Tawaran Pra Cetak Buku Baru Saya Khas Untuk Penjenguk Blog Mt
PERHATIAN
Alhamdulilah menjelang pembentangan Bajet 2021 esok, pagi ini saya uar-uarkan tentang buku terbaru saya berjudul "Kemenangan Yang DiKhianati, Politik Bipolar OT95". Buku ini merupakan kronologi kejatuhan kerajaan PH lalu serta merungkaikan beberapa episod atau segmen yang tidak terungkap sehingga jatuhnya kerajaan 22 bulan itu.
Serentak itu bukan ini memperkatakan watak dan juga politik orang bernama Dr Mahathir Mohamad alis OT95. Kenapa ia dipanggil OT95? Sejarah kejahatan OT95 ini dapat dibaca di sini. Dibawah ini dicuplikan baris akhir dalam Bab 6:
Menganalisa dan memahami cara OT95 berpolitik beliau seorang yang tidak pernah ada semangat setiakawan dan tahu mengenang budi kepada orang yang membantu dan berkorban untuknya. Beliau seorang yang selfish lebih memikir dan menjaga kepentingan sendiri. Mereka yang diambil atau dijadikan pembantunya sebagai alat semata-mata untuk kepentingan dirinya. OT95 tidak pernah ikhlas dan setia sebaliknya tergamak melakukan sesuatu yang di luar dugaan dan capaian akal normal. Tindakan luar biasanya inilah menyebabkan ramai orang terperangkap. Selain daripada apa diterima Anwar berkali-kali, ramai lagi yang menjadi mangsa “bertanam tebu di bibir mulutnya,” Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Razak dan lain-lain. Di samping sebaris nama ini mungkin lebih ramai lagi orang menjadi mangsanya tanpa kubur.
Lebih awal daripada apa berlaku ke atas Anwar, Abdul Razak Hussein juga diyakini menjadi mangsanya untuk mengkhianati Tunku Abdul Rahman. Kalau perbuatannya tidak kejam dan jahat, masakan OT95 dipecat daripada UMNO tahun 1969 oleh Tunku Abdul Rahman. Dalam memperalatkan orang untuk kepentingannya ini, beliau juga telah jadikan PAS sebagai alatnya, gelanggang. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1969 beliau merukah (naik) pentas PAS dan bersyarah menyerang Tunku Abdul Rahman. Mengenang ulah beliau inilah tidak pelek kalau dalam Pilihan raya lalu beliau tergamak menggunakan DAP untuk jatuhkan Najib Razak.
Mangsa-mangsa lain beliau termasuk juga Mohamed Rahmat, Harun Idris dan Sulaimen Palestin. Keputusan Hussein Onn untuk meletak jawatan sebagai PM setelah dicabar oleh Sulaimen Palestin dalam Perhimpunan Agung UMNO, siapa yang menghasut Sulaiman agar cabar Hussein Onn sehingga Hussein meletak jawatan? Begitu juga untuk berhadapan dengan Musa, Mohamed Rahmat telah dijadikan alat.
Senario dan riwayat itu menujukkan bahwa OT95 tidak pernah ikhlas dan jujur dengan orang yang diambil sebagai pembantu, sebaliknya mereka hanya dijadikan alat untuk kepentingannya. Kawan-kawannya adalah hamba abdi kepada politik Bipolar dan kerakusan kuasanya. OT95 dalam tilikan saya mempunyai dua wajah, DEMOKRASI dan DIKTATOR. Siang hari beliau seorang demokratik manakala di malam hari beliau adalah seorang diktator yang kejam.
Manusia berwajah dua ini sukar untuk dikenali hati budi dan kejahatannya, menyebabkan budinya kadang-kadang merupakan kejahatan, kejahatan kadang-kadang dianggap kebaikannya.
Isnya-Allah penerbitan buku ini siap akhir bulan ini. Untuk keterangan lanjut sila WhatsApp ke nombor 019 233 6996 atau 013 233 6776 untuk maklumat lanjut. [wm.kl. 9:03 am 05/11/2020].
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://msomelayu.blogspot.com/2020/11/tawaran-pra-cetak-buku-baru-saya-khas.html