka, sambutan ini diharap dapat memperkukuh komitmen seluruh rakyat Malaysia dalam menjadikan negara ini sebuah tempat kerja yang adil, selamat dan sejahtera untuk semua.
Baca juga:
Selamat Hari Pekerja: Koleksi Ucapan Hari Pekerja, Poster Borang EA 2025: Borang Cukai Pekerja E-Filing LHDN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hari-pekerja-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hari-pekerja-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 284 hits
Setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan tema hari guru khas bagi semua warga pendidik di negara ini Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah tetapi juga pa...
Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

Mindef Sumbang Rm26 000 Kepada Warga Pertahanan Sempena Sambutan Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 110 hits
Kementerian Pertahanan telah menyampaikan sumbangan bernilai RM26 000 kepada warga pertahanan pada Majlis Sambutan Hari Raya MINDEF di Dewan Seroja Kem KEMENTAH pada hari ini MINDEF sumbang RM26 000 Sumbangan ini termasuk Sumbangan Hari Ray...
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Tema Persembahan Kemudahan

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Tema Persembahan Kemudahan

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 149 hits
Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 5 April 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh Majlis ini dijadualkan berlangsung dari 10 00 pagi hingga...
Sambutan Aidilfitri Madani 2025

Sambutan Aidilfitri Madani 2025

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 116 hits
Zukro AkshahMalam tadi berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pantai Batu Hitam Kuantan Sendat jalan nak ke situ dahlah saya sedikit terlewat sebab kes butang baju Melayu abang mana Pah Tapi berjayalah...
Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

Queue Cutting Emergency Lane Abuse Top Jpj S 2025 Hari Raya Traffic Violations List 61 000 Summonses Issued

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 117 hits
Road Transport Department officers inspect vehicles during the conclusion of the 2025 Hari Raya Aidilfitri Operation in Selangor at the Kota Kemuning Toll Plaza in Shah Alam April 9 2025 Bernama picKUALA LUMPUR April 9 The Road Transport De...
Hari Raya Untuk Ulat Buku 23 Mei 2025

Hari Raya Untuk Ulat Buku 23 Mei 2025

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 153 hits
Enam hari pesta buku berlangsung SEBELUM cuti penggal bermula Apa lagi bawa la rombongan pelajar dan guru MENCIPTA KENANGAN di Pesta Buku TAK PUAS datang dengan rombongan sekolah Bila cuti bermula ada baki 4 HARI LAGI datang dengan MAK AYAH...
Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 208 hits
Quote Guru Sempena Hari Guru 2025 Hari Guru adalah merupakan hari yang istimewa dan disambut setiap tahun untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk masa depan setiap generasi negara Guru bukan sahaja berperanan seb...
Menu Hari Raya 2025

Menu Hari Raya 2025

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 214 hits
nbsp Menu Hari Raya 2025 Tahun ni menu raya nieyl simple je tapi kalau dah merendang tu taklah simple kan hehehe Kalau tahun tahun lepas sambal jawa dengan dalca mak tak pernah tinggal Cuma tahun ini mak nieyl dia masak 2 jenis menu dan nie...
Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 172 hits
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Jangan lepaskan peluang memeriahkan Sambutan Aidilfitri berkumpul dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Bersama Perdana Menteri bagi peringkat negeri Selangor Pelbagai aktiviti menarik menanti a...
How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiausha Agong Veteran Umno

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam

7 Tabiat Harian Mudah Untuk Kekal Sihat Secara Semulajadi

Salam Jumaat

Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak Anak Mencorak Masa Depan Umat