Jho Low Serah Telefon Bimbit Ketika Najib Di Talian Saksi


satuberita.my
By Bernama
-August 13, 2021

GAMBAR ARKIB
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berada di talian semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Bekas Pengarah Pelaburan di Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) Kelvin Tan Kay Jin, 50, berkata Jho Low bertindak demikian semasa mesyuarat pada 26 Sept 2009 yang dihadiri beberapa bekas Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Azlan Mohd Zainol dan Tan Sri Ismee Ismail serta bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee.

TIA telah dinamakan semula sebagai 1MDB pada 2009.

Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan yang menghadiri mesyuarat itu berkata apabila kehadiran Jho Low dipertikai oleh Che Lodin pada mesyuarat tersebut, Jho Low berkata beliau mempunyai peranan dalam ‘Lembaga Penasihat.’

Tan berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung pertuduhan meminda laporan akhir audit syarikat itu.

Muhammad Shafee: Mengapa nama Jho Low tidak dinyatakan dalam senarai kehadiran? Apa sumbangan beliau dalam mesyuarat itu?

Tan: Saya tidak ingat.

Muhammad Shafee: Apa yang pasti, beliau bukan datang untuk sekadar menunjukkan muka. Saya terpaksa membantu anda untuk mengingatinya semula. Jho Low pasti mengatakan sesuatu dalam mesyuarat itu. Jika tidak, apa guna beliau menghadirinya?

Tan: Ya, pada suatu ketika, Tan Sri Lodin menyoal Jho Low apa yang dia buat di situ (mesyuarat) dan Jho Low menyerahkan telefon bimbitnya kepada Tan Sri Bakke dengan berkata perdana menteri di talian… dan saya ingat bahawa Tan Sri Bakke terkejut bahawa itu adalah perdana menteri.

Saya tidak ingat apa yang menyebabkan Jho Low menyerahkan telefonnya kepada Tan Sri (Bakke) supaya beliau bercakap dengan PM.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, saksi itu berkata PM yang beliau maksudkan ialah Najib.

Katanya beliau telah dinamakan sebagai antara defendan dalam saman yang difailkan oleh 1MDB terhadap bekas pekerja dan pengarah syarikat itu.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil dan jenayah berkaitan 1MDB.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 9 Sept ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/jho-low-serah-telefon-bimbit-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Didedahkan Najib Hubungi Jho Low Ketika Mesyuarat Lembaga 1mdb

Mahkamah Didedahkan Najib Hubungi Jho Low Ketika Mesyuarat Lembaga 1mdb

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 163 hits
August 12 2021 Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho menerima panggilan telefon dari Perdana Menteri Najib Razak semasa mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB pada tahun 2009 Bekas pengarah strategi ko...
Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 137 hits
Perbicaraan 1MDB melibatkan Najib Razak semalam diberitahu usahawan dalam buruan Low Taek Jho mengambil alih peranan ketua pegawai eksekutif dalam kawalan syarikat dana negara tersebut selain menambah bekas perdana menteri itu terpaksa berd...
1mdb Belum Dapat Serah Saman Kepada Jho Low 5 Individu

1mdb Belum Dapat Serah Saman Kepada Jho Low 5 Individu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 121 hits
Kesemua defendan tak berada di alamat terakhir masing masing KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad masih belum dapat menyerahkan writ saman AS 3 7837 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ahli keluarga dan...
Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 141 hits
Najib berkata pembentangan laporan kepada PAC perlu dipertimbangkan dan dirancang dengan berhati hati bagi mengelakkan fakta atau isu isu syarikat tersebut diputarbelitkan misalnya melalui pembocoran maklumat kepada pihak ketiga dan dijadik...
Selepas Kecoh Isu Wang Rm114 Juta Najib Perkenal Talian Khas Bantuan Makanan

Selepas Kecoh Isu Wang Rm114 Juta Najib Perkenal Talian Khas Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 316 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mewujudkan talian khas bantuan makanan Sebaik sahaja berita berhubung wang sita RM114 juta dikembalikan diketahui umum Datuk Seri Najib Razak tidak membuang masa dan memperkenalkan t...
Hakim Sound Kat Najib Ts Shafie Sound Kat Saksi

Hakim Sound Kat Najib Ts Shafie Sound Kat Saksi

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 245 hits
Hakim Berang Kat Najib Shafie Berang Kat Saksi Oleh Sirajuddin Ahmad Pasti semua orang yang peka berita politik sudah tahu berkenaan semua Ahli Parlimen harus melayan titah Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk menyerahkan pilihan calon Perdana...
Kepada Siapa Najib Bermadah Ada Bersama Ketika Senang Ada Bersama Ketika Susah

Kepada Siapa Najib Bermadah Ada Bersama Ketika Senang Ada Bersama Ketika Susah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 135 hits
Ada yang bersama ketika senang Ada yang bersama ketika susah Namun tidak ramai yang kekal kerana siapa hendak susah jika boleh senang Mereka yang hanyut dalam keselesaan akan terus dikaburi oleh keselesaan Lihatlah keadaan kita hari ini Sia...
Cubaan Mencuri Telefon Bimbit Gagal Pencuri Maut Kerana Leher Tersangkut Pada Kawat Berduri

Cubaan Mencuri Telefon Bimbit Gagal Pencuri Maut Kerana Leher Tersangkut Pada Kawat Berduri

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 285 hits
The ReporterSeorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis selepas dipercayai kantoi ketika mencuri telefon bimbit melalui tingkap di salah sebuah rumah penduduk di Kabupaten Deliserdang Indonesia Wanita itu ditemui o...
Scam Dalam Talian Semakin Menjadi Jadi Ketika Pkp

Scam Dalam Talian Semakin Menjadi Jadi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 170 hits
Penipu tawarkan harga lebih murah daripada barang yang dibeli di kedai KUCHING Polis sedang berusaha mencari 18 individu termasuk dua wanita untuk membantu siasatan kes penipuan e dagang atau pembelian secara dalam talian Ketua Polis Daerah...
Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Zim Zim Ala Kazim

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Holy Spirit Fire Igniting Your Passion For Jesus And His Purpose

Ph Mendahului Kiraan Undi Awal Polis Tentera

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu

Prk Kkb Undi Polis Tentera Swing Kepada Ph

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden