Taska Enggan Terima Bayi Bawah Setahun Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak


Isu pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) yang enggan menerima bayi bawah usia setahun semakin meresahkan ibu bapa di Selangor.
Kerajaan negeri menganggap perkara ini sebagai aduan serius kerana ia mendorong sebahagian ibu bapa mencari alternatif lain termasuk menghantar anak kepada pengasuh tidak berdaftar, sekali gus membuka risiko keselamatan.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, situasi ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak kecil.
“Kita bimbang akhirnya ibu bapa terpaksa berpindah kepada pengasuh di rumah yang tidak berdaftar, sekali gus menyebabkan isu keselamatan dan pemantauan timbul,” katanya.
 
Menurut beliau, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha taska dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor untuk mendengar cabaran serta mencari penyelesaian terbaik.
Sehingga kini, terdapat 1,300 taska berdaftar di Selangor manakala sebahagian lagi masih beroperasi tanpa pendaftaran rasmi.
Usaha Kerajaan Negeri
Kerajaan negeri memperuntukkan geran pusat penjagaan sebanyak RM400,000 bagi membantu operator taska berdaftar meningkatkan kualiti perkhidmatan.
“Usaha ini lebih kepada outreach, bukan menghukum. Kita juga ambil kira faktor kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 bermula 1 Ogos selain aspek keselamatan,” jelas Anfaal.
Beliau turut mengakui caj bulanan antara RM500 hingga RM700 yang dikenakan pengusaha taska pada masa ini tidak mencukupi untuk menampung kos operasi, menyebabkan ramai pengusaha tertekan.
Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) supaya mempertimbangkan pemberian subsidi kepada operator berdasarkan bilangan anak dihantar, bergantung kepada pendapatan ibu bapa.
“Setakat ini belum ada subsidi, namun kita boleh usulkan kerana melihat pengusahaan taska ini penting untuk menyokong ekonomi dan memberi ketenangan kepada ibu bapa bekerja,” katanya lagi.
Cabaran Sektor Asuhan Awal Sebelum ini, laporan Sinar Harian mendedahkan sektor asuhan awal kanak-kanak berdepan cabaran besar apabila 35 hingga 40 peratus pengusaha taska berdaftar di seluruh negara menghentikan perkhidmatan penjagaan bayi bawah usia setahun. Situasi ini semakin memburuk kerana ada negeri-negeri tertentu langsung tidak menyediakan perkhidmatan mengasuh bayi kecil.
 
Tip Untuk Ibu Bapa
1.Sebelum memilih taska atau pengasuh, pastikan mereka berdaftar dengan JKM.
2.Semak tahap keselamatan persekitaran dan kelengkapan taska.
3. Perhatikan nisbah pengasuh kepada bayi untuk memastikan anak dijaga dengan rapi.
4. Jangan segan bertanya tentang latihan atau sijil pengasuh.
Langkah-langkah ini bukan sahaja menjamin kesejahteraan anak, malah memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa yang bekerja.
Sumber: Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/taska-enggan-terima-bayi-bawah-setahun-ibu-bapa-risau-keselamatan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1893 hits
Buli di sekolah atau mana mana tempat bukan perkara kecil Ia boleh tinggalkan kesan mendalam pada emosi keyakinan diri dan juga masa depan anak Ramai anak sebenarnya dibuli tapi mereka diam sebab takut atau malu Sebab itu ibu bapa perlu pek...
Anak Baru Setahun Doktor Sahkan Kanser Tahap 3 Ibu Ini Kongsi Kisah Sebaknya

Anak Baru Setahun Doktor Sahkan Kanser Tahap 3 Ibu Ini Kongsi Kisah Sebaknya

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1171 hits
Seorang bayi comel berusia setahun Irsa Amaya kini menjadi inspirasi ramai apabila tabah melawan kanser buah pinggang tahap 3 dan telah menjalani 15 sesi kemoterapi sejak awal tahun ini Pada usia sekecil itu ketika kanak kanak lain rancak b...
Dr Raihana Tegur Jangan Judge Ibu Bapa Bangun Lambat Lagi Lagi Yang Ada Ramai Anak

Dr Raihana Tegur Jangan Judge Ibu Bapa Bangun Lambat Lagi Lagi Yang Ada Ramai Anak

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3012 hits
Tidak semua orang melalui rutin harian yang sama Ada yang mudah bangun awal kerana malamnya penuh dengan rehat tetapi ada juga yang bangun lambat kerana sepanjang malam berjaga menjaga anak anak Malangnya masih ada yang suka judge atau memp...
Air Mata Syukur Ibu Bapa Anak Orang Asli Pertama Bergelar Hafiz 30 Juzuk

Air Mata Syukur Ibu Bapa Anak Orang Asli Pertama Bergelar Hafiz 30 Juzuk

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2798 hits
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang soleh menjadi penyejuk mata dan penawar hati Namun siapa sangka seorang remaja dari pedalaman Kelantan ini bukan sahaja berjaya membanggakan keluarganya malah mencatat sejarah sebagai anak Orang A...
Tujuh Jenis Buli Senyap Yang Ibu Bapa Wajib Tahu Elak Anak Jadi Mangsa

Tujuh Jenis Buli Senyap Yang Ibu Bapa Wajib Tahu Elak Anak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2341 hits
Selain buli fizikal yang semakin berleluasa buli senyap juga semakin membarah dikalangan anak anak kita namun tidak disedari oleh mak ayah Buli jenis ini dilakukan melalui manipulasi emosi pengasingan sosial dan gurauan yang menyakitkan Nam...
Ibu Buat Hubungan Badan Dengan Anak Kandung Selama 11 Tahun Beritahu Dia Akan Mengamuk Jika Enggan Melayan Permintaanya

Ibu Buat Hubungan Badan Dengan Anak Kandung Selama 11 Tahun Beritahu Dia Akan Mengamuk Jika Enggan Melayan Permintaanya

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1567 hits
nbsp Saya banyak kali menolak tapi dia tetap paksa saya berapalah sangat kudrat saya berbanding dengan dia yg masih muda
Bukan Cerewet Tapi Risau Ibu Ini Tegur Trend Bagi Goodie Makanan Di Taska

Bukan Cerewet Tapi Risau Ibu Ini Tegur Trend Bagi Goodie Makanan Di Taska

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1954 hits
Sambutan hari lahir di taska biasanya diraikan dengan pemberian goodies kepada rakan rakan sebaya Niatnya untuk berkongsi rezeki dan menggembirakan anak anak kecil Namun tidak semua goodies sesuai malah ada yang boleh mendatangkan bahaya ta...
Suami Pernah Tercampak Keluar Kereta Ibu Nekad Didik 3 Anak Duduk Car Seat Sejak Bayi

Suami Pernah Tercampak Keluar Kereta Ibu Nekad Didik 3 Anak Duduk Car Seat Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3024 hits
Keselamatan anak ketika menaiki kenderaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan Ramai ibu bapa masih beranggapan mendukung anak di riba lebih mudah dan praktikal sedangkan hakikatnya ia berbahaya Seorang ibu berkongsi pengalaman ...
Bayi Baru Lahir Dibunuh Dibakar Ibu Bapa Sendiri

Bayi Baru Lahir Dibunuh Dibakar Ibu Bapa Sendiri

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1141 hits
Sinar HarianPOLIS menahan sepasang suami isteri selepas didakwa membunuh bayi baru lahir mereka sebelum membakar mayat mangsa dalam sebuah tanur arang di daerah Ban Fang Ahad lalu Memetik laporan media Thailand Ketua Polis Ban Fang Kolonel ...
Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Recognised International Medical Degree Study Options Pathways

Barisan Peserta Coach The Chosen One Xtra

Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026 Jika Israel Layak

Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

Drama Takdir Cinta Terlarang

Pertandingan Teh Tarik King Queen Gegarkan Rasa Layan Curry Fiesta 2025