Amalan Sunat Bulan Rejab Sebelum Memasuki Gerbang Ramadan 2024
Amalan Sunat Bulan Rejab Sebelum Memasuki Gerbang Ramadan 2024 22
Umat Islam digalakkan untuk memperbanyak amalan sunat bulan rejab. Ianya bertujuan sebagai satu latihan kepada individu tersebut sebelum menempuhi bulan Ramadan yang akan mendatang kerana di dalam bulan itu terdapat banyak kelebihan beserta rahmat daripada Allah SWT.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Sebelum memasuki gerbang Ramadan 2024 , ianya adalah satu permulaan agar kita mempertingkat lagi ibadah dan ketaqwaan ketaqwaan serta memperbanyak amal-amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.
Rasulullah SAW pernah besabda :
“Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Berkenaan Amalan Sunat Bulan Rejab Sebelum Memasuki Gerbang Ramadan 2024
Rejab membawa maksud membesarkan atau mengagungkan. Oleh kerana itu, bulan Rejab dinamakan atas sebab bulan ini diagungkan ketika zaman Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.
Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang ada pada bulan Rejab. Ini kerana, ianya gerbang sebelum memasuki bulan yang lebih mulia dari seribu bulan iaitu Ramadan. Oleh itu, mari kita perhalusi amalan sunat bulan rejab yang boleh dilakukan serta ganjaran yang terdapat padanya.
Kelebihan Di Bulan Rejab Yang Sahih
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam. Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda:
Terdapat keistimewaan pada bulan Rejab bagi umat Islam iaitu antaranya bulan tersebut termasuk di dalam bulan-bulan Haram sepertimana dinyatakan dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda :
Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda :
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Bermaksud : “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [al-Bukhari (4054)]
Abu Bakar al-Warraq pula pernah berkata :
“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.”
Lathaif al-Ma’arif, 121/1
Doa Ketika Memasuki Bulan Rejab
Bagi menyambut kedatangan bulan Rejab yang akan tiba, marilah sama-sama kita melafazkan doa masuk bulan Rejab dan melakukan amalan sunat bulan rejab seperti apa yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Moga-moga ianya sebagai titik permulaan bagi mempertingkatkan lagi amal ibadah kita.
Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Peristiwa Penting Ketika Bulan Rejab
Apabila masuk sahaja bulan Rejab, mesti terlintas di fikiran adalah bulan Isra Mikraj. Sedangkan terdapat peristiwa yang lain juga selain peristiwa bersejarah tersebut yang memberikan kita perubahan dalam hidup. In Shaa Allah.
Antara peristiwa-peristiwa tersebut ialah :
Kredit Gambar : FB Media Perubatan
Amalan Zikir Pada Bulan Rejab
Terdapat amalan zikir yang boleh diamalkan pada bulan Rejab antaranya :
Senarai Amalan Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Rejab
Admin disini ingin berkongsi beberapa senarai yang boleh dijadikan amalan sepanjang bulan Rejab bagi mempersiapkan diri untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang mulia.
Antaranya adalah :
Melakukan solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
Melakukan solat sunat tasbih serta taubat dan witir.
Memperbanyak istighfar memohon keampunan dari Allah SWT
Memperbanyak Berdoa
Memohon keampunan diri dan keluarga daripada Allah SWT
Memperbanyak selawat, zikir, dan tasbih
Akhir kalam, semoga dengan perkongsian kali ini menjadi asbab agar dapat mempersiapkan diri kita dari segi fizikal dan mental sebelum menghadapi bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan.
Soalan FAQs Berkenaan Bulan Rejab 2024
Apakah Maksud Rejab ?
Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan.
Bilakah Tarikh Bulan Rejab 2024 Dalam Masihi ?
13 January 2024 / 1 Rajab 1445H
Doa Bulan Rejab
Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan Kau berkatilah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan.
Apakah peristiwa terbesar bulan Rejab
Isra’ Mikraj
Keistimewaan yang ada pada bulan Rejab
termasuk di dalam bulan-bulan Haram.
Senarai amalan bulan Rejab
berzikir , selawat , berpuasa sunat Isnin Khamis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/01/amalan-sunat-bulan-rejab.html