Tazkirah 2016 Dalam Harakah Kitab Injil Sudah Dipesongkan Pun Geng Ph Nak Saman Abdul Hadi
Dua individu dari Sabah menggesa Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana dikatakan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut Kristian dalam lidah rasmi parti itu, empat tahun lalu. Maklin Masiau, 48, dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian, 64, menuntut deklarasi bahawa Hadi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Hasutan.
Mereka yang memfailkan tuntutan itu di mahkamah tinggi minggu lalu, juga mahu deklarasi bahawa Hadi tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, termasuk menteri.
Pada 2 April lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, sebagai wakil khas Malaysia ke Timur Tengah.
Ini berlaku sebulan selepas pemimpin PAS itu menjanjikan sokongan partinya terhadap kepemimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri susulan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu.
Dalam saman pemula difailkan Tetuan R Kengadharan & Co, mereka berkata Hadi membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut Kristian dan/atau mubaligh Kristian dalam akhbar Harakah pada 18 Januari 2016.
“Sudah lebih empat tahun sejak defendan (Hadi) mengeluarkan kenyataan itu, tetapi tiada pendakwaan terhadapnya,” kata plaintif.
Dokumen diserahkan ke ibu pejabat PAS di sini, manakala Peguam Negara diberikan satu salinan semalam memandangkan kes itu litigasi kepentingan awam bertujuan mempertahankan kedaulatan undang-undang.
Mereka berkata, tuntutan itu difailkan kerana tiada sesiapa termasuk pendakwa raya (yang juga Peguam Negara) mahu mengemukakan saman terhadap Hadi.
Dalam afidavit menyokong tindakan itu yang dilihat FMT, plaintif juga berkata, kenyataan Hadi diterbitkan semula oleh FMT pada hari sama.
“Kami dengan hormat percaya defendan membuat kenyataan yang tidak berasas dan memfitnah orang Kristian dan/atau mubaligh Kristian.
“Kenyataan defendan menjejaskan masyarakat Kristian di negara ini, seterusnya menjadi isu kepentingan awam,” kata plaintif.
Menurut mereka, falsafah Hadi yang berbaur hasutan turut dicerminkan dalam kenyataan pada 28 Ogos lalu oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Zawawi Salleh di Dewan Rakyat, “kitab Injil sudah dipesongkan”.
MR : 2 orang penyokong PH ini tahu tak HARAKAH ITU UNTUK AHLI SAHAJA sama dengan AKHBAR KRISTIAN DI SABAH untuk ahli sahaja. Kalau macam tu kita saman pula akhbar Kristian yang kata Nabi Isa anak Tuhan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/12/tazkirah-2016-dalam-harakah-kitab-injil.html