Teks Bacaan Surah Al Mulk Pdf Dan Kelebihan Baca Surah Al Mulk


Quran adalah wahyu yang diutuskan kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan pada umat Islam. Ada satu surah, iaitu surah Al-mulk yang dibaca sebagai amalan setiap malam atau sebelum tidur. Ia adalah sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Rata-rata umat islam mengamalkannya untuk mendapat fadhilatnya yang dikatakan oleh Nabi amatlah besar.
Sebagai amalan harian untuk dibaca pada setiap malam, ada segelintir masjid menganjurkan bacaan surah Al-Mulk selepas solat isyak. Jemaah masjid akan diedarkan sekeping kertas yang memaparkan surah Al-Mulk dalam satu kertas ia di depan dan belakang. Bagi mereka yang mencari-cari bahan tersebut secara PDF, kami ada sediakan berserta penerangan fadhilat dibawah.
Download Teks Bacaan Surah Al-Mulk PDF Pengenalan Surah Al-Mulk Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) ialah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bermaksud ‘Kerajaan’. Surah ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bermaksud Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksaan azab kubur kepada pengamalnya.
Asbab Nuzul Surah Al-Mulk Ayat ini telah turun sebagai tindak balas atas fitnah buruk kaum musyrik terhadap Rasulullah SAW. Mereka saling merendahkan bahkan merahsiakan ucapan mereka agar tidak didengar Allah S.W.T.
Menurut riwayat Ibnu ‘Abbas sebagaimana diambil dari Tafsir dijelaskan, “Pada suatu ketika orang-orang musyrikin merendah-rendahkan Nabi Muhammad SAW dan menjelek-jelekkannya, maka Allah menurunkan kepada beliau semua yang dibicarakan mereka itu. Lalu sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: “Rendahkanlah suaramu agar kata-katamu tidak didengar oleh Tuhan Muhammad.”
Maka turunlah surah ini, antara lain menjelaskan bahawa tidak ada suatu apa pun yang boleh lari dari pengetahuan Allah.
Download Teks PDF Surah Al-Mulk Bagi mereka yang mencari-cari PDF Surah Al-Mulk, anda boleh dapatkan melalui bahan yang kami sediakan ini. Boleh juga diguna pakai untuk dicetak dan diedarkan ke masjid-masjid sebagai cara untuk mendapat keberkatan dan pahala.
PDF SURAH AL-MULKDownload Teks Bacaan Surah Al-Mulk PDF dan Kelebihan Baca Surah Al-Mulk 4 Kelebihan dan Fadhilat Amal Surah Al-Mulk Mempunyai banyak kelebihan dan fadhilat, Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah Al-Mulk ini adalah:
Surah ini akan menjadi penyelamat. Penegah pembacanya dari seksa kubur. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah). Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik). Fadhilat Surah Al-Mulk Dari Hadis Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
Mendapat Syafaat Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Menyelamatkan daripada seksa kubur Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Hati Beriman Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
Mendapat Keistimewaan Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” Diharapkan kita semua dapat mengamalkan secara berterusan atau secara istiqamah dengan surah Al Mulk yang mempunyai banyak kelebihan antaranya menjaga diri dari seksaan kubur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/05/surah-al-mulk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fattah Anas Dah Besar Sambil Siap Pergi Sekolah Lancar Je Baca Surah Al Kahfi

Fattah Anas Dah Besar Sambil Siap Pergi Sekolah Lancar Je Baca Surah Al Kahfi

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 126 hits
Sekejap je masa berlalu tahu tahu dah besar adik Fattah Anas yang pernah viral satu ketika dulu bila gelagat comelnya masuk ke sangkar kucing dahulu mendapat perhatian ramai Waktu tu adik Anas masih kecil dan kalau tak silap sudah enam tahu...
Surah As Sajadah Ringkasan Surah Kelebihan Membacanya

Surah As Sajadah Ringkasan Surah Kelebihan Membacanya

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 69 hits
Surah As Sajadah Ringkasan Surah Kelebihan Membacanya Surah As Sajadah adalah merupakan surah ke 32 dalam Al Qur an yang terdiri daripada 30 ayat Ia tergolong di antara surah Makkiyah iaitu surah yang diturunkan di Makkah Surah ini dinamaka...
Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 148 hits
Adakah diwajibkan seseorang itu ada wuduk kalau dia mahu membaca Quran atau berzikir Tidak diwajibkan mempunyai wuduk jika seseorang itu hendak membaca Quran dengan syarat dia tidak menyentuh Quran ketika membacanya Hanya diwajibkan atas ya...
Malas Baca Lepas Tu Langgar Tembok

Malas Baca Lepas Tu Langgar Tembok

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 86 hits
Nasrul HichcampBaca malas Semua main sondol ja share maklumat Dah nazak masuk hospital nanti request kat kaunter nak doktor Melayu ja Nayu oh nayu
Mak Ayah Bila Rasa Geram Nak Marah Anak Cubalah Istighfar Banyak Kali Baca Al Fatihah

Mak Ayah Bila Rasa Geram Nak Marah Anak Cubalah Istighfar Banyak Kali Baca Al Fatihah

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 105 hits
Mak ayah bila rasa geram dan nak marah anak cubalah istighfar banyak kali baca Al Fatihah Perhatikan cara didikan ibu ayah semasa marah dan menghukum anak Pastinya tindakan paling spontan yang ibu ayah lakukan adalah terus menjerit dan memu...
Main Game Panggil2 Hantu Tanpa Baca Rules Seumur Hidup Terperangkap Dalam Kutukan

Main Game Panggil2 Hantu Tanpa Baca Rules Seumur Hidup Terperangkap Dalam Kutukan

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 91 hits
Dah laa main game panggil2 hantu tapi tak baca rules dulu seumur hidup dalam ketakutan The Midnight Man 2016 Movie horror ni start tahun 50 an 3 budak2 main panggil2 hantu bile hantu dah keluar tau plak dia takut dah masing2 langgar rules p...
Lebai Ni Tak Baca Kes Dalam Siasatan Dia Lena Lagi Tu La Ko Ni Tak Lulus Spm

Lebai Ni Tak Baca Kes Dalam Siasatan Dia Lena Lagi Tu La Ko Ni Tak Lulus Spm

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 114 hits
Sham GhazUstaz Fadhli Shaari Ahli Parlimen Pasir Mas ni duk share berita 24 4 2024 dah lama ni Sebelum Ustaz share ustaz baca ke tidak Dh jadi member dan langgan bulanan ke Perdana Menteri dah jawab dah sebelum ini ia berita fitnah Ketua Po...
Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 137 hits
Solat merupakan ibadah yang penting istimewa dan unik Solat dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung Solat juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia Dari segi amalan ...
Program Jom Baca Objektif Pelaksanaan Program

Program Jom Baca Objektif Pelaksanaan Program

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 140 hits
Bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia organisasi atau agensi adalah dialu alukan untuk melaksanakan Program Jom Baca Sebelum ini program ini merupakan satu daripada kegiatan utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan ...
Bermalam Di Hotel Legend Inn Taiping

Feilina Feisol Mother Friend And Great Advocate Of Autism Rights

Muhyiddin Terlebih Perasan Di Sungai Bakap

Moxy Putrajaya Keselesaan Dan Keseronokkan Dalam Satu Tempat

How The Manly 150ah Lithium Battery Protects Against Overcharging And Short Circuits

Najib Kekal Dipenjara

Ww Tapau Jer

Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


10 Manfaat Bermain Game Honor Of Kings Yang Wajib Diketahui

Trip Pulau Langkawi

Israel Telah Kalah Tapi Ini Bukan Kata Pas

10 Kebaikan Durian Belanda Untuk Kesihatan Badan

Kenapa Melayu Makin Hilang Di Dunia

With China Producing Many Cars Should We Be Happy