Rambut Mama Gugur Selepas Bersalin Ini Tip Cara Nak Atasi


Adakah masalah rambut gugur itu normal? Masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak. Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang mempunyai masalah ini.
Ramai wanita nak tahu cara atasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran rambut yang teruk, ramai wanita berasa stres.

Menurut Dr Deena Khairiah dari Dr Shah Hair Clinic, masalah keguguran rambut dipanggil  fenomena acute telogen effluvium – kedaaan di mana rambut gugur lebih daripada normal iaitu lebih 150 helai sehari.
Dr Deena Khairiah Antara faktor Acute Telogen Effluvium adalah seperti berikut:

Selepas bersalin Demam panas Pembedahan Stress melampau Diet yang ekstrem Post partum hair loss Masalah post partum hair loss adalah keadaan di mana rambut gugur banyak daripada normal. Ia berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan lepas bersalin. Ada yang berpanjangan ke sembilan bulan hingga setahun lepas bersalin.
Menurut Dr Deena, rambut manusia seperti daun kerana ada kitarannya. Rambut manusia dianggarkan lebih kurang 100,000 helai. Kulit kepala manusia ada 3 jenis rambut iaitu:

Anagen – rambut tebal, kasar, tidak gugur dan akan memanjang. Kalau cabut akan rasa sakit. Ia akan memanjang antara 2 hingga 6 tahun dan selepas itu akan gugur. Tapi ia akan masuk fasa seterusnya. Catagen – bila bersedia untuk gugur, ia akan jadi lagi halus dan masuk ke fasa seterusnya iaitu telogen. Telogen – halus dan kerap gugur. Secara normal akan gugur sebanyak 50 hingga 150 helai setiap hari pada setiap manusia. Tiada manusia yang tidak mengalami keguguran rambut. Bila rambut sudah gugur ia akan digantikan dengan rambut baru dan jadi tebal semula.
Rambut Semasa Mengandung VS Rambut Selepas Bersalin Ramai ibu selepas bersalin mengadu keadaan rambut mereka semasa mengandung sangat berkilau, bersinar dan lebat tetapi selepas bersalin, lama-kelamaan rambut berguguran dan semakin menipis.
Menurut Dr Deena, semasa mengandung ada peningkatan hormon estrogen, progesterone, HSG & prolaktin dalam badan ibu.

Ia meningkat seiring untuk keperluan bayi yang membesar dalam rahim ibu tetapi ia juga bertindak seperti baja kepada rambut – memanjangkan fasa anagen iaitu rambut tebal, panjang dan tidak gugur.
“Tetapi selepas bersalin hormon tersebut kembali rendah dan turun balik ke para normal jadi rambut pun gugur lebih banyak.
Masalah ini sementara, cuma sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Nanti ia akan diganti dengan rambut baru yang tak akan gugur.
Lepas bersalin kebanyakan ibu mudah stress melihat fizikal berubah, letih jaga anak, jadi jangan risau sangat sebab ia sementara sahaja,” ujar beliau lagi.
Apakah punca utama masalah keguguran rambut  Antara punca utama masalah keguguran rambut atau penipisan rambut kerana female pattern hair loss yang disebabkan oleh faktor genetik.

Ia mengganggu hampir 40% wanita daripada populasi wanita di seluruh dunia. Ia dikatakan berkait rapat dengan faktor genetik.
Mereka yang lahir dengan keturunan female pattern hair loss atau nama saintifiknya Androgenetic alopecia. Mereka ini lahir dengan rambut depan dan tengah itu sensitif kepada sejenis hormon iaitu hormone DHT atau Dihydrotestosterone.
Hormon DHT itu yang akan menyebabkan masalah kepada folikel rambut dan jadi mengecut. Rambut daripada tebal semakin menipis terutamanya di bahagian rambut depan dan tengah sahaja.
Masalah ini akan progresif atau berterusan sehinggalah rambut wanita tersebut menjadi sangat-sangat jarang. Kalau perasan, rambut makin nipis, jarang,  botak ia disebabkan oleh female pattern hair loss.
Tip penjagaan rambut Dr Deena yang berpengalaman merawat masalah rambut berkongsi tip penjagaan rambut yang boleh diamalkan oleh semua wanita.
Masa pakai tudung elak ikat rambut ketat-ketat kerana ia boleh menyebabkan rambut yang tertarik akan menjadi nipis dan jarang. Jika pilih syampu, tengok apa bahan-bahan yang digunakan sekiranya syampu itu berkesan pada rambut anda. Bahan-bahan yang boleh mengurangkan keguguran rambut seperti peptide. Terbukti berkesan secara klinikal dan akan panjangkan kitaran akar anagen rambut, jadi ia mengurangkan keguguran rambut. Kekerapan syampu rambut bergantung kepada jenis kulit rambut seseorang.Kalau kulit kepala berminyak memang kena syampu selalu. Kalau tak syampu akan gatal, berkelemumur dan rambut menjadi rata. Orang kulit kepala kering boleh syampu rambut dalam masa 2 hingga 3 hari sekali. Rawatan di Doctor Shah Hair Clinic Bila ada masalah, doktor kena kenal pasti apa puncanya sebelum memulakan rawatan.
Begitulah yang akan dilakukan oleh para doktor di Doctor Shah Hair Clinic apabila ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk ingin membuat rawatan.
Doktor akan kenal pasti apa punca rambut rosak dan memeriksa kulit kepala pesakit menggunakan satu alat.
Alat tersebut digunakan untuk memeriksa kulit kepala bagi melihat keadaan folikel normal atau tidak dan tengok ratio rambut.
Rawatan ikut jenis masalah yang dihadapi rambut. Ada rawatan rambut merangkumi ubat-ubatan dan rawatan.
Syampu, serum, conditioner khas untuk orang yang ada masalah rambut nipis, gugur dan jarang.
Wanita terutamanya bertudung tidak perlu risau untuk merujuk masalah rambut mereka di klinik ini kerana ada ruang privasi untuk wanita terutama yang bertudung yang akan diperiksa oleh doktor wanita.
Jadi, ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut melebihi tempoh 6 hingga setahun lepas melahirkan anak jangan susah hati kerana ada cara penyelesaian membantu anda.
Kredit foto (top image): Freepik 
 
 
The post Rambut Mama Gugur Selepas Bersalin, Ini Tip Cara Nak Atasi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rambut-mama-gugur-selepas-bersalin-ini-tip-cara-nak-atasi-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trauma Buat Mama Serik Nak Beranak Lagi Ni Cara Nak Hilangkannya

Trauma Buat Mama Serik Nak Beranak Lagi Ni Cara Nak Hilangkannya

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 128 hits
Pertama kali bersalin sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam Trauma dek kesakitannya dan kontaksi tanpa henti Trauma selepas bersalin Apa yang harus dilakukan Trauma selepas bersalin Birth trauma adalah kesukaran yang dialami ibu sema...
Cara Mudah Nak Buat Solat Tahajjud

Cara Mudah Nak Buat Solat Tahajjud

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 264 hits
Solat tahajjud adalah solat sunat yang dilaksanakan lepas bangun dari tidur dan dikerjakan selepas tengah malam Ia lebih afdal dilakukan secara bersendirian dan digalakkan sebagai amalan tambahan seharian umat islam Waktu terbaik nak buat s...
Rupanya Ada Cara Mudah Nak Cari Pengasuh Yang Dipercayai Ibu Ayah Kena Tahu Perkara Ni

Rupanya Ada Cara Mudah Nak Cari Pengasuh Yang Dipercayai Ibu Ayah Kena Tahu Perkara Ni

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 172 hits
Susah hati bila terpaksa tinggalkan anak untuk bekerja atau disebabkan urusan lain Bukan mudah untuk letakkan kepercayaan kepada orang lain untuk mengasuh anak kita tambahan pula dengan macam macam kes yang sering kita lihat di berita mahup...
10 Tanda Anxiety Dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami

10 Tanda Anxiety Dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 259 hits
10 Tanda Anxiety dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami 15 Tahukah anda rasa takut yang melampau merupakan tanda awal anxiety Rasa takut bagi pesakit anxiety bukanlah takut hantu atau sebaliknya tanda umum bagi ini ialah rasa takut nak mati se...
Cara Nak Move On Daripada Fobia Anda

Cara Nak Move On Daripada Fobia Anda

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 215 hits
Cara Nak Move On Dari Fobia Anda Please move on dear Sekarang dah zaman millenium Jangan biarkan diri anda masih berada di takuk lama Bulan pun silih berganti inikan pula kita manusia yang punya akal kemahuan dan cita cita sudah semestinya ...
Atasi Sikap Marah Dengan 7 Cara Ini

Atasi Sikap Marah Dengan 7 Cara Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 224 hits
Memang tak dinafikan sikap marah adalah sikap semulajadi manusia Cikla pun pernah marah Bohonglah kalau kata tak pernah marah kan Sebab marah itu biasa Eksperesi tu jadi secara spontan terutama bila kita dizalimi atau menghadapi masalah Dal...
7 Cara Buat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mudah Bersalin

7 Cara Buat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 173 hits
Salah satu amalan yang telah lama diamalkan adalah menggunakan bagi membantu memudahkan proses bersalin Penting untuk kita mengamalkan cara cara semulajadi dalam menjaga kesihatan semasa proses bersalin Dalam artikel ini admin telah pun men...
Ubat Sakit Gigi Dan Cara Atasi Sakit Gigi Dari Rumah

Ubat Sakit Gigi Dan Cara Atasi Sakit Gigi Dari Rumah

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 258 hits
Adakah anda mengalami sakit gigi dan ingin menghilangkan rasa sakit sehingga ke tarikh temu janji dengan doktor Di sini kami ingin kongsikan beberapa jenis ubat sakit gigi yang anda boleh dapatkan tanpa preskripsi dan kaedah untuk meredakan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa