Sakit Kepala Sebelah Kiri Punca Simptom Yang Perlu Anda Tahu


Adakah anda sedang alami sakit kepala sebelah kiri? Dalam kebanyakan kes, ia mungkin sakit kepala biasa.
Namun, ia juga boleh menjadi tanda kepada penyakit yang lebih serius. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Punca Sakit Kepala Sebelah Kiri 1. Sakit Kepala Ketegangan (Tension Headache) Sakit kepala ketegangan atau tension headache adalah antara jenis sakit kepala yang paling umum. Kira-kira 75% orang dewasa pernah mengalaminya.
Ia berpunca daripada tekanan. Anda mungkin akan berasa tidak bermaya, sakit kepala yang turut dirasai di sekitar leher, dahi kulit kepala serta otot bahu.
2. Migrain Sakit kepala sebelah kiri juga boleh menjadi tanda kepada migrain. Wanita didapati 2 hingga tiga kali lebih cenderung untuk alami masalah ini berbanding lelaki.
Migrain rasanya seperti sakit yang menusuk di sebelah bahagian kepala. Biasanya, ia turut hadir bersama simptom lain seperti loya, muntah-muntah dan sensitif terhadap cahaya.
3. Sakit Kepala Cluster Jenis sakit kepala ini pula adalah yang paling teruk sehingga boleh menyebabkan seseorang tidak boleh duduk diam.
Ia dipanggil cluster kerana ia sering berlaku secara berkumpulan dan boleh memberi kesan pada bahagian mata, hidung dan telinga.
Pada bahagian kepala yang sakit, kelopak mata boleh jatuh, mata jadi merah dan anak mata menjadi kecil. Ia juga boleh mengakibatkan hidup tersumbat dan mukus meleleh.
4. Sakit Kepala Kronik  Ia dipanggil sakit kepala kronik kerana ia berlaku sekurang-kurangnya 15 hari dalam sebulan selama 6 bulan atau lebih.
Migrain atau tension headache juga termasuk dalam kategori ini.
Sakit kepala kronik rasanya seperti sakit yang mencucuk dan tertumpu pada satu bahagian kepala.
5. Sakit Kepala Harian Sakit kepala harian ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Selepas berlaku untuk pertama kali, ia boleh berulang kembali dan boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua bahagian kepala.
Rasa sakit kepala ini mungkin sama dengan tension headache. Namun, apa yang membezakannya adalah anda boleh ingat hari atau waktu pertama anda mengalaminya.
6. Jangkitan Atau Alergi Jangkitan seperti flu atau sinus boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Ia berlaku kerana saluran sinus menyempit ketika terjadinya alergi atau jangkitan.
Kes jangkitan yang lebih serius seperti ensefalitis dan meningitis pula boleh mengakibatkan sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian kiri.
7. Pengambilan Ubat Tahan Sakit Berlebihan Meskipun tujuan awal pengambilan adalah untuk mengubati sakit kepala, namun ubat tahan sakit secara berlebihan seperti paracetamol, ibuprofen, naproxen dan aspirin boleh menyebabkan gejala sakit kepala semakin teruk.
Elakkan untuk mengambil ubat tahan sakit melebihi dos atau terlalu kerap iaitu lebih dari 2 hingga 3 hari seminggu.
8. Faktor Gaya Hidup Sakit kepala sebelah kiri juga boleh berpunca daripada gaya hidup individu itu sendiri seperti kekurangan makan, pengambilan minuman keras, stres, sedang berdiet atau tidak cukup tidur.
9. Masalah Sistem Saraf Otak Kondisi neurologi seperti occipital neuralgia, trigeminal neuralgia dan giant cell arteritis boleh menjadi punca kepada sakit kepala yang teruk.
Bila Perlu Berjumpa Doktor? Sakit kepala sebelah kiri atau pada kedua-dua bahagian dahi adalah perkara normal dan biasanya bukan disebabkan masalah yang serius.
Dalam kebanyakan kes, ia boleh diatasi dengan rehat serta pengambilan air yang mencukupi.
Namun, anda disarankan untuk bertemu doktor sekiranya sakit kepala tidak berkurang. Ini bagi menentukan jenis pening kepala yang dialami.
Anda juga perlu mendapatkan diagnosis daripada doktor sekiranya :
Sakit kepala yang dialami sangat teruk. Terbangun pada waktu malam kerana sakit kepala. Kepala berasa pening setelah terhantuk atau terlanggar sesuatu dengan kuat Anda berasa kebingungan Demam Sakit leher Penglihatan terganggu Sakit kepala yang ketara apabila bergerak atau batuk Badan rasa letih Mata sakit atau merah Tidak sedarkan diri. Sakit tidak berkurangan atau berulang walaupun telah mengambil pil tahan sakit. Sumber : healthline.com, hellosehat.com, hellodoktor.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sakit-kepala-sebelah-kiri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sakit-kepala-sebelah-kiri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Punca Sakit Kepala Sebelah Kanan Tips Untuk Tanganinya

6 Punca Sakit Kepala Sebelah Kanan Tips Untuk Tanganinya

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 297 hits
Adakah anda sering alami sakit kepala sebelah kanan Dalam kebanyakan kes ia boleh hilang sendiri dan ditangani dengan mudah Namun ia juga boleh menjadi simptom kepada beberapa masalah kesihatan Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan le...
7 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dan Kenali Jenis Sakit Kepala Anda

7 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dan Kenali Jenis Sakit Kepala Anda

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 237 hits
datang menyerang perkara awal yang terlintas di fikiran adalah bagaimana cara hilangkan sakit kepala Sakit kepala bukanlah perkara yang boleh ditahan tanpa membuat apa apa tindakan kadang ia mengganggu aktiviti harian kita Tahukah anda di M...
Mengadu Sakit Kepala Yang Melampau Rupa Rupanya 2 Benda Ini Tersangkut Dalam Kepala

Mengadu Sakit Kepala Yang Melampau Rupa Rupanya 2 Benda Ini Tersangkut Dalam Kepala

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 113 hits
Misteri yang melibatkan seorang lelaki yang mengalami sakit kepala teruk dan kehilangan penglihatan selama lima bulan akhirnya terungkai apabila doktor menemui Misteri yang melibatkan seorang lelaki yang mengalami sakit kepala teruk dan keh...
Punca Sedu Simptom Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya

Punca Sedu Simptom Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 198 hits
Punca Sedu Simptom Cara Semula Jadi Untuk Menghilangkannya Sedu adalah antara gejala semula jadi apabila badan anda bertindak balas untuk mengeluarkan gas yang terkumpul dalam perut Jika sedu tidak berlaku gas yang terkumpul akan memberikan...
Kepala Bapak Hang Sanusi Kata Tu Bukan Maki Tapi Puji Tuan Tuan

Kepala Bapak Hang Sanusi Kata Tu Bukan Maki Tapi Puji Tuan Tuan

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 163 hits
Zainuddin Omar Sebenarnya orang tua tak mudah termakan fitnah dan tahu baik buruk sesuatu perkara Kebanyakan orang muda mudah termakan fitnah dari sumber tik tok tetapi percayalah ini hanya bermusim Next PRU16 orang muda akan kalih undi pad...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa