Taman Wetland Putrajaya Taman Rekreasi Sekeluarga Untuk Berhujung Minggu


Bagi memastikan warga kota kita sentiasa menjaga kesihatan dan mengekalkan gaya hidup yang aktif, banyak taman-taman rekreasi disediakan di sekitar Lembah Klang. Namun, jarang yang sama dengan Taman Wetland Putrajaya. Ia merupakan sebuah taman rekreasi sekeluarga untuk berhujung minggu atau luangkan masa bersama di waktu petang. Mari kita lihat, apa yang ada di sana.
Sumber: hfcheah Lokasi Taman Wetland Putrajaya terletak di Presint 13, Putrajaya. Dengan keluasan sebesar 197 hektar, Taman ini dahulunya merupakan sebuah kawasan ladang kelapa sawit. Para pemaju dan pembangun Putrajaya telah memilih untuk membina sebuah taman wetland bagi membantu mereka mewujudkan sebuah perbandaran yang dibina sekitar beberapa kawasan tasik.
Sumber: bromptongirlmalaysia Apakah itu wetlands? Wetlands merupakan kawasan bertanah lembap. Taman Wetland di Putrajaya ini diwujudkan atas beberapa faktor. Pertama sekali, ia menjadi sistem penapisan alami yang membantu menapis sedimen, nutrisi dan pencemaran dari Sungai Chua dan Sunga Bisa yang menjadi sumber utama Tasik Putrajaya.
Sumber: Perbadanan Putrajaya Mereka memilih untuk menggunakan penapisan alami dan tidak bergantung kepada sistem penapis buatan manusia. Kedua, Taman Wetland ini juga membantu mengelakkan banjir bagi kotaraya Putrajaya. Ketiga, Taman Wetland ini berfungsi sebagai habitat alami bagi hidupan-hidupan lain. Akhir sekali, Taman Wetland Putrajaya juga menjadi “paru-paru hijau” utama buat penduduk Putrajaya yang membantu meningkatkan tahap oksigen dan tapisan udara di sini. Mari kita lihat, apa yang ada di sini!
Tarikan & Aktiviti Sebagai sebuah taman rekreasi, Taman Wetland Putrajaya telah dibina dengan beberapa tarikan dan fasiliti yang akan membuatkan pengunjung lebih selesa, seronok dan mudah. Mari kami kongsikan satu persatu.
Jogging & Berbasikal Sumber: sitijamila Antara aktiviti dan fasiliti wajib yang akan ada di taman-taman rekreasi ialah trek jogging dan berbasikal. Aktiviti senaman yang sihat ini bukan sahaja membantu menguatkan jantung dan badan, ia juga antara aktiviti yang membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Sumber: @tamanwetlandputrajaya Jika anda tidak mempunyai basikal sendiri, pihak taman ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal di sini. Jangan lupa membawa botol minuman untuk kekalkan hidrasi sepanjang berjogging atau berbasikal.
Pusat Interpretasi Alam Pusat Interpretasi Alam di sini di bina untuk mendidik masyarakat tentang fungsi dan kegunaan wetlands. Ia juga boleh dianggap sebagai sebuah muzium kecil yang menceritakan tentang pembinaan wetlands ini. Ia juga memberi sedikit informasi tentang haiwan-haiwan yang menjadikan wetlands sebagai habitat, dan jenis-jenis tumbuhan yang tumbuh di wetlands ini.
Menara Tinjau Buat anda yang sukakan fotografi atau ingin mencari secebis ketenangan, jangan lepaskan peluang untuk mendaki naik menara tinjau yang mereka sediakan di sini.
Sumber: @tamanwetlandputrajaya Ia bukan sahaja memberi pemandangan Taman Wetlands yang cantik, ia juga memberi pemandangan sekitar Putrajaya. Dari sudut ini, anda boleh melihat dan menghasilkan gambar-gambar alam semulajadi dan kotaraya yang cukup istimewa.
Tasik Flamingo Si pencinta burung perlu mengambil masa untuk beriadah atau berkelah di tebing tasik Flamingo. Di sini, terdapat pelbagai jenis burung-burung dan ikan-ikan yang hidup bebas, datang dan pergi.
Sumber: @tamanwetlandputrajaya Tentunya Burung Flamingo adalah burung tarikan utama yang membuatkan para pengunjung, terutama sekali kanak-kanak cukup teruja.
Sumber: @tamanwetlandputrajaya Namun, ada juga burung-burung lain yang sering menyinggah. Ini termasuk burung Cattle Egrets, Night Heron, Purple Heron, Black Neck Heron, Grey Heron, Green Heron, Painted Storks dan banyak lagi. Mereka sedia menanti dan bertenggek di kawasan tasik dengan harapan dapat mendapat ikan di tasik. Suasana ini membangkitkan rasa tenang dan seronok sambil anda berkelah dan beriadah bersama keluarga.
Bamboo Forest Sumber: calvin.lsbong Ada sebuah laluan yang menuju ke Pusat Interpretasi Alam yang akan menembusi sebuah hutan pokok bamboo. Hutan Bamboo ini cukup cantik dan tampak zen. Kadang kala, anda dapat melihat beberapa ekor monyet yang bergayut di sekitar hutan ini.
Pusat Rekreasi Air Pusat Rekreasi sukan air ini terletak diseberang jambatan, jadi anda perlu melalui jambatan untuk ke kawasan bertentangan.
Sumber: hfcheah Di sini, mereka menyediakan beberapa aktiviti air seperti kayak, canoe, paddle boat dan rowing boat. Tentu kanak-kanak akan rasa cukup seronok bermain di tasik.
Memancing Bagi si kaki joran, jangan lupa membawa sekali peralatan memancing ketika berkunjung ke Taman Wetland ini. Anda dibenarkan melakukan aktiviti memancing di tasik utama sahaja ya, bukan di sel-sel wetlands yang terjaga. 
BBQ Sumber: bromptongirlmalaysia Percaya atau tidak, anda boleh melakukan aktiviti BBQ di Taman Wetland Putrajaya ini. Ia mungkin bukan sesuatu yang konvensional tetapi ia tentu seronok. Ini antara idea best untuk anda dan keluarga serta rakan-rakan lakukan bersama. Berkelah sambil BBQ di taman tepi tasik.
Sewa Padang Buat pengetahuan anda, padang luas yang tersedia di taman ini boleh disewa untuk apa-apa majlis. Malah, ada yang menyewa kawasan Taman Wetland ini untuk upacara majlis perkahwinan tau. Tentu romantis dan istimewa sekali. 
Fasiliti Seperti biasa, fasiliti adalah antara faktor utama dan penting di setiap pusat tarikan dan taman rekreasi. Di Taman Wetland Putrajaya ini, mereka turut utamakan kemudahan dan keselesaan pengunjung. Kemudahan asas telah disediakan untuk gunaan semua.
Sumber: @tamanwetlandputrajaya Ini termasuk:
Tandas Awam Surau Tempat Letak Kereta Gazebo Sewa Basikal Aktiviti Sukan Air Harga Tiket & Waktu Operasi Kemasukan adalah percuma untuk Taman Wetland Putrajaya. Namun, sewaan alatan dan aktiviti sukan air akan dikenakan cas berasingan. Taman Putrajaya Wetland beroperasi dari jam 7am hingga 7pm setiap hari kecuali pada hari Isnin, hari mereka tutup.
Itu dia serba sedikit tentang Taman Wetland Putrajaya. Pastikan anda ambil peluang dan luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan di sini ketika anda berada di sekitar Putrajaya. Kami pasti, taman ini akan membuatkan anda rasa seperti berada di Central Park, New York.
Media Sosial: Facebook
No. Telefon: 03-8887 7774
Laman Web: ppj.com.my
Waktu Operasi: Setiap Hari (07:00am-07:00pm)
Alamat: Taman Wetland, Presint 13, 62300 Putrajaya, Malaysia
The post Taman Wetland Putrajaya | Taman Rekreasi Sekeluarga Untuk Berhujung Minggu appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/taman-wetland-putrajaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Saujana Hijau Putrajaya Taman Rekreasi Yang Membuatkan Anda Rasa Seperti Berada Di Luar Negara

Taman Saujana Hijau Putrajaya Taman Rekreasi Yang Membuatkan Anda Rasa Seperti Berada Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 229 hits
sememangnya sinonim dengan arkitektur dan landskap yang cukup cantik dan modern Ia juga menempatkan beberapa taman yang best untuk anda sekeluarga meluangkan masa bersama Sumber maisinggah com Sama ada untuk bersenam dan mengekalkan kesihat...
Karnival Vikids Alamanda Putrajaya

Karnival Vikids Alamanda Putrajaya

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 202 hits
KARNIVAL VIKIDS ALAMANDA PUTRAJAYA Assalammualaikum semua Cuti sekolah sudah bermula sejak 18 Februari 2023 dan Alamanda Putrajaya sudah bersedia untuk menerima kunjungan anda semua Jom bawa anak anak ke Karnival VIKids yang berlangsung dar...
Ketua Puteri Umno Putrajaya Dipecat Atas Tuduhan Sabotaj Parti

Ketua Puteri Umno Putrajaya Dipecat Atas Tuduhan Sabotaj Parti

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Ketua Puteri Umno Bahagian Putrajaya Jumaitul Laily Zakiah Ismail dilucut keahlian daripada menganggotai Umno
Fadillah Malaysia Madani Budget Reflects Putrajaya S Emphasis On S Wak Sabah Welfare

Fadillah Malaysia Madani Budget Reflects Putrajaya S Emphasis On S Wak Sabah Welfare

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 171 hits
Fadillah said the increase in allocation for Sabah and Sarawak showed the federal government 8217 s commitment in looking after their welfare 8212 Bernama photo KUCHING The newly revealed Budget 2023 reflects the federal government s empha
Umno Leader Seeks To Nullify Ge15 Result For Putrajaya Seat

Umno Leader Seeks To Nullify Ge15 Result For Putrajaya Seat

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 167 hits
Putrajaya Umno division vice chief Ahmad Faisal Abdul Karim says PN candidate Radzi Jidin bribed voters for their support A voter in the Putrajaya parliamentary constitutency has filed a petition to nullify the 15th general election result ...
Pengundi Fail Petisyen Batal Keputusan Pru15 Parlimen Putrajaya Kerana Sogokan Rm150

Pengundi Fail Petisyen Batal Keputusan Pru15 Parlimen Putrajaya Kerana Sogokan Rm150

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 198 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang pengundi di Parlimen Putrajaya memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 bagi Parlimen itu yang dimenangi Datuk Mohd Radzi Md Jidin selepas mendakwa ahli Parlimen tersebut memberi sog...
Teringin Kerja Di Putrajaya Ni Ada Kekosongan Di Kementerian Sumber Manusia Mohon Segera

Teringin Kerja Di Putrajaya Ni Ada Kekosongan Di Kementerian Sumber Manusia Mohon Segera

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 172 hits
Teringin kerja di Putrajaya Ni ada kekosongan di Kementerian Sumber Manusia Mohon Segera Kementerian Sumber Manusia Jawatan Kosong Februari 2023 telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarka...
Doubletree By Hilton Putrajaya Lakeside Buka Puasa Dengan Tema Citarasa Serantau

Doubletree By Hilton Putrajaya Lakeside Buka Puasa Dengan Tema Citarasa Serantau

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 248 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Istimewa buat orang Putrajaya dan yang berhampiran denganya korang ada satu lokasi berbuka puasa yang tiap tahun Maha tak pern...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun