Tarikan Terbaharu Taman Buaya Rekreasi Melaka


Melaka memang terkenal sebagai destinasi percutian pilihan ramai kerana banyak aktiviti dan tempat menarik untuk dikunjungi.


Selain banyak tempat menarik dan menjadi tumpuan pelancong sebagai Kota Bersejarah, Melaka juga turut dikenali dengan makanan seperti asam pedas dan dodol cair. 
Rugi kalau tak cuba. Dua kedai yang selalu Diah singgah kalau nak makan Asam Pedas Melaka. 
Rumah Asam Pedas Melaka  |    Restoran Berkat Salam
Taman Buaya & Rekreasi Melaka adalah antara tempat menarik di Melaka perlu korang lawati jika bercuti di Melaka.

Ditambah pula dengan tarikan terbaharu, memang teruja bawa anak-anak bercuti ke sini. Dah ada mini waterpark ya.




Tarikan Terbaharu Taman Buaya & Rekreasi Melaka 

Kali terakhir kami datang sini adalah lebih kurang Sembilan tahun yang lepas. Waktu Ikhwan masih kecil baru nak kenal haiwan.

Kalau sebelum ni hanya ada sangkar buaya, sekarang dah ada tarikan baru dan penambahbaikan fasiliti untuk menarik pelancong datang ke sini.

Tarikan baru seperti Lovebird Paradise, Burung Emu, sangkar Aviary, Kura-Kura, Rumah Reptilia, Kandang Arnab, Miniatur Malaysia dan Taman Mini Rekreasi Air. 

Nak pusing-pusing naik kuda pon ada tau. Ada ponny Ride sesuai untuk anak-anak. 



100 jenis buaya

Bukan satu atau dua tapi 100 jenis buaya yang boleh korang jumpa ada di Taman Buaya & Rekreasi Melaka.

Terdiri daripada buaya tembaga, jejulung, siam dan caiman menjadi antara tarikan sempena musim cuti persekolahan ini.



Lovebird Paradise

Dalam sangkar Lovebird Paradise menempatkan lebih 70 ekor burung spesis nuri atau kakak tua yang berasal dari Afrika.

Burung Nuri ni memang cantik, ada pelbagai warna. Setiap satu ada pasangan masing-masing. Romantik dan manja je bermain dalam sangkar.

Saiz dia kecil je tapi sangatlah aktif. Tak berhenti dia berbunyi. Dia menyanyi gembira agaknya. Terhibur tengok keletah burung Nuri.


Sangkar Aviary

Dalam sangkar Aviary pula ada pelbagai spesis unggas dan sangkar lebih besar. Pengunjung boleh masuk dan lihat dengan jarak lebih dekat.

Antara haiwan yang ada seperti ayam hutan, itik belibis, ayam api-api, ayam belanda dan angsa. Haiwan dalam sangkar tu jinak mungkin dah terbiasa dengan kehadiran pengunjung datang setiap hari.




Kolam Mandi

Tak sangka dah boleh mandi manda dalam Taman Buaya. Saiz kolam tidak terlalu besar cukup untuk anak-anak bergembira.
Disediakan meja dan kerusi, tempat berehat untuk ibu bapa yang menunggu anak-anak dan juga bilik persalinan.




Taman Mini Miniatur Malaysia

Di depan pintu masuk, pengunjung akan melalui Taman mini Miniatur Malaysia terlebih dahulu sebelum ke kandang buaya.

Terdapat 14 monumen bersejarah kebanggaan Malaysia dibina sebagai tarikan pelancong. Pentingnya monument-monumen ini sebagai mengenang jasa tokoh terdahulu serta memupuk semangat cintakan negara terutama kepada generasi muda.



Contoh monumen yang dibina seperti KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Bangunan Merah Melaka, Tugu Negara dan banyak lagi.

Kandang Arnab

Kami singgah di kandang Arnab waktu akhir sekali sebelum balik. Kiranya dah agak lewat petang. Arnab ada tapi semua macam takut-takut nak keluar dari kandang.

Ikutkan pengunjung boleh bermain dan beri makanan kepada Arnab. Anak-anak pasti gembira. Tapi waktu tu Arnab dah kenyang jadi dia kurang aktif bergerak.

Ada beberapa tarikan dekat atas ni ada yang dah wujud lama dah dan dinaik taraf menjadi lebih baik. Jadi tidak la bosan kalau datang sini. Tandas dekat sini terjaga dan bersih. 

Tiket Masuk ke Taman Buaya Melaka Masuk percuma untuk kanak-kanak berumur kurang daripada lima (5) tahun.

Waktu Operasi: 9:00 pagi - 6:00 petang | 7 hari seminggu, termasuk cuti sekolah & cuti umum. 

 Dah masuk dalam boleh beli makanan untuk haiwan. 




Jadi Taman Buaya Melaka adalah destinasi korang patut singgah kalau nak habiskan masa yang singkat tapi berkualiti dengan anak-anak. 
Betul lah pengalaman itu mendewasakan. Dah ada anak tiga ni, bukan tempat mahal dan besar jadi ukuran tapi asalkan dapat tarik minat anak-anak tempat besar dia sekangkang kera pun anak-anak akan gembira. 

Singgah Mango Float Sungai PutatSelepas selesai tengok haiwan di Taman Buaya & Rekreasi Melaka, cuaca boleh tahan mencabar panas dia. Tekak semestinya teringin nak minum benda sejuk-sejuk. 
Jadi kami ke Mango Float Sungai Putat. Sebelum ni pernah lalu nampak meriah sangat jadi decide nak cuba. 

Pendapat peribadi, Diah lebih suka rasa Mango Float Royale Melaka dekat Simpang Ampat. Rasa mango Float dekat sini biasa je. 
Mungkin sedikit berbeza dia letak topping mango pearl, tapi tiada rezeki kami hari tu mango pearl tu habis. 

Orang beratur memang ramai. Jadi beli jelah secawan dua buat rasa-rasa. Ubat rasa kecewa beratur beli cendawan dan keropok lekor cheese. 
Tak duduk makan dekat situ sebab penuh dengan manusia. Kami tapau dan makan di tempat lain. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/03/tarikan-terbaharu-taman-buaya-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Wetland Putrajaya Taman Rekreasi Sekeluarga Untuk Berhujung Minggu

Taman Wetland Putrajaya Taman Rekreasi Sekeluarga Untuk Berhujung Minggu

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 320 hits
Bagi memastikan warga kota kita sentiasa menjaga kesihatan dan mengekalkan gaya hidup yang aktif banyak taman taman rekreasi disediakan di sekitar Lembah Klang Namun jarang yang sama dengan Ia merupakan sebuah taman rekreasi sekeluarga untu...
Kawasan Rekreasi Alur Lempah

Kawasan Rekreasi Alur Lempah

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 131 hits
Lokasi Kawasan Rekreasi Alur Lempah Alamat 24 Taman Ampang Pecah Taman Tanjak 44000 Kuala Kubu Baru Selangor Waktu Operasi Tiada had masa yang ditetapkan Tarikh Lawatan 15 Mac 2022 Kawasan Rekreasi Alur Lempah menjadi lokasi persinggahan pe...
Menu Berbuka Khairulaming Coconut Shake Gula Melaka

Menu Berbuka Khairulaming Coconut Shake Gula Melaka

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bahan bahan Coconut Shake Gula Melaka Air kelapa beserta isi kelapa Ais kiub Ais Vanila 3 sudu besar Susu pekat 3 sudu besar Gula Melaka Cara penyediaan Coconut Shake Gula Melaka Blendkan kesemua bahan se...
Hukum Makan Daging Buaya

Hukum Makan Daging Buaya

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 583 hits
Pertanyaan Apa hukum memakan daging buaya Jawaban Alhamdulillahi rabbil alamin ash shalatu wassalamu ala Nabiyyina Muhammadin wa ala alihi wa sahbihi ajma in amma ba du Buaya adalah hewan yang hidup di dua alam Terkadang ia hidup di air nam...
Seorang Santri Yang Hilang Di Pantai Taman Manalusu Garut Belum Ditemukan

Seorang Santri Yang Hilang Di Pantai Taman Manalusu Garut Belum Ditemukan

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 226 hits
Tim SAR gabungan masih melakukan pencarian seorang santri yang hilang saat berenang di sekitar Pantai Taman Manalusu Kecamatan Cikelet Kabupaten Garut Jawa Barat Proses pencarian dilakukan di daratan dan lautan
Penduduk Gempar Gajah Sesat Muncul Di Kawasan Taman Perumahan Mereka

Penduduk Gempar Gajah Sesat Muncul Di Kawasan Taman Perumahan Mereka

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 136 hits
KUANTAN Kelibat gajah dipercayai sesat yang muncul berhampiran Taman Pandan Damai dekat Jalan Pintasan Kuantan Pelabuhan dekat sini petang tadi mengejutkan hampir 500 penghuni taman perumahan itu Kehadiran gajah itu disedari penduduk taman ...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2023m 1444h

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2023m 1444h

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 215 hits
Jadual waktu berbuka puasa imsak bagi seluruh negeri Melaka sepanjang bulan Ramadhan 1444H 2023M sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Untuk rujukan anda di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa ...
Two Melaka Hotel Restaurants Ordered Shut For Poor Hygiene

Two Melaka Hotel Restaurants Ordered Shut For Poor Hygiene

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 168 hits
MELAKA Two restaurants at hotels here have been ordered to close temporarily by the Melaka Health Department due to poor cleanliness levels Department director Dr Rusdi Abd Rahman said the restaurants were part of 44 hotels in the historic ...
Melaka Gateway Project Ngo Chides Misinformed Loke

Melaka Gateway Project Ngo Chides Misinformed Loke

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 102 hits
An environmental NGO Save our Seashores Melaka criticised Transport Minister Anthony Loke following his announcement that the government is seeking to revive the cruise terminal project at Melaka Gateway In a statement SOS Melaka alleged th...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025