Akhirnya Lengkap Kedua Dua Dos Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer


Akhirnya Lengkap Kedua - Dua Dos, Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer | Salam semua, alhamdulillah sis baru selesai "berpantang" 2 minggu selepas cucuk vaksin yang ke dua. Sis pun macam orang lain jugak, berdebar - debar sebab fikir nak kena cucuk vaksin ni. Ada yang relax, ada yang sampai bawa terfikir - fikir, bukan apa sebab dengar cerita orang cakap macam - macam simptom selepas vaksin. Itu yang sis terbawa - bawa fikir tak habis - habis


Lagi satu, giliran sis lambat nak hujung - hujung tahun baru sampai giliran. Bila orang PPV telefon suruh datang ke PPV, terus tak senang duduk. Rasa ramai macam tu kan. Sebab dia telefon tu 3 hari sebelum kena cucuk. Nak suruh kita bersiap sedia. Dalam tempoh bersiap sedia tu macam - macam lalu lalang dalam fikiran. 
Alhamdulillah selesai sudah cucuk untuk ke dua - dua dos vaksin Pfizer. Semua ahli keluarga sis pun dah selamat vaksin belaka. Kita diuji pandemik masuk 2 tahun dah. Di kalangan dalam keluarga sis sendiri pun ada yang diuji dengan Covid. 
Sekarang ni, setiap negeri dah dalam fasa pemulihan. Perdana Menteri pun dah umum boleh rentas negeri. Sis pun tak tahu pun bila PM umum, tahu - tahu dah penuh post di facebook. Walaupun semua nampak excited dah boleh rentas negeri, tapi virus tak nampak di mata ni masih lagi ada di mana - mana. 
Yang penting, jagalah SOP elok - elok. Walaupun sekarang ni, sis pun macam tak tahu nak cakap sampai bila Covid ni nak berakhir. Cuma kita buat masa sekarang kena hidup dengan norma baharu. 
Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer Dos PertamaKali ini sis nak cerita lah di blog untuk kenangan pengalaman cucuk vaksin. Tak terfikir dah rasa umur dah tua ni nak cucuk vaksin lagi. Sis ni kalau ikutkan bukan nak memilih vaksin mana. Sebab masa pergi dekat PPV tak tahu pun akan kena vaksin Pfizer. 
Sis bertawakal masa tu, tak kisah lah vaksin mana - mana, yang penting kita ikhtiar untuk sama - sama jalankan tanggungjawab kita nak capai imuniti kelompok. 

3 hari sebelum nak kena cucuk ada orang call, rupanya dia nak bagi peringatan untuk temujanji nak cucuk vaksin. Temujanji nak kena cucuk hari Sabtu. Kalau korang tanya sis apa persediaan sebelum suntikan vaksin Covid 19, Sis tidur awal malam tu, sebelum pergi kat PPV makan lah untuk sarapan pagi, jangan buat tak makan. 
Malam tu juga semak kad pengenalan, letak pen dalam beg, pen memang selalu ada pun dalam beg, pastikan juga data telefon tu ok. Semua nak kena double check. Sanitizer jangan lupa letak dalam beg. 
Pada hari Sabtu, 4.9.2021, nak dekat pukul 9 pagi dah gerak dari rumah. Sis pakai double mask hari tu siap pakai face shield. Masa tu kes di Kelantan naik. Bertambah risau dekat PPV ni mesti ramai orang. 
Sampai di PPV nak dekat dalam 9:30 pagi. Nasib baik dapat jumpa parking dekat. Beratur panjang dulu, sebab petugas nak semak nama ada tak dalam senarai. Dalam 1 jam urusan nak beratur semak nama, lepas tu nak isi borang sebelum masuk dalam dewan untuk cucuk vaksin. 
Sis sepanjang menunggu giliran untuk divaksin tu berdebar - debar jugak jantung ni. Sebab banyak menunggu, jenuh dah sekejap bangun, sekejap duduk atas kerusi. 
Masuk dalam dewan menunggu lagi, cuma dalam fikiran masa ni fikir dapat vaksin apa. Sampai giliran sis, petugas nak isi details dalam kad vaksin, ternampak dia tulis Pfizer. 
Alhamdulillah masuk ruangan untuk cucuk vaksin, tak sempat tengok pun jarum. Jururawat sekali cucuk, aih siap dah. Rasanya macam kena kutil sikit masa jarum halus nak masuk dalam kulit tu jee. Selesai sudah dos pertama vaksin Pfizer. 
Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer Dos Kedua 
Untuk pengalaman cucuk vaksin Pfizer dos kedua ni, setelah 3 minggu dari dos pertama, seperti biasa sis gerak awal, sebelum tu pastikan benda - benda penting dah letak siap - siap dalam beg terutama sekali kad vaksin. Sampai - sampai tengok ramai orang sangat. 
Tertanya la jugak kenapa ramai orang sangat ni. Cari parking berdekatan pun susah sangat. 
Akhir sekali pusing balik pergi parking kereta depan kedai. Jauh juga nak jalan masuk. Sis tak perasan mula - mula tu, rupanya sekarang ni giliran budak sekolah kan cucuk vaksin. Patut lah ramai. Barisan untuk budak sekolah saja dah berapa barisan. 
Sampai sis tersalah masuk pergi beratur dengan budak sekolah. Nasib baik la petugas RELA tu tanya dos ke berapa. Rupanya untuk dos kedua terus masuk beratur sebelah dalam sebelum nak masuk dewan

Sebelum nak masuk dewan beratur kat luar nak sahkan kehadiran tu macam lama sikit. Bagi kad vaksin dekat petugas tu tanya dalam tempoh 3 minggu ni kot ada demam, batuk ke, alhamdulillah sepanjang 3 minggu tu sis tak ada simptom tu semua. 
Terus dibenarkan masuk dalam dewan tak sampai 2 minit duduk sekejap, terus kena panggil untuk cucuk vaksin. Jururawat tu siap tanya nak vaksin apa hari ini. Takut kita mamai haaa. Lama nak pergi cucuk vaksin pun tak tahu vaksin apa kan. 
Berdebar punya sis, jururawat sendiri yang tolong baca bismillah sebelum letak jarum. Patutnya sis yang baca. Bila terasa sejuk dalam kulit, alhamdulillah selesa sudah dos kedua vaksin Pfizer. 
Simptom Selepas Vaksin Pfizer Dos Pertama Dan Kedua Sis akui berdebar jugak takut kena simptom yang berat - berat. Sebelum tu pernah la dengar cerita macam - macam ada yang demam selepas vaksin covid, ada yang sakit kepala. Panadol pun siap dah stand by kat rumah. Takut - takut simptom demam tu ada. 
Selepas cucuk vaksin Pfizer dos pertama, on the way nak balik rumah, sis terus singgah sekejap beli air kelapa muda. Buat masa ni simptom macam tak ada sangat, cuma petang tu sis berasa mengantuk sangat. Macam pelik jer tahap mengantuk tu. 
Bangun - bangun, terasa sakit kat tempat cucuk. Dalam 2 hari jugak tak berapa nak angkat tangan tinggi - tinggi. Dalam tempoh 3 minggu sebelum nak cucuk vaksin ke 2 tu, alhamdulillah tak ada apa - apa simptom. pening pun tak ada, demam pun tak ada. Syukur sangat. Risau jugak sebenarnya

Untuk vaksin ke 2 pun, lepas balik petang tu tak rasa mengantuk. Bila malam tu, rasa mengantuk pelik, keesokan bangun pagi, baru rasa tempat cucuk sakit. Kesan sampingan pfizer dos kedua sepanjang 2 minggu tu, alhamdulillah sis tak ada

Malaysia Dah Masuk Ke Fasa Endemik Itu sajalah pengalaman sis nak coret di blog. Sekurang - kurangnya ada kenangan. Dah cucuk pun kena lah jaga SOP. Walaupun negara kita dah capai imuniti kelompok 90%. Covid ni tak tahu bila nak lenyap. Doakanlah moga Allah angkat wabak ini. 
Di media sosial pun sis tengok meriah orang dah mula buat aktiviti masing - masing, bila kerajaan dah umum kelonggaran banyak dah boleh rentas negeri, boleh travel, gelembung pelancongan. Lama dah kan terkurung dan bersabar. 
Tapi hanya yang dah cucuk vaksin kedua - dua jer lah. Kalau tak cucuk lagi vaksin, pergilah cucuk. adik - adik sekolah pun ramai dah cucuk vaksin

Selain itu, banyakkan makanan yang boleh meningkatkan imuniti diri. Sejak wabak Covid datang ni dah ramai jaga pemakanan termasuk lah sis sendiri. 
Sekarang ni kerajaan dah keluarkan untuk cucuk dos penggalak pulak. Jadi, apa pandangan korang. 
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/10/akhirnya-lengkap-kedua-dua-dos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lengkap Dua Dos Vaksin

Lengkap Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 360 hits
Lengkap Dua Dos Vaksin Salam Keluarga Malaysia salam blogger Malaysia salam kepada semua pembaca maya yang datang dan berganti berlalu dan datang tetamu baru mengetuk pintu maya Hari ini lengkat anak bungso Etuza suntikan vaksin ke 2 dos ha...
Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2

Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 303 hits
Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2 Assalamualaikum Hai hari ini Cik Ash nak berkongsi cerita disebalik pengalaman cucuk vaksin Sebenarnya bila dengar pasal vaksin seram takut dengan kesan dia selepas cucuk Lepas itu sebelum ni ada dengar p...
Dos Penggalak Bukanlah Mandatori Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos

Dos Penggalak Bukanlah Mandatori Tak Jejas Status Lengkap Vaksin Bagi Penerima Dua Dos

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 306 hits
PETALING JAYA Suntikan dos penggalak tidak akan menjejaskan status lengkap vaksin bagi mana mana individu yang sudah menerima dua dos vaksin Covid 19 kata Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin Tegasnya dos penggalak berkenaan bukan mandatori ...
Alyssa Dezek Kongsi Pengalaman Cucuk Vaksin Katanya Tak Sakit Pun

Alyssa Dezek Kongsi Pengalaman Cucuk Vaksin Katanya Tak Sakit Pun

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 423 hits
BERKONGSI video menerima suntikan vaksin di Instagram pelakon dan penyanyi cilik Alyssa Dezek menerima pujian ramai atas keberaniannya Ujar Alyssa 13 dia berkongsi video tersebut bagi menggalakkan remaja seusianya untuk mengambil vaksin den...
Comirnaty Pfizer Vaksin Dos Ke 3 Pertama Diluluskan Di Malaysia

Comirnaty Pfizer Vaksin Dos Ke 3 Pertama Diluluskan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 234 hits
Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pemberian dos vaksin berkenaan akan dibuat sekurang kurangnya selepas enam bulan dos kedua Gambar fail Penggunaan dos penggalak Comirnaty diberi kelulusan bersyarat Dr Noor Hi...
45 65 Juta Dos Diberi 90 02 Peratus Dewasa Lengkap Vaksin

45 65 Juta Dos Diberi 90 02 Peratus Dewasa Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 288 hits
utusantv comOleh October 11 2021SEJAK dilancarkan pada 24 Februari lalu Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan berjaya memberikan 45 65 juta dos vaksin setakat semalam Kejayaan itu membolehkan 90 02 peratus populasi dewasa lengkap divaksin m...
Dos Penggalak Kepada Individu Dos Lengkap Vaksin Sinovac

Dos Penggalak Kepada Individu Dos Lengkap Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 214 hits
KKM telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak ini kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang kurangnya 3 bulan yang lalu AWANInews MalaysiaSihat SUBSCRIBE now Astro Awani https www yout
Belum Lengkap 2 Dos Vaksin Covid 19 6 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarah Patah Balik

Belum Lengkap 2 Dos Vaksin Covid 19 6 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarah Patah Balik

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 243 hits
Keadaan lalu lintas sepanjang Lebuh Raya Timur Barat LRTB lancar dan terkawal serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid IPOH Urusan perniagaan menghantar barang dan melawat ahli keluarga sakit a...
Kebenaran Rentas Negeri Bagi Mereka Yang Lengkap Dua Dos Vaksinasi Sahaja Pm

Kebenaran Rentas Negeri Bagi Mereka Yang Lengkap Dua Dos Vaksinasi Sahaja Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 335 hits
Individu yang tidak lengkap vaksin atau tidak mengambil langsung satu dos vaksin tidak boleh merentas negeri kata Perdana Menteri dalam sidang media khas hari ini Syarat utama kebenaran merentas negeri ini adalah mereka yang mempunyai dua d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp