Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu
Tasik Kenyir terletak di tengah-tengah Negeri Terengganu,
dan merangkumi lebih daripada 260 kilometer persegi, Tasik Kenyir adalah tasik
buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Ia dikelilingi oleh hutan hujan
tertua di dunia.
Empangan Kenyir dibina bagi kegunaan janakuasa tenaga hidro elektrik yang
dibina pada sekitar 1978 dengan kos RM700 juta (nilaian 2025 +-RM6 bilion).
Bagi tujuan itu, kira-kira sembilan kampung 'dikorbankan' yang mana dahulunya
dihuni oleh penduduk iaitu Kampung Melur, Kelitok, Berching, Petang, Mentong,
Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing.
Takungan air telah menenggelamkan bukan sahaja kawasan kampung dan hutan,
bahkan bukit bukau. Bukit-bukau yang tingginya kurang dari 138 meter dari aras
laut juga turut tenggelam. Hanya puncak-puncak bukit yang mempunyai ketinggian
melebihi 138 meter yang timbul membentuk 340 buah pulau dalam tasik ini.
Tasik Kenyir adalah rumah kepada lebih daripada 14 air terjun lata, air
penyejukan, jeram-jeram dan sungai, sebagai tempat kudus ideal untuk pelbagai
spesies ikan air tawar dan eksotik hidupan liar. Flora dan fauna hidup di dalam
landskap yang luas dan harta karun penemuan dan pengembaraan untuk pencinta
alam semula jadi.
Keindahan flora dan fauna serta kekayaan biodiversiti di Tasik Kenyir,
Terengganu, tidak dapat disangkal lagi.
Kicauan beburung di hening pagi begitu mengujakan dan ia seakan menggamit
memori zaman silam sebelum internet diperkenalkan secara meluas.
Kejernihan air yang menghijau begitu memukau dan menyejukkan mata siapa sahaja
yang memandang.
Kini Tasik kenyir menjadi salah sebuah destinasi yang wajib dikunjungi oleh
pelancong.
Impak pembinaan Tasik Kenyir membawa limpahan rezeki kepada penduduk sekitar
Hulu Terengganu itu.
Keunikan sering menjadi tumpuan pengunjung seperti taman herba, air terjun,
taman rama-rama, taman orkid, Gua Bewah, santuari kelah dan pelbagai lagi.
Ternyata penawaran perkhidmatan rumah bot yang menjadi trend percutian
berkumpulan merancakkan lagi kegiatan ekonomi setempat selain menawarkan pakej
istimewa buat kaki pancing.
Selain itu, Tasik Kenyir telah memberi impak besar kepada
kerajaan Terengganu dalam segi pendapatan. Setiap tahun kerajaan Terengganu
menerima royalti air hasil penjanaan elektrik di empangan tersebut. Pada 2024,
kerajaan negeri menerima RM16.5 juta
Tasik Kenyir menjadi lokasi pelancongan utama. Pada 2017, ia
menerima lebih 800 ribu pelancong. Jika seorang berbelanja hanya RM100, maka
jumlah perbelanjaan tahunan adalah RM80 juta yang memberi manfaat kepada rakyat
dan ekonomi negeri
Namun sejak 2019, jumlah pelancong semakin berkurangan. Pada
2022, hanya 133 ribu pelancong melawat Tasik Kenyir. Usaha mengembalikan Tasik
Kenyir sebagai tumpuan pelancong perlu dilakukan agar usaha yang dilakukan
sebelum ini tidak dipersiakan.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 menyimpulkan kejatuhan
mendadak jumlah pelancong ke Kenyir berlaku kerana kegagalan mengoperasikan
projek-projek di kawasan tersebut
Terdapat tiga projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri
dengan nilai RM612 juta. Dua
projek siap iaitu Marina Pengkalan Gawi dan Kuarters Kastam.
Tetapi Marina Pengkalan Gawi bernilai RM330 juta tidak digunakan oleh kerajaan
negeri walaupun sudah diserah pada 2021. Ia dibiarkan tanpa beroperasi
Menurut LKAN, Marina ini boleh digunakan sebagai tapak utama
penganjuran acara besar bagi menarik pelancong
Kuarters kastam bernilai RM37.5 juta pula dijadikan pusat
pengajian oleh kerajaan negeri pada tahun 2020. Ia tidak mencapai maksud asal
pembinaan.
Sementara satu lagi projek iaitu Bebas Cukai Pulau Bayas
bernilai RM243 juta pula terbengkalai. Projek ini telah terlewat beberapa kali
namun masih berjalan sebelum ini. Namun pada 2019, ia dilaporkan terbiar dan
rosak.
Jika apa yang telah dirancang berjalan lancar, pengunjung ke
Tasik Kenyir akan kembali bertambah dan boleh melepasi jumlah 800 ribu orang setahun
yang dicapai pada tahun 2017.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2025/04/ken.html