Telefon Bimbit Dikembalikan Kepada Pemilik Selepas Setahun Hilang
Telefon bimbit dikembalikan kepada pemilik selepas setahun hilang. Seorang wanita terkejut apabila telefon bimbitnya yang hilang selama setahun kerana terjatuh ke dalam sungai akhirnya dikembalikan kepadanya selepas ditemui oleh dua lelaki, lapor laman berita United Press International semalam.
Jordan Miezlaiskis yang berasal dari negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat berkata, dalam kejadian pada Julai 2020 itu, dia dan suaminya pergi ke Ontario, Kanada untuk meraikan sambutan hari lahir saudara lelakinya, Jesse.
Ketika melawat Air Terjun Chippewa, telefon bimbit Miezlaiskis secara tidak sengaja terjatuh ke dalam air.
“Kami sedang memancing dan semuanya berjalan dengan baik sehinggalah saya meletakkan telefon bimbit di atas sebuah batu.
“Ia kemudiannya terjatuh ke dalam air dan kami tidak dapat melakukan apa-apa kerana airnya agak dalam dan mengalir dengan pantas,” katanya.
Miezlaiskis dan suaminya cuba mencari telefon bimbit tersebut menggunakan magnet, namun gagal menemuinya.
Mereka kemudian kembali ke Carolina Utara dan tidak lama selepas itu, Jesse meninggal dunia dalam satu kemalangan.
Pada Julai tahun ini, ketika Miezlaiskis kembali ke Ontario untuk menyambut ulang tahun kelahiran Jesse, secara tiba-tiba dia menerima satu mesej di Facebook daripada seorang lelaki dari bandar itu.
“Lelaki itu memberitahu bahawa dia bersama saudara lelakinya sedang menyelam di Air Terjun Chippewa ketika menemui telefon bimbit saya.
“Dia menyangkakan saya baru sahaja kehilangan telefon tersebut kerana ia berada dalam keadaan baik,” ujarnya.
Tambah Miezlaiskis, keadaan itu amat aneh kerana telefon tersebut berada di dalam air selama setahun dan ia berada dalam keadaan baik seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Saya tahu bahawa Jesse ‘mengingatkan’ kami bahawa dia masih berada di sini dan memberi petanda melalui penemuan telefon bimbit ini,” katanya. – AGENSI
Telefon bimbit dikembalikan kepada pemilik selepas setahun hilang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang hari ini
Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa
Kabinet PM Baru Tak Perlu Lebih Dari 10 orang Menteri Sahaja
Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
Perkenan Ismail Sabri, Hadi kata hormatilah keputusan Seri Paduka Baginda
The post Telefon bimbit dikembalikan kepada pemilik selepas setahun hilang appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/20/telefon-bimbit-dikembalikan-kepada-pemilik-selepas-setahun-hilang/