Tegur Kabinet Adakah Zahid Ingin Tunjuk Kuasa Presiden Kepada Naib Presiden


agendadaily.com1/9/2021
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur Kabinet kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lain macam sahaja kenyataan Presiden UMNO kepada kerajaan pimpinan Naib Presidennya, hari ini, apabila menggesa supaya Jemaah Menteri baharu berhenti daripada memberi alasan menjengkelkan, walaupun baharu dua hari memulakan tugas rasmi.

Bukan itu sahaja, malah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga dilihat seolah mengancam bekas menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilantik semula oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membarisi Kabinetnya.

“Meskipun majoriti anggota Kabinet kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu. Maka seharusnya cara bekerja dan berfikir untuk rakyat serta negara dengan cara baharu.

“Tiada lagi sindrom penafian dengan alasan yang annoying (menjengkelkan),” kata bekas Timbalan Perdana Menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 2018 lalu.

Pada 27 Ogos lalu, Ismail Sabri mengumumkan 31 menteri dan 38 timbalan menteri menganggotai kerajaannya dengan majoriti adalah muka lama dalam pentadbiran Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan secara rasmi di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, 30 Ogos lalu.

Namun, baharu dua hari memulakan tugas menteri dan timbalan menteri, mereka sudah menerima teguran daripada ‘orang yang berkuasa sebagai Presiden kepada parti yang Perdana Menterinya adalah individu di bawahnya’.

Semalam, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata tidak adil jika Ismail Sabri mengisytiharkan pentadbirannya sekarang adalah di bawah kerajaan BN, kerana terdapat beberapa parti lain menyokong pembentukan kerajaan sedia ada.

Annuar adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam pentadbiran Muhyiddin sebelum Kerajaan PN tumbang setelah Zahid membawa 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO menarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri setelah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen, tetapi daripada jumlah itu hanya 41 MP terdiri daripada gabungan UMNO/BN, sementara selebihnya daripada beberapa parti komponen lain yang berada dalam PN, antaranya Bersatu, PAS, GPS dan beberapa MP Bebas lain.

Sebelum ini, Agenda Daily juga melaporkan peringatan akar umbi UMNO dan parti komponen BN di peringkat negeri dan cawangan kepada Ismail Sabri bahawa kuasa pentadbiran negara berada di tangannya sebagai Perdana Menteri.

Kuasa untuk mentadbir negara bukan diwakilkan oleh Majlis Tertinggi (MT) atau Presiden UMNO kepadanya, kata akar umbi MCA dan MIC yang memberitahu beberapa pemimpin UMNO bahagian.

“Jika PM Ismail (Sabri) mahu menjadi kerajaan Keluarga Malaysia, beliau mesti mendengar suara rakyat Malaysia, bukan mengikut telunjuk MT UMNO atau presiden UMNO,” kata mereka.

Hari ini terbukti apabila Presiden UMNO itu memberi amaran kepada menteri Kabinet baharu sekali gus kepada Ismail Sabri juga.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat ‘amaran’ Zahid hari ini adalah taktik mengalihkan perhatian umum kepada perbicaraan kes jenayah yang dihadapinya di mahkamah yang telah beberapa kali ditangguhkan.

Ini termasuk perbicaraan 40 pertuduhan jenayah, termasuk menerima rasuah, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang ditangguhkan lagi kerana Zahid mendapat cuti sakit daripada hospital swasta.

Walaupun dilaporkan hadir di mahkamah hari ini, tetapi kesnya tidak berjalan. Jadi dapatlah Zahid menunjukkan bahawa beliau tetap hadir di mahkamah walaupun mendapat cuti sakit.

Malah menurut mereka Zahid yang sekarang ini hanya berkuasa dalam UMNO juga cuba untuk menunjukkan beliau juga berkuasa ke atas pentadbiran negara kerana kerajaan yang ada sekarang dipimpin oleh Naib Presiden UMNO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/tegur-kabinet-adakah-zahid-ingin-tunjuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Dilantik Demi Rakyat Tiada Rebutan Kuasa

Kabinet Dilantik Demi Rakyat Tiada Rebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 232 hits
Nak lantik siapa yang PALING bagus PALING dekat dengan rakyat tupasal lambat sikit Ismail tu muda lagi at list PM 3 penggal jadi kena cari Timbalan yang jenis penyabar kurang nafsu muda segar The heads of Pakatan Harapan will be meeting wit...
Selepas Umum Kabinet Zahid Baharu Keluar Hospital Adakan Mesyuarat Mt

Selepas Umum Kabinet Zahid Baharu Keluar Hospital Adakan Mesyuarat Mt

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 256 hits
agendadaily com27 8 2021Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baharu dibenarkan keluar dari hospital mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini sebaik pengumuman barisan Kabinet baharu ol...
Zahid Dan Najib Sudah Tidak Sabar Kembali Dalam Kabinet Baharu

Zahid Dan Najib Sudah Tidak Sabar Kembali Dalam Kabinet Baharu

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 341 hits
agendadaily com22 8 2021Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak mengintai peluang kembali dalam kerajaan Dua individu yang terakhir menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu difahamk...
Lawatan Pm 9 Ke Yan Adakah Gimik Memperkenalkan Diri Bakal Menteri Kabinet

Lawatan Pm 9 Ke Yan Adakah Gimik Memperkenalkan Diri Bakal Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 178 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia mempersoalkan lawatan ke kawasan bencana kepala air di Yan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bersama sebarisan pasukan baharu beliau Menurut Ketua AMK Malaysia Akmal N...
Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 470 hits
agendadaily com28 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pelbagai reaksi awal diberikan sejurus pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Adly Ganti Husam Sebagai Naib Presiden Amanah

Adly Ganti Husam Sebagai Naib Presiden Amanah

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 230 hits
MalaysiakiniBekas ketua menteri Melaka Adly Zahari dilantik naib presiden Amanah yang baru menurut kenyataan oleh Presidennya Mohamad Sabu Mohamad berkata pelantikan tersebut sebagai menggantikan jawatan yang dikosongkan oleh Husam Musa seb...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 402 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
A Kadir Jasin Adakah Mahiaddin Rampas Kuasa Dari Ph Untuk Kembalikan Umno

A Kadir Jasin Adakah Mahiaddin Rampas Kuasa Dari Ph Untuk Kembalikan Umno

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 158 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSebelum Perdana Menteri baharu dilantik yang dijangka akan diumumkan pada esok kelebihan kini didakwa berpihak kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan desas desus bahawa Ahli Parlimen Bera itu sudah mendapat se...
Pm Lawat Ahmad Zahid Di Hospital

Pm Lawat Ahmad Zahid Di Hospital

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 593 hits
ISMAIL Sabri menziarahi Ahmad Zahid di hospital hari ini Kuala Lumpur Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Sh...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord