Tatacara Menerima Suntikan Vaksin Covid 19 Untuk Dos Pertama Dan Kedua



Akhirnya setelah hampir 6 bulan menunggu selepas pendaftaran di aplikasi MySejahtera, akhirnya telah tiba giliran aku untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi dos pertama dan suntikan kedua pada 22 Ogos 2021.
Pada Ogos 2021, barulah aku dipanggil untuk menerima suntikan bagi memenuhi ruang untuk mencapai Herd Immunity bagi mengekang jangkitan Covid-19 kepada diri dan orang lain.
Seperti yang didaftarkan, aku menerima 1st jab di daerah Temerloh dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah di Dewan MPT Dato' Zaharuddin Abu Kassim Simpang Peragap, Temerloh.

Selain dari PPV tersebut, dalam daerah Temerloh terdapat 2 lagi PPV iaitu di Dewan Tun Razak bandar Temerloh dan Dewan MPT Dato Bahaman Lanchang. Kesemuanya ada 3.
Jadi disini aku nak kongsikan pengalaman aku setelah menerima suntikan pertama dimana flow atau tatacara ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 khusus bagi dos pertama.
Tatacara ketika menerima vaksin Covid-19Tataracara ini lebih mengfokuskan kepada penerima dos 1 dan juga yang berlaku di PPV Dewan MPT Dato' Zaharuddin Abu Kassim Simpang Peragap, Temerloh. Tetapi secara asasnya, kesemua flow dan tatacara serta check point adalah sama dimana-mana PPV pun.
Jika berjaya, anda akan menerima tarikh Temu Janji Dos 1 menerusi aplikasi MySejahtera. Anda juga akan menerima sms beberapa hari sebelum temu janji daripada pihak CITF.

Sebelum tiba di PPVJadi untuk pertama kali, anda perlu mengesahkan temu janji seperti pada tarikh dan masa yang diperuntukkan. Anda perlu jawab Ya atau Tidak sahaja. Jawab Ya la kalau nak vaksin kan.

Sebelum ini, penerima vaksin perlu mengesahkan persetujuan suntikan secara manual iaitu tandangan di borang yang pastinya akan berlaku banyak kontak seperti pada kertas dan pen yang dipegang. Sekali gus khuatir akan tahap kebersihan.
Jadi bermula Ogos 2021, JKJAV telah mengeluarkan ciri baru dimana anda boleh sahkan persetujuan suntikan secara digital sahaja iaitu di MySejahtera. Hanya tandakan pada ruangan dan setuju. Tak perlu bazir kertas, tak perlu pegang pen.


Akan tetapi ditempat PPV Temerloh ini mereka masih menggunakan pen dan kertas. Mungkin borang tersebut sudah dicetak dengan banyak, jadi mereka perlu menghabiskannya. Jadi nasihat aku, bawa pen sendiri
Tiba di PPVSeeloknya, ikut waktu yang ditetapkan seperti di MySejahtera, tetapi jika lambat atau awal pun, anda masih dibenarkan masuk tetapi jangan datang ikut tarikh lain.
Seperti biasa setibanya sampai, anda terlebih dahulu buat saringan suhu badan dan perlu scan MySejahtera seperti anda lakukan bila ingin memasuki mana-mana premis. Scan seperti biasa.

Jika sudah, anda perlu pergi ke stesen seterusnya iaitu Pendaftaran. Mereka akan minta Kad Pengenalan dan tunggu untuk beberapa minit. Sudah selesai, anda akan diberi borang persetujuan suntikan yang perlu diisi pada stesen seterusnya.
Pada stesen Persetujuan Vaksin inilah anda perlu jawab beberapa soalan pada borang yang anda peroleh tersebut bagi tujuan pengesahan. Jika ada alahan, sakit dan sebagainya sila tanda pada ruang yang disediakan. Akhirnya tandakan Ya untuk setuju mengambil vaksin.
Kemudian barulah anda perlu beratur untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 mengikut ruang yang kosong. (oh btw aku dapat Pfizer).
Pada waktu ini suntikan, seperti yang diumumkan oleh Khairy Jamaludin selaku Menteri Penyelaras Bekalan Vaksin, anda kini dibenarkan mengambil gambar atau video ketika suntikan. Itu adalah hak anda. 
Aku tak ambil video, sebaliknya hanya lihat picagari yang digunakan sebelum, ketika dan selepas suntikan. Pastikan kuantiti vaksin adalah tepat dimana phizer 0.3 ml manakala AstraZeneca dan Sinovac sebanyak 0.5 ml.
Akhirnya lihat proses ketika suntikan. Pastikan nurse tersebut tekan picagari sehingga habis vaksin tersebut dan ianya kosong selepas itu. Suntik pada otot tak sakit berbanding ambil darah. Jangan risau. Jangan lupa ucap terima kasih.
Ketika pulang dari PPVSeusai sudah suntikan, anda perlu pergi ke stesen terakhir iaitu Pemerhatian. Disini anda perlu tunggu dalam 10-15 minit. Jika ada berlaku apa-apa gejala, anda boleh laporkan terus pada staff yang ada.

Pada waktu ini juga, aplikasi MySejahtera anda akan dikemaskini bagi ketahui tarikh dan waktu bagi suntikan dos 2 pula. Selain itu, anda juga akan menerima Kad Vaksinasi Covid-19 yang perlu dibawa semula ketika suntikan kedua nanti.
Jika sudah, boleh pulang dan untuk kenang-kenangan, anda boleh la singgah di photobooth yang disediakan. Terpulang, itu tidak wajib.

Secara kasar, jika orang tidak terlalu ramai, kesemua proses suntikan vaksin Covid-19 dos 1 hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja. 


Vaksin adalah alternatif bagi mengelak jangkitan Covid-19 yang kesnya makin hari makin membimbangkan termasuk di negeri Pahang dan varian Delta. Ianya akan memberi kesan terbaik jika ramai yang sudah menerima vaksin dan capai immuniti kelompok.
BACA : 3 Cara Daftar Program Imunisasi COVID-19 (Vaksin) Untuk Negeri Pahang
Nasihat aku, daftar dan ambillah vaksin Covid-19. Yang boleh walk-in tu pergi la. Dalam masa yang sama terus patuhi SOP yang ditetapkan selagi mana herd immunity belum dicapai. Insya Allah kita pasti boleh hidup seperti sedia kala selepas ini.
Pada 22 Ogos yang lalu, aku telah pun menerima suntikan dos kedua di tempat yang sama dalam waktu yang sama juga. Tetapi kali prosesnya lebih pantas.
Alhamdulillah, setakat beberapa hari ini tiada kesan sampingan ketara kecuali lenguh tangan kiri pada bahagian suntikan sahaja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2021/08/pengalaman-menerima-suntikan-vaksin-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meninggal Dunia Seminggu Lepas Terima Suntikan Dos Kedua Daripada Vaksin Berbeza

Meninggal Dunia Seminggu Lepas Terima Suntikan Dos Kedua Daripada Vaksin Berbeza

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 256 hits
Bangkok Siasatan dilakukan terhadap kematian seorang lelaki berusia 39 tahun selepas seminggu menerima suntikan dos kedua vaksin Covid 19 menggunakan jenis vaksin berbeza Supoj Prasarnchu dari daerah Bua Yai meninggal dunia pada 7 Oktober l...
Comirnaty Pfizer Vaksin Dos Ke 3 Pertama Diluluskan Di Malaysia

Comirnaty Pfizer Vaksin Dos Ke 3 Pertama Diluluskan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 236 hits
Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pemberian dos vaksin berkenaan akan dibuat sekurang kurangnya selepas enam bulan dos kedua Gambar fail Penggunaan dos penggalak Comirnaty diberi kelulusan bersyarat Dr Noor Hi...
Belum Lengkap 2 Dos Vaksin Covid 19 6 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarah Patah Balik

Belum Lengkap 2 Dos Vaksin Covid 19 6 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarah Patah Balik

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 245 hits
Keadaan lalu lintas sepanjang Lebuh Raya Timur Barat LRTB lancar dan terkawal serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid IPOH Urusan perniagaan menghantar barang dan melawat ahli keluarga sakit a...
Akhirnya Lengkap Kedua Dua Dos Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer

Akhirnya Lengkap Kedua Dua Dos Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 524 hits
Akhirnya Lengkap Kedua Dua Dos Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer Salam semua alhamdulillah sis baru selesai berpantang 2 minggu selepas cucuk vaksin yang ke dua Sis pun macam orang lain jugak berdebar debar sebab fikir nak kena cucuk vaksin ni...
Lebih 70 Penduduk Dewasa Sabah Telah Lengkap Dos Vaksin Kata Masidi

Lebih 70 Penduduk Dewasa Sabah Telah Lengkap Dos Vaksin Kata Masidi

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 338 hits
Seramai 115 966 remaja atau 27 daripada jumlah penduduk Sabah juga telah lengkap dos vaksin kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata lebih 2 juta ...
Hiburan Saya Punya Firasat Kuat Kita Akan Terima Vaksin Covid 19 Secara Tahunan Sasha Saidin

Hiburan Saya Punya Firasat Kuat Kita Akan Terima Vaksin Covid 19 Secara Tahunan Sasha Saidin

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 194 hits
Penyanyi Sasha Saidin yang sudah lengkap menerima empat dos vaksin COVID 19 di Dubai Emiriyah Arab Bersatu tidak menolak kemungkinan penduduk di seluruh dunia bakal diberikan vaksin COVID 19 secara tahunan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMen...
5987 Shorts Vaksin Covid 19 Kita Kaji Secara Terbuka Sinar Harian 17 10 2021

5987 Shorts Vaksin Covid 19 Kita Kaji Secara Terbuka Sinar Harian 17 10 2021

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 232 hits
WACANA SINAR 298 14 OKTOBER 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 298 bertajuk Apa nasib anti vaksin bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Sumber Sinar Harian SHORTS VAKSIN COVID 19 KITA KAJI ...
Dos Penggalak Bukanlah Mandatori Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos

Dos Penggalak Bukanlah Mandatori Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 311 hits
PETALING JAYA Suntikan dos penggalak tidak akan menjejaskan status lengkap vaksin bagi mana mana individu yang sudah menerima dua dos vaksin Covid 19 kata Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin Tegasnya dos penggalak berkenaan bukan mandatori ...
Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2

Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 304 hits
Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2 Assalamualaikum Hai hari ini Cik Ash nak berkongsi cerita disebalik pengalaman cucuk vaksin Sebenarnya bila dengar pasal vaksin seram takut dengan kesan dia selepas cucuk Lepas itu sebelum ni ada dengar p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner