Kenangan Manis Di Venice Island Day 2


 

Alhamdulillah kita bersua lagi. Jangan lupa membaca entri sebelum ini di SINI. Pagi pagi bangun bersarapan dengan roti bakar dan buah sahaja. Pihak hotel menyediakan ruang makan di bilik berasingan untuk group kami




Sementara menunggu bas sampai, kami bergambar terlebih dahulu. Destinasi kami hari ini ialah Pulau Venice. Saya sebenarnya tidak pernah terfikir untuk sampai ke sini kerana rasanya tak larat nak berjalan sepanjang berada di Venice Island. Kalau tidak kerana kawan kawan, rasanya memang tak ada lah saya menjejak kaki di sini. 




Cuaca di Itali agak panas terik, walaupun ada angin sejuk. Jadi kami dinasihatkan supaya memakai suncreen. Walaupun ada pakai sunscreen tapi merah terbakar juga kulit muka kami. Tapi kalau dah naik boat beramai ramai, terlupa panas ke apa. Kami naik ke tingkat atas boat tanpa bumbung untuk bergambar sehingga lah sampai ke Pulau Venice. 
Venice adalah man-made city yang dibina atas foundation terdiri cerucuk timbunan berjuta juta batang kayu alder yang tahan reput di dasar laut dengan kedalaman sehingga 3 meter. Lama kelamaan kayu ini bertukar menjadi bahan keras seperti batu. Kayu ini tidak akan reput kerana ketiadaan oksigen. Kemudian dibina bangunan bangunan di atasnya membentuk terusan yang menjadikan bandar Venice hari ini. 
Bandar ini dibina di atas air untuk mengelakkan dari pencerobohan pada abad kelima. Laut menjadi perisai semulajadi bagi penduduknya ketika itu. Di sini tiada kenderaan jadi mahu atau tidak, kenalah berjalan kaki. Itu pun rasa juga letih betis berjalan jauh. Jadi kalau ke sini, pastikan memakai kasut yang sesuai untuk berjalan. 








Sebaik sampai di pulau Venice, kami bergambar secara beramai ramai sebagai kenangan terlebih dahulu. Maklumlah kalau dah masing masing mula bergerak sendiri, pasti susah untuk bergambar secara group. Perkataan yang famous di kalangan kami ialah group photo, group photo bila memanggil untuk semua masuk bergambar. 


Kebetulan hari kami ke sini ialah hari minggu jadi memang orang cukup ramai dan bersesak sesak juga. Tiket untuk menaiki gondola pada waktu yang sesuai untuk group kami juga penuh sehingga terpaksa mencari operator gondola lain. Sementara menunggu tour leader mendapatkan tiket menaiki gondola, kami bergambar dahulu. Banyak spot yang menarik untuk bergambar di sini





Satu gondola boleh memuatkan 4 orang dan kami naik bersama besan. Gondola akan keluar ke laut dahulu sebelum mula menyusuri terusan di antara bangunan bangunan. Kalau tak silap bayaran untuk seorang ialah €30 dan telah dimasukkan dalam harga pakej. 




Bila gondola melalui terusan antara bangunan inilah waktu yang cantik untuk bergambar kerana latarbelakang jambatan merintangi terusan dan bangunan yang unik.  Saat ini memang tak berhenti bergambar kerana pada saya, ingatan akan lama lama menjadi pudar tapi dengan adanya gambar akan dapat mengimbau kenangan dan kekal dalam ingatan.






Kenangan manis ketika gondola ride ini ialah bila Dato Setia Salehuddin telah memainkan music dengan gesekan violin dari youtube yang menjadikan suasana sangat syahdu dan romantis.
Pemandu gondola kami ni tak berapa mesra sedikit, tak boleh diajak bergurau sangat dengan dia. Bila kita bergerak sikit, dia dah bising. Ya lah tugas dia untuk memastikan keselamatan kita semua kan.
Terusan ni bersambung dengan laut yang dalam dan pastinya merbahaya jika ada boat yang terbalik. Lagi lagi kami tiada memakai jaket keselamatan. Tapi akhirnya setelah diminta, dia membenarkan untuk kami berpindah tempat duduk di hadapan boat untuk bergambar.


Selepas gondola ride, kami semua berkumpul di St Marco Square, berhadapan dengan gereja Saint Mark's Basilica. Kami kemudian diberikan masa free and easy dan akan berkumpul semula di sini.


Kami diberi petunjuk yang mudah supaya tidak tersesat di mana Nik, tour leader membawa kami ke terusan berdekatan dengan The Rialto Bridge. Dari situ, kami hanya perlu berjalan menyusuri lorong lurus terus sehingga keluar ke St Marco Square. Memang boleh juga menggunakan waze tapi kadang kadang line di sini tidak berapa elok. Kalau sesat di sini, agak susah juga untuk mencari jalan keluar kerana lorong lorong yang banyak. 


Sebelum berjalan jalan di sini, kami singgah makan dahulu di restoran makanan Itali iaitu Restorante Rialto yang terletak berhadapan dengan The Rialto Bridge. Restoran ini ada menyediakan makanan halal. Malahan seorang waiter di situ faham berkenaan halal kerana menpunyai keluarga beragama Islam. Malahan dapur yang memasak masakan halal juga berasingan dengan dapur biasa. 

Kami memesan 2 set setiap satu pizza iaitu Pizza 4 formaggi yang merupakan pizza keju dan Pizza Rialto, pizza keju dan spinach. Juga 2 set Venetian Style Baked Fish yang berharga €10.00 untuk setiap timbangan berat 100 gram. 



Alhamdulillah gembira sangat kerana cita cita saya nak merasa masakan Itali di bumi Itali akhirnya tercapai. Ini semua gara gara teracun dengan cerita Nana sewaktu dia ke Itali dulu. Katanya Raviolli yang dimakan ketika itu sangat sedap. 
Saya pun apa lagi,  memesan Raviolli yang memang dah dalam wishlist. Racotta and Spinach Raviolli menggunakan cheese dan spinach berharga €22.00. Masya Allah rasanya sangat sedap. 

Selepas makan, baru tahu yang besan kami Dato Setia Salehuddin belanja kami semua. Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki. Bil untuk semua makanan dan minum yang kami makan lebih dari RM2,500.00. 
Alhamdulillah memang kekenyangan walaupun nampak portion macam kecil sahaja. Terima kasih buat besan kami semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 



Selepas itu, barulah kami mula berjalan jalan. Untuk bergambar di spot dengan latarbelakang The Rialto Bridge, kami kena beratur yang agak panjang. Bila dapat peluang, kami bergilir mengambar gambar sesama pasangan.




Ada juga mall di kawasan sini yang menjual barangan berjenama selain kedai biasa yang menjual pelbagai barangan cenderahati dan barangan kulit asli buatan Itali. Saya sebenarnya menyesal tak beli sling bag ala Long Champ yang dibuat dari kulit asli yang berharga RM150.00 sahaja. 
Bila melihat Datin Setia Nursinah memakainya, baru terasa menyesal tak beli. Sebenarnya saya keletihan ketika itu, betis dah terlalu penat kerana berjalan jauh. Mata dah melilau mencari kot ada tempat untuk saya duduk seketika. Itu yang tak ada mood untuk beli bag kulit dalam kedai tersebut. 




Kami kemudian berjalan jalan melalui jambatan yang merintangi terusan untuk bergambar. Memang cantik bila dilihat dari atas jambatan. Air laut yang menghijau dengan gondola yang berhias cantik. 




Selesai bergambar dan membeli souvineer, kami mula berjalan untuk berkumpul di St Marco Square. Untuk mengelak sesat jalan, kami berpatah semula ke tempat yang ditunjuk oleh Nik untuk keluar ke St Marco Square. 
Setelah semua ada, baru kami berjalan balik ke tempat terminal boat dan boat kali ini hanya setingkat bahagian bawah sahaja. 




Sebelum naik bas, masih lagi ada masa untuk shopping barang cenderahati di kedai Bangla yang memang fasih berbahasa Melayu. Saya membeli sehelai mafla setelah berjaya mendapat harga €6.00 dari harga asal €10.00. 
Kami menaiki bas untuk mengerjakan solat sebelum dibawa untuk makan malam di Restoran Halal Grill & Pizzeria. Hahaha tu dia setengah ekor ayam untuk satu hidangan. Memang semua tak habis lah sebab dah malam kan. Badan pun dah penat selepas seharian berjalan di Pulau Venice. Jadi makan pun dah kurang berselera.


Sehingga di sini dahulu, semoga berjumpa di entri seterusnya. Salam sayang buat semua….


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/10/kenangan-manis-di-venice-island-day-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Itali Dan Switzerland 11 Oktober 2025 Day 1

Percutian Itali Dan Switzerland 11 Oktober 2025 Day 1

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 207 hits
Alhamdulillah diberikan rezeki dan kesihatan yang baik untuk membolehkan kami menyertai percutian JJCM luar negeri bersama BFF dari alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya Kiranya ia adalah destinasi 2 negara kedua selepas percutian Morocco d...
7 Day Remand Extension For Bandar Utama School Stabbing Suspect

7 Day Remand Extension For Bandar Utama School Stabbing Suspect

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 233 hits
Petaling Jaya police chief Shamsudin Mamat says the teenager will be remanded until next Tuesday A 16 year old female student was stabbed to death by a 14 year old male student at a secondary school in Bandar Utama Petaling Jaya last week P...
Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 418 hits
More than 100 000 visitors flooded Dataran Putrajaya to celebrate the 2025 National Day celebration which took place in a lively and smooth manner on August 31 File picture by Miera ZulyanaPUTRAJAYA Oct 23 The sponsorship contribution of mo...
Jalan Jalan Di Treviso Day 1 1

Jalan Jalan Di Treviso Day 1 1

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 160 hits
Alhamdulillah kita bertemu lagi Kali ini saya akan menyambung catatan percutian Itali dan Switzerland masih pada hari pertama Boleh klik entri sebelum ini di Kami menginap di Hotel UNA Le Terrazze Treviso untuk selama 2 malam Di hotel ini t...
Menaiki Boat Di Lake Como Day 3

Menaiki Boat Di Lake Como Day 3

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 196 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Destinasi kami hari ini ialah ke Tasik Como dan bandar Milan di Itali Boleh klik entri sebelum ini di Saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke Tasik Como Bila dengar Tasik Como pasti yqng terlintas di fikira...
Indonesia 5h 4m Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre

Indonesia 5h 4m Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 250 hits
5H 4M Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre Hallu aku ke Bandung lagi yah Ya Allah rindu menggebu gebu mau ke sini lagi Kali terakhir ke Bandung tahun 2019 sebelum covid 19 yang aku jumpa Bapak Bambang Hidayat tu Siapa yang baca ...
Universiti Malaysia Sabah S Convocation Postponed By A Day To Nov 30

Universiti Malaysia Sabah S Convocation Postponed By A Day To Nov 30

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 225 hits
UMS s board of directors chairman Abdul Rahman Dahlan says this change is necessary to not clash with polling day for the Sabah state election Abdul Rahman Dahlan said the postponement would allow relatives of graduates to cast their vote f...
Yet Another Hit Magnitude 5 8 Quake Hits Davao Oriental In The Philippines A Day After The Country Was Jolted Twice

Yet Another Hit Magnitude 5 8 Quake Hits Davao Oriental In The Philippines A Day After The Country Was Jolted Twice

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 218 hits
People sleep outdoors in Mati City in the province of Davao Oriental on Saturday October 11 2025 after two powerful quakes struck off the southern Philippines on October 10 killing at least eight people and triggering tsunami warnings Photo...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Ageing With Dignity The Future Of Elderly Care In Malaysia

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mencuba Menu Vietnam Di Super Saigon Pho Cafe

Jbl Grip Just Landed Designed To Move Built To Blast

Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food