Lafaz Niat Puasa Ramadan Serta Hukum Menggantikan Puasa Di Bulan Ramadan
Lafaz Niat Puasa Ramadan
Lafaz Niat Puasa Ramadan adalah perkara yang asas sebelum melakukan ibadah puasa. Sebagai seorang Muslim yang sejati yang berpegang teguh dengan rukun Islam dan Iman wajiblah mematuhi peraturan yang ditetapkan syarak termasuklah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan jika cukup syarat-syaratnya.
Oisini ingin mengajak semua pembaca untuk mengulangkaji semula lafaz niat puasa dan hukum yang berkaitan dengannya.
Penjelasan Tentang Lafaz Niat Puasa Ramadan
Ibadah puasa di bulan Ramadan haruslah diawali dengan niat walaupun sering seseorang itu terlupa kerana kesibukan sehinggakan dia terlupa membaca niat.
Hal ini kerana, niat adalah perkara paling asas dalam setiap ibadah. Niat puasa di bulan ramadan haruslah dilakukan pada setiap malam mengikut Mazhab Syafi’ie. Namun, ada solusinya jika seseorang itu kesibukan ataupun ada aktiviti tertentu sehingga terlupa untuk berniat. Oleh itu, mari kita semak lafaz niat di bawah agar puasa tetap sah.
Lafaz Niat Berpuasa Sehari/Sebulan Daripada JAKIM
Berikut Niat Jika Sehari :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa ruminya iaitu : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala .
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa pada esok hari di bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Berikut Niat Jika Untuk Sebulan :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa ruminya iaitu : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa secara keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Apakah Solusinya Jika Terlupa Niat Puasa ?
Para Ulama menganjurkan kita untuk berniat puasa satu bulan penuh pada malam pertama Bulan Ramadan. Hal ini kerana, jika seseorang itu terlupa untuk berniat, maka puasanya tetap sah sebab cukup dengan niat satu bulan penuh pada malam pertama ramadan dengan mengikuti taqlid pada Mazhab Maliki.
Imam al-Qulyubi pernah menjelaskan berkaitan ini :
وَيُنْدَبُ أَنْ يَنْوِيَ أَوَّلَ لَيْلَةٍ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ أَوْ صَوْمَ رَمَضَانَ كُلَّهُ لِيَنْفَعَهُ تَقْلِيدُ الْإِمَامِ مَالِكٍ فِي يَوْمٍ نَسِيَ النِّيَّةَ فِيهِ مَثَلًا لِأَنَّهَا عِنْدَهُ تَكْفِي لِجَمِيعِ الشَّهْرِ
“Disunahkan pada malam pertama bulan Ramadhan untuk niat berpuasa sebulan penuh untuk mengambil manfaat pendapat Imam Malik pada satu hari yang lupa untuk berniat di dalamnya. Karena beliau menganggap niat tersebut mencukupi bila lupa niat pada malam-malam berikutnya di semua malam Ramadhan” (Hasyiyah Al-Qulyubi, II/66)
Yang perlu diperhatikan di sini ialah niat satu bulan penuh tersebut hanya sebatas perkiraan apabila terlupa berniat puasa sehingga untuk setiap malamnya tetap diwajibkan niat seperti biasa, sepertimana pendapat Madzhab Imam Syafi’i. (Hasyiyah Al-Jamal, II/31)
Apa itu Puasa Ganti Sebelum Ramadan?
Puasa Ganti ataupun lebih dikenali dengan Qada puasa adalah menggantikan puasa-puasa yang ditinggalkan semasa bulan Ramadan.
Wajib bagi lelaki ataupun perempuan yang mukallaf untuk menggantikan puasa samada dengan keuzuran ataupun tanpa keuzuran.
Bagi sesiapa yang telah meninggalkan puasa pula akan tetapi terlalu tidak berdaya untuk mengantikannya semula, maka mereka wajib untuk membayar fidyah.
Siapakah Yang Wajib Mengganti Puasa ?
Berikut merupakan golongan yang wajib mengganti puasa Ramadan :
Lelaki atau Perempuan mukallaf yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebab.
Lelaki atau Perempuan mukallaf yang ada harapan untuk sembuh.
Lelaki atau Perempuan mukallaf yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
Lelaki atau Perempuan mukallaf yang kedatangan haid dan nifas.
Perempuan mukallaf yang menyusukan anak dan risau akan keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan.
Lelaki atau Perempuan mukallaf yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Lelaki atau Perempuan mukallaf yang pitam ataupun mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
Lelaki atau Perempuan mukallaf yang sangat lapar dan dahaga sehingga tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadan.
Lafaz Niat Puasa Ganti Ramadan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى
Ruminya : Nawaitu Sawma Ghadin An Qadha’i Fardhi Ramadhana Lillah Ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari untuk qada (menggantikan) fardhu puasa pada bulan Ramadan kerana Allah SWT.
Doa-Doa Semasa Berpuasa
Berikut doa berbuka puasa ketika sendirian :
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Bermaksud :
Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih.
Doa berbuka ketika ramai :
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Bermaksud :
Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/01/niat-puasa.html