Tunjuk Prestasi Baik Tambat Pengundi Bukan Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Beritahu Umno





Penganalisis politik berkata, tindakan Umno meninggalkan kerajaan PN hanya akan memberi persepsi kepada rakyat, ia lebih pentingkan agenda parti berbanding negara.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menyarankan menteri dan timbalan menteri Umno kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menambat hati pengundi menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan menunjukkan prestasi baik kerana meninggalkan kerajaan hanya akan memburukkan imej parti itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, rakyat ketika ini menilai prestasi kerajaan bersandarkan prestasi menteri yang dikaitkan dengan parti asal mereka.

Oleh itu, katanya, ini masa terbaik untuk memberi persepsi baik kepada pengundi yang Umno mampu menerajui kerajaan lebih baik daripada PN.

“Jika tinggalkan kerajaan ketika ini, kesannya tidak ke mana kerana PRU tidak dapat diadakan ketika ini, tetapi kesan kepada rakyat adalah besar kerana ia akan beri persepsi kepada rakyat bahawa Umno lebih pentingkan agenda parti daripada agenda negara.
Azmi Hassan.“Gunakan sebaiknya jawatan yang disandang untuk pamerkan menteri dan timbalan menteri dari Umno berada dalam kelas berbeza, jika dibandingkan menteri dari PAS dan PPBM ataupun Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Umno menerusi perhimpunan agungnya memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi PRU15 bersendirian.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, perwakilan memberikan mandat untuk parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi jika tidak ada petunjuk bila PRU15 akan diadakan.

Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan pula berkata, Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk keluar daripada kerajaan PN pada Ogos ini dan ia tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas dipersetujui perwakilan.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, tindakan yang perlu disegerakan Majlis Kerja Tertinggi Umno ketika ini ialah memuktamadkan keputusan dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020) hujung minggu lalu.

“MKT perlu ada fasa tindakan yang jelas mengenai usul diluluskan dalam PAU2020 yang mengarahkan wakil rakyat dan pemimpinnya meletak jawatan dalam kerajaan.

“Hal ini penting bagi memastikan segala keputusan dipatuhi dan tidak ada dolak-dalik berlaku.”

Sulaiman Yassin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang senada berkata Umno perlu membuat keputusan drastik untuk memulihkan imejnya dengan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin supaya nama pemimpin tertinggi yang berada dalam “kluster mahkamah” dapat dibersihkan.

“Ramai ahli dan pemimpin tertinggi Umno dalam ‘kluster mahkamah’ dan mereka ini harus berundur dan MKT baharu segera ditubuhkan.

“MKT baharu ini pula perlu mencari kata sepakat untuk kekalkan hubungan dengan PN atau berundur daripada pakatan berkenaan. Paling penting, MKT baharu ini perlu berani buat keputusan.”Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-April 2, 2021 7:00 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/04/tunjuk-prestasi-baik-tambat-pengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Beri Bayangan Keluar Dari Kerajaan Ogos Ini

Umno Beri Bayangan Keluar Dari Kerajaan Ogos Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 355 hits
MalaysiakiniPerhimpunan Agung Umno hari ini memberikan mandat kepada presiden parti dan majlis tertinggi mereka untuk menentukan bila tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional Keputusan itu dicapai dalam perh...
Ogos Paling Lewat Umno Keluar Kerajaan Isytihar Tajuddin

Ogos Paling Lewat Umno Keluar Kerajaan Isytihar Tajuddin

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 429 hits
freemalaysiatoday com April 3 2021 7 30 AMPETALING JAYA Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional selewat lewatnya Ogos sekalipun Parlimen tidak dibubarkan ketika itu untuk PRU15 kata Pengarah Pilihan Raya Umno Taj...
Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 453 hits
Apa akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU esok Berdasarkan sentimen semasa PAU kali ini dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk memuktamadkan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh sebahagian besar UM...
Ahli Parlimen Umno Dalam Kerajaan Tiada Faedah Kata Shahrir

Ahli Parlimen Umno Dalam Kerajaan Tiada Faedah Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 464 hits
PETALING JAYA Menteri dan timbalan menteri Umno gagal membawa perubahan positif dan tidak berbuat apa apa dalam kerajaan pimpinan Perikatan Nasional kata veteran parti itu Shahrir Samad Bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal p...
Perwakilan Umno Beri Mandat Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Pn Bila Bila Masa Kata Zahid

Perwakilan Umno Beri Mandat Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Pn Bila Bila Masa Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 441 hits
March 28 2021 PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata perwakilan memberikan mandat untuk parti itu untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada bila bila masa lebih lebih lagi jika tidak ada petunjuk...
Umno Sebagai Kabinet Kerajaan Atau Tidak Diketahui Petang Ini Ahmad Maslan

Umno Sebagai Kabinet Kerajaan Atau Tidak Diketahui Petang Ini Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR Keputusan sama ada UMNO masih sebahagian daripada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional atau sebaliknya hanya akan diketahui petang ini Demikian jelas Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan apabila diminta mengulas mengena...
Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa Sebutlah Yang Baik Baik Jangan Ringan Maki Anak

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa Sebutlah Yang Baik Baik Jangan Ringan Maki Anak

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 576 hits
Sepanjang proses membesar sudah tentu anak anak banyak ragamnya Ada masa mereka akan buat perangai yang menyebabkan ibu ayah rasa marah Permainan emosi begini bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran mereka tetapi ia mengganggu perhubungan anta...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos