Tarikh Puasa Rejab 2024 Niat Doa Amalan Sunat


Tarikh 1 Rejab 2024, Niat Puasa, Doa & Amalan Sunat Bulan
Tanpa disedari, kita bakal memasuki bulan Rejab tak lama lagi. Tergolong sebagai salah satu bulan haram, adalah kelaziman buat kita umat Islam untuk perbanyakkan ibadah.
Kemuliaan bulan Rejab juga terletak pada peristiwa Israk Mikraj, satu mukjizat Nabi Muhammad SAW yang perlu kita hayati dan ambil iktibar daripadanya.
Ini juga sebagai persiapan buat kita untuk menyambut bulan Ramadan.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui amalan sunat bulan Rejab yang anda boleh praktikkan.
Baca Juga : Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)
Kelebihan Bulan Rejab REJAB BULAN HARAM
إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…”
[Surah at-Taubah 36]
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Daripada Sayidina Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda:
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (ZulKaedah, ZulHijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.”
(HR al-Bukhari)
Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان).
(Lihat: Mukhtar as-Shihah)
Rejab merupakan bulan ketujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.
Sultan Ulamak, Syeikh Izzuddin Ibni Abdissalam dan al-Hafiz Ibnu Solah sepakat berfatwa bahawa berpuasa pada bulan Rejab adalah ibadah yang digalakkan. Melarang puasa Rejab adalah tindakan yang tidak tepat.
Al-Hafiz Ibnu Solah dalam Fatawa berkata: “Memang tiada hadis khas yang menetapkan kelebihan puasa Rejab. Akan tetapi, perkara ini tidak boleh menjadi alasan untuk meninggalkan puasa tersebut kerana masih banyak hadis yang menggalakkan puasa secara mutlak. Hadis Abu Dawud dan lain-lain yang menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram cukup untuk menggalakkan perkara ini.”
Sultan Ulamak, Syeikh Izzuddin Ibni Abdissalam juga berkata: “Kalangan ahli hadis yang menghalang berpuasa pada bulan Rejab adalah jahil. Tidak halal mentaqlid (mengikut) pandangannya.”
Berkata Abu Bakar al-Warraq rahimahullah: “Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.”
(Lihat: Lathaif al-Ma’arif)
Bersempena memasuki bulan Rejab yang mulia ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita terutamanya menjaga solat lima waktu dan solat-solat sunat.
Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim
Tarikh 1 Rejab 1445H / 2024 Tarikh 1 Rejab bagi tahun 1445H atau 2024 adalah pada 13 Januari 2024 (Sabtu) *bermula waktu Maghrib, 12 Januari (Jumaat).
Sila rujuk Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM di bawah:
Kalendar Islam yang telah dikemaskini oleh JAKIM (Sumber: https://www.e-solat.gov.my/) Kita boleh cuba mempertingkatkan puasa sunat kita dengan berpuasa Isnin dan Khamis pada setiap minggu, bersama tiga hari putih iaitu Puasa Ayyamul Bidh (25,26,27 Januari) di bulan Rejab ini.
*Nota: Puasa Hari Putih atau Puasa Ayyamul Bidh bermaksud berpuasa pada hari bulan mengambang iaitu pada setiap hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan bulan Islam.
JADUAL TARIKH PENTING PUASA SUNAT REJAB 2024 : 13 Januari 2024 (Sabtu) – 1 Rejab 15 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab) 18 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab) 22 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab) 25 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Khamis, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh) 26 Januari 2024 (Jumaat) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh 27 Januari 2024 (Sabtu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh Sumber: Masjid Al-Muttaqin SG Berikut pula dikongsikan tarikh-tarikh penting dalam Islam oleh Panel Pakar Falak JAKIM :
Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.
Doa Masuk Bulan Rejab Doa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahuma baariklana fi rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

[HR Baihaqi]
Niat Puasa Sunat Bulan Rejab Anda boleh bacakan niat puasa Rejab ini untuk puasa pada mana-mana hari dalam bulan Rejab :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”
Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari Putih) LAFAZ NIAT PUASA HARI PUTIH
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah taala
*Nota: Bagi puasa sunat, anda masih boleh berpuasa sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh. Anda masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat anda tidak makan dan minum juga tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa antara waktu masuknya waktu Subuh hingga tergelincirnya matahari,
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha’ Puasa Ganti) Lafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :
 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”
Waktu Untuk Niat Ganti Puasa Menerusi perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :
مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya.
Riwayat al-Nasaie (2334)
Hukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.
Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Kesimpulan Walaupun tiada hadis sahih yang menyatakan bulan tersebut mempunyai keistimewaan seperti amal ibadat tertentu, ini tidak menghalang seseorang untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah, berzikir serta ibadah lain dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.
Salah satu hadis yang menjelaskan mengenai bulan Rejab adalah seperti berikut :
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
Sempena ketibaan bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama memantapkan lagi amal ibadah kita dalam mempersiapkan diri untuk bulan Ramadan.
Semoga Allah menerima segala ibadah kita serta memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal ‘ Alamin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/puasa-sunat-rejab/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=puasa-sunat-rejab

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Sunat Bulan Rejab Sebelum Memasuki Gerbang Ramadan 2024

Amalan Sunat Bulan Rejab Sebelum Memasuki Gerbang Ramadan 2024

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 194 hits
Amalan Sunat Bulan Rejab Sebelum Memasuki Gerbang Ramadan 2024 22 Umat Islam digalakkan untuk memperbanyak amalan sunat bulan rejab Ianya bertujuan sebagai satu latihan kepada individu tersebut sebelum menempuhi bulan Ramadan yang akan mend...
Jadual Puasa Sunat Rejab Dan Hari Putih Tahun 2024

Jadual Puasa Sunat Rejab Dan Hari Putih Tahun 2024

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 424 hits
Kemuliaan Bulan RejabPada hari ini tarikh 13 Januari 2024 adalah bersamaan dengan 1 Rejab 1445HApabila masuk sahaja ke bulan Rejab Rasulullah SAW akan berdoa dengan doa dibawah Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta pe...
Tarikh Rasmi Ketibaan Bulan Puasa 2024 Di Malaysia

Tarikh Rasmi Ketibaan Bulan Puasa 2024 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 254 hits
Tarikh Rasmi Ketibaan Bulan Puasa 2024 di Malaysia 8 Setiap tahun akan menjelangnya bulan yang paling istimewa dan ditunggu tungu oleh umat islam iaitu bulan ramadhan Setiap kali datangnya bulan puasa sudah pasti ramai yang akan membeli bel...
Tarikh Hari Puasa 2024 Dan Cuti Bulan Ramadhan 1445 Hijrah

Tarikh Hari Puasa 2024 Dan Cuti Bulan Ramadhan 1445 Hijrah

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 271 hits
Umat Islam di seluruh dunia amat menantikan tarikh hari puasa beserta cuti bulan ramadhan yang mulia Bulan ramadan ialah merupakan bulan kesembilan di dalam kalendar Islam dan ianya dianggap sebagai bulan yang paling suci Di dalam bulan ini...
Doa Memasuki Bulan Rejab 1445h 2024 M

Doa Memasuki Bulan Rejab 1445h 2024 M

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 245 hits
Kita akan memasuki 1 Rejab 1445H mulai masuk waktu Maghrib pada hari Jumaat 12 Januari 2024 sehingga waktu nak masuk subuh pagi 13 Januari 2024 hari Sabtu Jadi ambillah peluang ini untuk membaca doa memasuki bulan Rejab Bulan RejabBulan Rej...
9 Amalan Bulan Rejab Perkongsian Dari Ustaz Don Daniyal

9 Amalan Bulan Rejab Perkongsian Dari Ustaz Don Daniyal

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 246 hits
Selamat menyambut bulan Rejab 1445H Sempena memasuki bulan Rejab iaitu malam mustajab doa ini umat Islam digalakkan melakukan amalan amalan seperti yang dicadangkan hasil perkongsian di laman sosial instagram beliau baca juga 9 cadangan akt...
Cuti Sekolah 2024 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun

Cuti Sekolah 2024 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 307 hits
Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh cuti sekolah akhir tahun iaitu cuti Penggal dan Cuti Sekolah Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan cuti penggal cuti akhir tahun serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi 2024...
Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya

Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 230 hits
Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya Saat kita bersiap menyambut tahun 2024 jangan lupa memanjatkan doa untuk bersyukur di samping merangkai doa dan impian menaburkan azam untuk menjalani hari hari yang akan datang dengan lebi...
Lafaz Niat Puasa Ramadan Serta Hukum Menggantikan Puasa Di Bulan Ramadan

Lafaz Niat Puasa Ramadan Serta Hukum Menggantikan Puasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 147 hits
Lafaz Niat Puasa Ramadan Lafaz Niat Puasa Ramadan adalah perkara yang asas sebelum melakukan ibadah puasa Sebagai seorang Muslim yang sejati yang berpegang teguh dengan rukun Islam dan Iman wajiblah mematuhi peraturan yang ditetapkan syarak...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini