Tayar Makan Tidak Rata Kenapa Tayar Haus Sebelah Jer
Memang pelik. Dah kenapa tayar kereta aku ni haus sebelah je? Jalan ni senget ke?
Ikut logik kalau kita jalan elok-elok, jalanraya pun elok mesti tayar maintain cantik. Dan kiranya jalan tak elok sekalipun in shaa Allah tayar kereta kita sepatutnya akan haus dengan sekata.
Aku nak share dua pengalaman berharga buat korang pasal tayar kereta ni kenapa tayar makan tak rata ni.
Pengalaman pertama ialah masa beli kereta baru. Masa ni aku kata dah beli kereta baru mesti la tip top bagai. Indah khabar dari rupa, tak semestinya tip top semuanya. Ini bergantung kepada brand kereta yang korang beli. Bagi brand kereta yang memang jaga QC/kawalan kualiti memang ya betul kereta dia tayarnya memang dah align betul. Jadi tak perlu risau, korang tinggal drive je kemana yang nak dituju.
Bagi sesetengah brand kereta pula, sila hati-hati kerana jika korang tak pergi buat alignment kat kedai tayar, silapharibulan lepas 2-3 bulan drive dah nampak ciri-ciri tayar haus sebelah je. Bunga tayar kereta tu haus kat sebelah, samada dalam atau luar. Ini disebabkan jajaran tayar yang tidak betul, samada mencapah atau mengucup tayar tu dipasang.
Penting ke alignment ni? Sangat penting bagi menjaga kocek korang! Dan tak nampak la tayar korang tu botak sebelah menjadikan cengkaman tayar pada jalanraya tak kukuh oleh yang demikian boleh jejaskan keselamatan pemanduan paling kritikal di jalan yang ada laluan air laju. Perasan kan bila lalu kat highway dan bawa laju kereta akan tergelincir sekejap jika kita tidak memperlahankan kenderaan. Seeloknya bawa perlahan bila terlihat air lalu melintang jalan.
Jadi seeloknya buat alignment tayar tu walaupun beli kereta baru untuk cek semula penjajaran tayar. Lepas tu kalau korang memang selalu jalan di laluan yang berbatu, banyak lobang, bumper atau jalan yang tidak rata kena ingat untuk ulang alignment setiap beberapa bulan sebabnya mungkin alignment akan lari sedikit. Ini lumrah.
Pengalaman kedua pula aku pernah terbeli kereta lama. Tengok tayar depan dah botak akupun tukar la tayar. Pakai tak sampai sebulan alih-alih tayar depan botak lagi. tayar belakang elok je. Oklah akupun tukar tayar lagi memikirkan mungkin tayar dulu murah. Beli dan pasang tayar mahal sikit. Drive punya drive eh tak sampai sebulan botak lagi. Musykil betul kali ni aku tanya betul-betul kedai tayar kenapa tayar ni lembik sangat getah dia senang haus. Dia kata cuba buat alignment, ejas punya ejas baru pomen cakap tak boleh nak align sebab lower arm tayar dah tak boleh ejas sebab dah reput. Fuhhh …Takkan nak tukar lower arm yang mahal dan belum tentu ada spare part sebab dah lama kecuali ambil yang used part.
Kes kedua ni buat alignment pun dah tak boleh tolong sebab body kereta pun dah lari. Jadi kalau korang beli kereta second hand, pastikan part dia masih elok dan elakkan kereta eksiden kerana badan atau chasis dia pasti dah bengkok nak buat alignment pun memang tak perfect.
Pengalaman aku pasal tayar botak tengah atau tayar haus tengah ni belum mengalami lagi sebabnya kes ni akan terjadi sekiranya korang pam angin dalam tayar tu terlebih sangat. Bila pam angin lebih, tayar kembung semacam macam belon jadi tengah tayar tu akan membulat dan tak rata. Bahagian kembung yang membulat tu la yang akan bergeser dengan jalan manakala bahagian tepi tak kena tang jalan. Oleh itu bahagain tengah tu yang haus cepat. Bagi elakkan kes macam ni, pam angin tayar kereta set pada 200 sahaja. Ini standard. Pergi mana-mana pam petrol kita tengok pam angin tu memang dah set pada 200. Bagi orang perempuan khasnya yang tak tau macamana nak guna, jangan ubah dah, terus ambil hos tu dan tekan pada valve tayar untuk isi angin pada tayar. Untuk makluman pam tu dia otomatik. Kalau angin tayar korang terlebih pam tu akan lepaskan angin untuk ejas balik tekanan pada 200. Kalau angin tayar korang dah kurang pam tu akan tambah sendiri.
Ada dapat sesuatu ke? Semoga pengalaman tips kereta yang dikongsikan dapat memberi manfaat buat korang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azam97.wordpress.com/2020/08/03/tayar-makan-tidak-rata-kenapa-tayar-haus-sebelah-jer/