Tarikh Pilihan Raya Dap Tak Hormat Yang Di Pertuan Agong



Kamarul Yusoff
Dalam kenyataan media yang beliau buat pada 2 Jun lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, menyelar Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, kerana kononnya bersikap “flip-flop” dalam soal bila beliau akan memanggil pilihan raya.
Anthony Loke cuba “mengajar” Perdana Menteri supaya konsisten dan tegas dalam pendiriannya kerana sikap “flip-flop” dikatakan akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang berkelanjutan dan akan memudaratkan lagi keadaan ekonomi negara.
Hari ini, bila ditanya oleh wartawan mengenai kenyataan media Anthony Loke, Perdana Menteri tegas membidas Anthony Loke dengan menyebut tiga perkara:
(1) Dari sudut strategi, adalah lumrah untuk mana-mana Perdana Menteri membiarkan semua pihak berteka-teki mengenai bila mereka akan memanggil pilihan raya.
(2) Dari sudut organisasi, Perdana Menteri tidak akan membuat keputusan secara bersendirian tetapi akan berbincang mengenainya di dalam Parti dan Kabinet.
(3) Dari sudut perlembagaan, Perdana Menteri akan akur kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mendahului Baginda dalam soal pembubaran Parlimen.
Bidasan ini adalah bukti jelas betapa walaupun Kerajaan menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dengan DAP tetapi Perdana Menteri adalah pemimpin yang mempunyai jati diri, tegas dan tidak lembik bila berhadapan dengan pemimpin DAP.
Berikut disertakan jawapan penuh Perdana Menteri kepada wartawan dalam isu ini:
“Eloklah kalau ‘flip-flop’ supaya dia orang tak tahu bila saya nak adakan pilihan raya. Cuba you check daripada kenyataan Perdana Menteri dulu-dulu, ada dak Perdana Menteri dulu-dulu menetapkan tarikh pilihan raya, tak ada. Kalau tanya Dr Mahathir waktu itu, dia kata ‘saya belum dapat ilham’, ok lah. Kalau saya beritahu lebih awal, seronoklah DAP, dia boleh prepare awal-awal lah kan. Jadi kita tak tahu bila. Seperti saya kata, apa pun pilihan raya, akan dibincangkan. Yang pertama dibincangkan oleh sama-sama UMNO, ada ‘top five’, bincang di Biro Politik UMNO, bincang di Majlis Tertinggi UMNO, bincang di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional. Kemudian saya juga akan bincang di dalam Kabinet, saya dah sebut, sebab Kabinet akan memberikan mandat kepada saya untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan kuasa terakhir dari segi penentuannya adalah Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong yang boleh menentukan kerana di dalam perlembagaan Yang di-Pertuan Agong boleh menolak ataupun bersetuju. Dan Yang di-Pertuan Agong boleh menolak kalau tidak bersetuju. Jadi saya tak boleh katakan ‘exact date’ sebab itu saya telah pun mengambil-alih kuasa Yang di-Pertuan Agong. Itu salah, salah di segi perlembagaan kalau kita tetapkan tarikh dia, sebab kuasa penentu adalah Yang di-Pertuan Agong. Memanggil dan membubarkan Parlimen itu kuasa Yang di-Pertuan Agong. Jadi kalau saya sebut ‘date’ saya dah mendahului Yang di-Pertuan Agong, tak boleh. DAP punya perangai mungkin dia tak hormat Yang di-Pertuan Agong, tapi saya, saya hormat Yang di-Pertuan Agong dan saya patuh kepada perlembagaan.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/06/05/tarikh-pilihan-raya-dap-tak-hormat-yang-di-pertuan-agong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imran Beri Tempoh 6 Hari Untuk Pakistan Umum Tarikh Pilihan Raya

Imran Beri Tempoh 6 Hari Untuk Pakistan Umum Tarikh Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 229 hits
Imran beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya nbsp Dikemas kini 21 saat yang lalu Diterbitkan pada 26 May
Umno Pun Berbelah Bahagi Untuk Adakan Pilihan Raya Awal Ph Beritahu Zahid

Umno Pun Berbelah Bahagi Untuk Adakan Pilihan Raya Awal Ph Beritahu Zahid

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 190 hits
freemalaysiatoday com June 10 2022 10 57 AMPresiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi telah menuduh pembangkang membeli masa dengan menolak pilihan raya awal diadakan GEORGE TOWN Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikriti...
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong Xvi 2022

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong Xvi 2022

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 417 hits
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong XVI 2022 Merafak sembah setinggi tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almar...
Kita Perlu Ruu Umur Bertanding Pilihan Raya

Kita Perlu Ruu Umur Bertanding Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 193 hits
Malaysia tidak memerlukan RUU Anti Lompat Parti Apa yang Malaysia perlu adalah RUU Umur Untuk Bertanding PRU PRN iaitu di antara umur 30 tahun hingga 65 tahun sahaja
Umno Not Dap Direspects Agong Says Anthony Loke

Umno Not Dap Direspects Agong Says Anthony Loke

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 251 hits
DAP secretary general Anthony Loke has denied Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob s claim that he had disrespected the King in pushing for the dissolution of Parliament to pave way for national polls The federal Opposition lawmake...
Pm Saya Tak Boleh Umum Tarikh Pru Kerana Itu Kuasa Agong

Pm Saya Tak Boleh Umum Tarikh Pru Kerana Itu Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 214 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 5 2022 6 36 PMKuasa untuk membubarkan Parlimen dan mengumumkan tarikh baru bagi pilihan raya umum akan datang terletak pada Yang di Pertuan Agong bukan perdana menteri kata Ismail Sabri Yaakob Katanya walaupu...
Ahli Parlimen Yang Lompat Parti Boleh Hilang Kerusi Pilihan Raya Kecil Akan Di Jalankan

Ahli Parlimen Yang Lompat Parti Boleh Hilang Kerusi Pilihan Raya Kecil Akan Di Jalankan

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 193 hits
PUTRAJAYA Ahli Parlimen yang dipecat daripada parti politik yang disertai tidak terjejas dengan undang undang anti lompat parti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu adalah antara kan...
Dap Man Files Report Over Alleged Asset Fraud By Perak Corp

Dap Man Files Report Over Alleged Asset Fraud By Perak Corp

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 323 hits
Chong Zhemin outside Bukit Aman after lodging the police report against Perak Corp KUALA LUMPUR Keranji assemblyman Chong Zhemin has filed a police report against state owned subsidiary Perak Corp Bhd following allegations of fraud involvin...
Bukan Semua Orang Umno Nak Pru15 Tergempar Kata Dap

Bukan Semua Orang Umno Nak Pru15 Tergempar Kata Dap

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 219 hits
Dalam hantaran Facebook semalam Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang nampaknya mahu membeli masa dengan menolak pilihan raya awal diadakan dan cuba menipu pengundi Catatan Zahid mengundang maklumbalas DAP dan A...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Bersihkan Kerang Macam Pro 7 Bahan Dapur Ni Jadi Penyelamat

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan

Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan Dapatkan Imuniti Pemuda Pas Pahang Gesa Pmx Cuti Sementara