Tekanan Darah Rendah Punca Simptom Dan Cara Untuk Atasi


Adakah anda sering alami pening kepala selepas bangun tidur? Ini merupakan antara simptom tekanan darah rendah. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Bergantung kepada punca dan simptom, ia perlulah ditangani dengan baik bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tidak diingini. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Bacaan Tekanan Darah Rendah Tekanan darah normal bagi orang dewasa adalah lebih rendah dari 120/80 mmHg. Tekanan darah dikatakan rendah apabila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.
Jenis Tekanan Darah Rendah Terdapat tiga jenis utama bagi tekanan darah rendah iaitu :
Tekanan Darah Rendah Ortostatik
Tekanan darah yang menurun apabila seseorang berubah posisi, bangun dari tidur atau duduk. Berlaku apabila tubuh tidak dapat menyesuaikan tekanan aliran darah dnegan cepat supaya sesuai dengan kedudukan badan. Boleh menyebabkan seseorang berasa pening atau pengsan. Keadaan biasanya berlaku hanya seketika (beberapa saat atau beberapa minit selepas berdiri). Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH)
Berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya, apabila berdiri terlalu lama, darah mula berkumpul di kaki. NMH juga menyebabkan badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi. Sebagai tindakbalas, otak akan melambatkan kadar denyutan jantung. Boleh menyebabkan kepala pening dan rasa hendak pitam. Tekanan Darah Turun Mendadak Akibat ‘Shock’
‘Shock’ adalah keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah menurun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ penting lain tidak dapat bekalan darah mencukupi.
Punca & Simptom Tekanan Darah Rendah Disebabkan hipotensi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, jadi agak sukar untuk tentukan punca sebenarnya.
Ia juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti genetik dan kegiatan. Sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah rendah, ia mungkin boleh terjadi disebabkan :
Nyahhidrasi
Apabila badan kehilangan air lebih dari yang diambil seperti berpeluh berlebihan semasa lakukan aktiviti fizikal, muntah, cirit-birit dan demam, ia boleh mendorong kepada penurunan tekanan darah.
Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu
Ubat tertentu termasuk ubat untuk merendahkan tekanan, ubat kencing (diuretics), calcium channel blockers, antidepresi serta beta blockers (ubat masalah jantung) boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Menghidap Diabetes
Diabetes boleh menggangu kestabilan tekanan darah kerana ia boleh mempengaruhi hormon dan saraf pada kawasan salur darah.
Penyakit Neurologikal
Individu yang mengalami penyakit neurologikal seperti Parkinson berisiko untuk alami masalah tekanan darah disebabkan salur darah yang lebih luas daripada biasa.
Pada masa yang sama, ubat-ubatan untuk pesakit Parkinson juga boleh menyebabkan masalah sama.
Masalah Berkaitan Kelenjar Adrenal
Individu dengan masalah dengan kelenjar adrenal seperti penyakit Addison atau mengalami kecederaan pada kelenjar boleh mengakibatkan tekanan darah jatuh.
Masalah Jantung
Individu yang mengalami masalah jantung lebih cenderung untuk alami masalah tekanan darah rendah.
Anemia
Sekiranya seseorang mempunyai sel darah merah yang kurang daripada julat normal, tekanan darah juga akan menurun kerana darah tidak dapat mengangkut oksigen yang cukup untuk keperluan tubuh.
Kecederaan Serius atau ‘Shock’
Tubuh yang alami kejutan atau kecederaan serius boleh menyebabkan tekanan darah menurun secara mendadak. ‘Shock’ akibat alahan atau jangkita bakteria juga boleh menyebabkan hipotensi.
Simptom Tekanan Darah Rendah Gejala atau simptom bagi hipotensi adalah bergantung kepada puncanya.
Hipotensi Ortostatik / Hipotensi Neurally Mediated
Hipotensi jenis ortostatik berlaku selepas seseorang bangun dari keadaan berbaring atau duduk.
Pada masa yang sama, hipotensi neurally mediated juga menunjukkan gejala yang sama seperti hipotensi ortostatik antaranya :
Pening atau merasa pusing Penglihatan kabur Kekeliruan Badan terasa lemah Loya atau rasa sakit perut Hipotensi Teruk Berkaitan ‘Shock’
Pada peringkat awal, mungkin sukar untuk mengesan sebarang tanda. Bagi orang tua, gejala pertama mungkin hanya kekeliruan.
Sekiranya keadaan ‘shock’ semakin teruk, seseorang tidak dapat duduk tanpa merasa pitam dan boleh pengsan sekiranya berlarutan.
Gejala lain pula bergantung kepada punca ‘shock’ itu sendiri. Sebagai contoh, bagi pesakit yang alami kehilangan darah yang banyak atau kegagalan jantung untuk mengepam darah :
Kulit akan menjadi sejuk, berpeluh dan pucat. Denyut nadi menjadi lemah dan pantas Pernafasan laju Pesakit dengan hipotensi ‘shock’ perlulah mendapatkan rawatan serta-merta bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Cara Atasi Hipotensi Sekiranya anda mengalami hipotensi, kaedah terbaik untuk mengatasinya adalah untuk mengikut saranan doktor. Biasanya, doktor akan mengesyorkan beberapa kaedah seperti berikut :
1. Amalkan Pemakanan Sihat
Ambil makanan yang sihat dan seimbang serta minum air secukupnya. Pengambilan garam pada kadar bersesuaian juga mungkin dapat membantu mengimbangi tekanan darah.
Sekiranya anda sering pening selepas makan, kurangkan pengambilan karbohidrat.
2. Ambil Ubat-Ubatan
Bagi mengurangkan simptom hipotensi, anda perlulah mengambil ubat atas saranan doktor.
3. Berdiri Perlahan-lahan
Elakkan berdiri terlalu cepat kerana ini boleh mengakibatkan anda pening atau pengsan.
4. Duduk Jika Rasa Pening atau Ingin Pitam
Jatuh dari tempat tinggi boleh mendatangkan kecederaan serius seperti konkusi atau patah tulang.
Simptom tekanan darah rendah biasanya boleh diatasi dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan ubat-ubatan atas saranan doktor.
Namun, jika ia berlarutan, anda perlulah mendapatkan rawatan daripada doktor dengan segera.
Sumber : myhealth.gov.my, Hellodoktor
Baca Juga : Bacaan Tekanan Darah Normal Untuk Lelaki & Perempuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tekanan-darah-rendah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tekanan-darah-rendah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Tanda Darah Tinggi Dan 6 Punca Tekanan Darah Tinggi Yang Harus Anda Waspada

Tanda Tanda Darah Tinggi Dan 6 Punca Tekanan Darah Tinggi Yang Harus Anda Waspada

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 181 hits
Kesihatan merupakan aset yang paling berharga dalam kehidupan kita Di antara pelbagai faktor yang mempengaruhi kesihatan Dewasa ini telah menjadi perbualan hangat dalam masyarakat global fenomena ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan tet...
Punca Sedu Simptom Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya

Punca Sedu Simptom Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 198 hits
Punca Sedu Simptom Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya Sedu adalah antara gejala semula jadi apabila badan anda bertindak balas untuk mengeluarkan gas yang terkumpul dalam perut Jika sedu tidak berlaku gas yang terkumpul akan memberikan...
Sakit Kepala Sebelah Kiri Punca Simptom Yang Perlu Anda Tahu

Sakit Kepala Sebelah Kiri Punca Simptom Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 213 hits
Adakah anda sedang alami sakit kepala sebelah kiri Dalam kebanyakan kes ia mungkin sakit kepala biasa Namun ia juga boleh menjadi tanda kepada penyakit yang lebih serius Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut Punca Sakit K...
Rambut Mama Gugur Selepas Bersalin Ini Tip Cara Nak Atasi

Rambut Mama Gugur Selepas Bersalin Ini Tip Cara Nak Atasi

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 135 hits
Adakah masalah rambut gugur itu normal Masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang mempunyai masalah ini Ramai wanita nak tahu cara atasi masalah...
Cara Buat Umrah Diy Tanpa Agen Dengan Kos Yang Rendah

Cara Buat Umrah Diy Tanpa Agen Dengan Kos Yang Rendah

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 279 hits
Salam semua kalau sebut tentang umrah semua ada impian nak mengerjakan umrah kan Banyak juga dengar cerita cerita yang orang Malaysia ni buat umrah DIY Sis selalu follow channel orang Malaysia tapi tinggal kat Arab Saudi Dia terserempak den...
Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 364 hits
Penyakit gout antara penyakit yang cukup digeruni terutama mereka yang meminati makanan laut Penyakit ini terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesa...
10 Tanda Anxiety Dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami

10 Tanda Anxiety Dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 258 hits
10 Tanda Anxiety dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami 15 Tahukah anda rasa takut yang melampau merupakan tanda awal anxiety Rasa takut bagi pesakit anxiety bukanlah takut hantu atau sebaliknya tanda umum bagi ini ialah rasa takut nak mati se...
Tekanan Darah Normal Untuk Dewasa Yang Anda Perlu Tahu

Tekanan Darah Normal Untuk Dewasa Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 325 hits
Tekanan darah normal adalah berbeza mengikut individu Ia boleh dipengaruhi oleh usia jantina serta tahap kesihatan seseorang Memantau tekanan agar sentiasa berada pada paras normal adalah penting bagi mencegah masalah kesihatan yang lebih s...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever