Tekanan Baru Huawei



Kerajaan Amerika Syarikat telah meletakkan Huawei Technologies Co. Ltd. sebagai syarikat yang disenarai hitamkan daripada menjalinkan hubungan perdagangan bersama A.S. Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S. tidak boleh melakukan perdagangan dengan Huawei, melainkan ia menerima pengesahan daripada Kerajaan A.S. sendiri.

Menurut Reuters, perkara ini menyebabkan Google terpaksa menggantung perniagaan dengan Huawei, terutama yang melibatkan “pemindahan produk perkakasan dan perisian”. Walau bagaimanapun, pergantungan ini tidak termasuk perisian Google yang dibangunkan dengan sumber terbuka (open source).

Dalam erti kata lain, Huawei masih boleh menggunakan Android (kerana ia dibangunkan secara terbuka), cuma beberapa perkhidmatan daripada Google akan dihalang untuk digunakan. Perkara ini termasuk daripada Google Play Store, Gmail, Youtube, Maps, dan kesemua aplikasi yang bergantung kepada Google Play Services Framework.

Perkara ini akan menyebabkan telefon Huawei sedia ada tidak dapat dipasang dengan kemaskini baru (seperti kemaskini sekuriti bulanan), kerana kemaskini yang tidak disahkan oleh Google akan mengagalkan usaha untuk mendapatkan pengesahan semula kepada akses Google Play Store.

Erti kata mudah, telefon Huawei sedia ada tidak akan menerima kemaskini baru, namun anda masih boleh menikmati pemasangan dan kemaskini aplikasi daripada Google Play Store seperti biasa.

Cuma untuk telefon Huawei pada keluaran akan datang, Huawei mungkin akan menggunakan versi Android tanpa perkhidmatan Google, yang mana lebih mesra dikenali sebagai Android Open Source Project (AOSP).

Android berasaskan AOSP ini masih serupa seperti Android biasa, cuma ia tidak diletakkan dengan sebarang perkhidmatan Google. Bermakna, pengguna masih boleh memasang aplikasi Android melalui gedung aplikasi alternatif (contohnya Huawei App Gallery) ataupun melalui pemasangan fail APK.

Penggunaan Android berasaskan AOSP ini sebenarnya telah banyak digunakan pada peranti di China dan sedia mempunyai jumlah penggunaan yang tinggi.

Cuma apa merisaukan, kebanyakan aplikasi popular seperti Chrome, Gmail, Youtube, dan Maps kesemuanya bergantung kepada penggunaan Google Play Services. Tanpa Google Play Services, aplikasi-aplikasi ini tidak akan dapat digunakan walaupun ia boleh dibuka pada awalnya.

Android berasaskan AOSP berjaya di China kerana penduduk di sana tidak menggunakan perkhidmatan Google atau aplikasi yang memerlukan Google Play Services. Mereka di sana sedia mempunyai alternatif kepada Youtube dan Google Maps, dengan adanya Youku dan Baidu Maps.

Walau bagaimanapun, pengguna Android berasaskan AOSP boleh memasang Play Services (mahupun Play Store) melalui proses sideloading, namun ia bukanlah cara yang ingin dilihat oleh pengguna biasa.

Sebagai persediaan, Huawei dikatakan sedang membangunkan platform alternatif, namun perkara ini bukanlah solusi yang boleh berjaya dengan serta-merta. Huawei masih memerlukan Android daripada Google kerana pengguna di luar China sangat memerlukan perkhidmatan Google dan sejumlah aplikasi yang memerlukan Google Play Services.

Pembangunan platform baru akan merugikan kos dan masa kerana ia perlu memanggil pembangun baru atau sedia ada untuk menghasilkan aplikasi. Sejarah telah membuktikannya melalui Windows Phone (atau kini Windows 10 Mobile) yang tidak berjaya hidup akibat kekurangan aplikasi.

Sekiranya sekatan ini akan terus dilaksanakan, perniagaan Huawei akan terjejas untuk di pasaran luar China. Sekatan perdagangan ini bukan hanya tertakluk pada peranti Huawei di A.S. sahaja, tetapi akan turut terkesan dengan kesemua peranti Huawei sedia ada (dan akan datang) di seluruh dunia. Bayangkan kehidupan anda tanpa Youtube dan Google Maps, itulah apa yang akan jadi sekiranya Google tanpa di dalam peranti Huawei.

Amanz

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/05/tekanan-baru-huawei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tekanan Baru Buat Huawei Selepas Pengeluar Cip Kirin Pula Tidak Lagi Bekerjasama

Tekanan Baru Buat Huawei Selepas Pengeluar Cip Kirin Pula Tidak Lagi Bekerjasama

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 339 hits
Cip Kirin memang tidak asing lagi terhadap peranti Huawei Selama beberapa tahun Huawei telah dikuasakan oleh cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh ARM syarikat yang bertanggungjawab terhadap cip yang ada pada peranti Huawei anda gunakan sek...
Confirmed Huawei Os Yang Baru Adalah Compatible Dengan Semua Apps Android

Confirmed Huawei Os Yang Baru Adalah Compatible Dengan Semua Apps Android

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 584 hits
Lagi lagi berita berita terkini yang berkaitan dengan OS Huawei s Kami telah mengesahkan bahawa Huawei OS yang baru akan berkhidmat di bawah nama Hongmeng dan sekarang kita ada lebih banyak maklumat mengenai OS misteri ini Awal hari ini kam...
Baru Bersalin Suka Atau Tidak Meghan Markle Harus Patuhi 10 Peraturan Diraja Ini

Baru Bersalin Suka Atau Tidak Meghan Markle Harus Patuhi 10 Peraturan Diraja Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 500 hits
Baru Bersalin Suka Atau Tidak Meghan Markle Harus Patuhi 10 Peraturan Diraja Ini Meghan Markle baru saja melahirkan anak pertamanya dengan Putera Harry Markle melahirkan bayi lelaki dengan berat 3 2 kilogram pada Isnin 6 Mei 2019 pada jam 0...
Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 232 hits
Saya mewakili Keluarga mama Teo Kim Lian mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada saudara mara saya Teo Family serta semua sahabat yang merayakannya Gong Xi Fa Cai Moga kita diberikan kebahagiaan kekayaan kesejahteraan dunia akhirat aamii...
Peraturan Baru Benarkan Penggunaaan Cermin Lebih Gelap Di Bahagian Penumpang

Peraturan Baru Benarkan Penggunaaan Cermin Lebih Gelap Di Bahagian Penumpang

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 399 hits
Di dalam satu sidang akhbar yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebentar tadi kerajaan akan membuat pindaan terhadap penggunaan lapisan filem atau cermin gelap seperti mana yang digariskan di dalam Kaedah Kaedah Kenderaan Mot...
Menteri Pengangkutan Umum Peraturan Baru Cermin Kereta Gelap

Menteri Pengangkutan Umum Peraturan Baru Cermin Kereta Gelap

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 378 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengatakan pada bulan November lalu bahawa akan ada peraturan baharu terhadap penggunaan cermin gelap Beliau juga melaporkan terdapat garis panduan telah diubah beberapa kali oleh kerajaan s...
Microsoft Edge Baru Berasaskan Chromium Bakal Hadir Dengan Mod Internet Explorer

Microsoft Edge Baru Berasaskan Chromium Bakal Hadir Dengan Mod Internet Explorer

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 269 hits
Microsoft sebelum ini telah mengumumkan sejumlah perkara baru pada pelayar web mereka termasuk peralihan ke enjin Chromium lebih kurang sama seperti pada Chrome Terkini pada acara Build 2019 Microsoft berkongsi lanjut berkenaan dengan pelay...
Microsoft Bakal Hadir Dengan Aplikasi Terminal Baru Untuk Windows 10

Microsoft Bakal Hadir Dengan Aplikasi Terminal Baru Untuk Windows 10

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 260 hits
Microsoft hari ini telah mengadakan acara BUILD dimana mereka berkongsi sejumlah perkara baru yang akan dibawakan oleh Microsoft tidak lama lagi Salah satunya adalah perisian Windows Terminal baru Windows Terminal dijangka ditawarkan sekita...
Penampilan Baru Dengan Busana Hijab Donita Bismillah

Penampilan Baru Dengan Busana Hijab Donita Bismillah

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 227 hits
Artis cantik Donita tampil dengan penampilan baru di awal bulan Ramadan ini Donita tampil dengan mengenakan hijab Hal itu diketahui instagram miliknya Selasa
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul

How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing