Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7




Assalamualaikum, kita bersua lagi. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. 
Selepas sarapan, kami naik bersiap siap untuk ke beberapa destinasi hari ini. Kami telah diberitahu bahawa kami tidak akan lama di sesuatu tempat bagi membolehkan kami cover semua tempat. Destinasi pertama ialah Tasik Blausee, yang sangat cantik. 
Nik, tour guide kami telah berpesan supaya selepas masuk jer, terus pergi beratur untuk naik boat terlebih dahulu supaya tidak menunggu terlalu lama untuk naik boat seterusnya. Jadi kami pun terus beratur dan menjadi kumpulan pertama yang naik boat. 
Sementara Nik mendapatkan tiket masuk, kami berposing dulu. Seperti biasa acara wajib bagi sesuatu destinasi ialah group photo. Hahaha. 

Kebetulan kami ni semua sporting, tak ada seorang pun yang menolak nolak kalau bab bergambar. Nampak jer handphone di hala, semua akan masuk tanpa perlu diajak pun. 
Ramai dalam group kami yang dah expert bab angle mengambil gambar yang cantik. Ramai yang menggunakan handphone canggih model terkini. Jadi tak kira menggunakan handphone siapa pun, yang penting gambar yang di share dalam group mesti dalam format HD. 




Bila berada dalam boat pun masing masing akan mengambil gambar kawan kawan. Tak mendengar sangat pun penerangan pengayuh boat. Kami diajar untuk mengambil gambar ikan yang sedang berenang renang di tasik ialah dengan meletakkan handphone di lantai kaca boat. Akan nampak jelas ikan di bawahnya. 





Kali ini dapat banyak gambar kami di dalam boat kerana Emmy tolong mengambilnya dari luar. Mariam dan Shahrol juga banyak ambil gambar kami kerana mereka tak naik boat bersama kami. 
Hahaha cantik cantik gambar dan video dengan berlatarbelakangkan keliling tasik Blausee ini. Air menghijau dengan ikan trout yang berenang renang. Suasana yang romantis giler. 




Tasik Blausee ini pastinya mengimbau kenangan waktu bersama Nelly san Juita. Kami sempat makan tengahari di sini. Saya order ikan trout yang digrill. Ketika itu, kami berjalan mengelilingi tasik. 
Kami siap berjalan ke belakang tasik di mana terdapat sungai yang mengalir indah. Kali ini memang tak sempat, kalau dah asyik bergambar sahaja. Masa berjalan pun memang tak sedar. Sedangkan kami diberi masa yang terhad sahaja di sini. 
Boat kemudian membawa kami ke bawah jambatan tepi batu di mana dikatakan air di sini boleh diminum dan rasanya sangat sedap. Air mineral semulajadi dari celah batu batu yang mengalir masuk ke dalam tasik. 

Selepas turun dari boat, kami berjalan sambil bergambar ke arah depan chalet. Di sini Dato Setia Salehuddin menunjukkan 2 unit chalet yang mereka diami ketika bercuti di sini end December 2017. 



Ketika itu, kami yang sama sama ke London bersama mereka berpisah di Heathrow Airport dan menuju ke Manchester untuk mengambil Juita sebelum meneruskan percutian ke Edinburgh. 
Kami banyak menghabiskan masa di sini dengan bergambar dengan pelbagai ragam dan gaya. Itu yang memang tak sempat nak pusing tasik pun. 


Kami memang suka bergambar beramai ramai. Ya lah kalau asyik gambar berdua jer pun tak best juga.






Sebelum berjalan keluar, sempat lagi bergambar sebab rasa sayang sangat nak meninggalkan tempat yang cantik ini. Memang tak puas berada di sini. 



Bila nak keluar, baru ternampak tempat ini yang pada saya tempat wajib untuk bergambar kalau ke Tasik Blausee. Adui terlupa dek sibuk bergambar di depan chalet. 

Memang hajat nak bergambar di sini tetapi dek sibuk bergambar di tempat lain sehingga terlupa. Dapat lah 3 shoot bergambar dengan Hubby. Terkilan lah juga. Tapi itu jer rezekinya… 




Dengan rasa kecewa, saya akur untuk keluar. Tak mahu lah kerana kita, semua orang kelewatan kan. Pun begitu, masih lah sempat dapat sekeping lagi sebelum keluar. 


Kami kemudian menaiki bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Lauterbrunnen. 
Nantikan sambungan entri di sana di entri selepas ini. Sehingga bertemu lagi, salam sayang buat semua...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/11/tasik-blausee-yang-menggamit-kenangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenangan Di Montreux Day 6

Kenangan Di Montreux Day 6

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum kita bersua lagi Boleh klik entri di Zermatt sebelum ini di Kami menginap di Hotel Mountime berdekatan dengan Tasch Train terminal Pemandangan keliling hotel sangat cantik Buka jer sliding door dah nampak gunung ganang yang ...
Kenangan Manis Di Venice Island Day 2

Kenangan Manis Di Venice Island Day 2

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 168 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Jangan lupa membaca entri sebelum ini di Pagi pagi bangun bersarapan dengan roti bakar dan buah sahaja Pihak hotel menyediakan ruang makan di bilik berasingan untuk group kami Sementara menunggu bas sampai kam...
Kenangan Di Lauterbrunnen Day 7 1

Kenangan Di Lauterbrunnen Day 7 1

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 161 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Kali ini sambungan dari perjalanan hari ke 7 di Switzerland di mana selepas Tasik Blausee kami ke Lauterbrunnen Boleh klik entri di Tasik Blausee di Sebaik turun dari bas dan sebelum masing masing berpecah den...
Sarravalle Designer Outlet Day 3

Sarravalle Designer Outlet Day 3

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 200 hits
Alhamdulilah kita bersua lagi Hari ini kami check out dari Hotel Le Trezze dan akan ke Sarravalle Designer outlet dan kemudian terus ke Milan Seperti biasa untuk sarapan makan telur rebus dan roti bakar Boleh baca entri sebelum ini di Sebel...
City Tour Bandar Milan Day 4 1

City Tour Bandar Milan Day 4 1

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 212 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Kali ini saya akan menyambung catatan perjalanan di bandar Milan Boleh klik entri sebelum ini di Selepas menaiki boat di Tasik Como destinasi seterusnya ialah city tour bandar Milan Milan adalah salah satu dar...
Perjalanan Ke Zermatt Day 5

Perjalanan Ke Zermatt Day 5

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 176 hits
Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menyambung catatan percutian kami ke Itali dan Switzerland Selepas balik dari sana kami ke Turki pula dan baru balik semalam Boleh klik entri sebelum ini di Selepas sarapan kami check out Hotel B B di ...
Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 200 hits
Alhamdulillah bersua lagi Haa sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan juga klik follow blog tau terima kasih atas kerjasama anda semua Semoga Allah juga membalasnya Boleh klik entri sebelum ini di Selepas menun...
Eight Stranded At Bukit Larut Resort After Injuries Rescuers Rush To Save The Day In Taiping Hiking Incident

Eight Stranded At Bukit Larut Resort After Injuries Rescuers Rush To Save The Day In Taiping Hiking Incident

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 184 hits
Eight individuals were stranded at the Bukit Larut Resort in Taiping after three of them sustained injuries during a hiking activity yesterday Picture By Raymond ManuelIPOH Nov 3 Eight individuals were stranded at the Bukit Larut Resort in ...
Menaiki Boat Di Lake Como Day 3

Menaiki Boat Di Lake Como Day 3

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 195 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Destinasi kami hari ini ialah ke Tasik Como dan bandar Milan di Itali Boleh klik entri sebelum ini di Saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke Tasik Como Bila dengar Tasik Como pasti yqng terlintas di fikira...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Ageing With Dignity The Future Of Elderly Care In Malaysia

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mencuba Menu Vietnam Di Super Saigon Pho Cafe

Jbl Grip Just Landed Designed To Move Built To Blast

Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food