Target Lost 5 In 3 Months Achived
Assalammualaikum
Lama tak update blog untuk progress diet dan target penurunan HbA1c aka bacaan gula dalam darah untuk diabetes.
Dari mana nak mula record data nie?
14/10/2019 - Blood Test
17/10/2019 - Blood Test Result
Berat Badan
Sebelum
15/7/2019
91.6kg
Selepas
17/10/2019
87kg poin berapa tak sure - next nak kena update
Target Lost 5%
- 4.58 》》》 87.02kg
HbA1c
Sebelum
9/7/2019
HbA1c (NGSP) - 7.1
HbA11c (IFCC) - 54
Selepas
14/10/2019
HbA1c (NGSP) - 6.8
HbA1c (IFCC) - 50
Chart dari myhealth.gov.my
HbA1c Level
<5.7mmol
Normal
6.5mmol or higher
Diabetic
5.7 - 6.4
high risk developing diabetes
Alhamdulillah ada penurunan. Tapi Doktor still request kita ambil ubat. Dan kita still tolak dan minta bagi masa lagi untuk turunkan secara control pemakanan dan senaman.
So kita ada masa lagi 6 bulan...
3 bulan yang kedua will be on 09 Jan 2020.
Saringan diabetes will be on 24 Dec 2019.
Masa result darah nie keluar Doktor tanya awak tahu tak awak ada thalassemia.
Kita: tahu
Doktor: Mana awak tahu ?
Kita: buat test dekat klinik swasta tapi tak ingat la jenis apa n apa.
Doktor: ok. kita fokus HbA1c dulu. Nanti kita cerita tentang thalassemia nie kemudian.
Kita: ok (dalam hati haishhh... besar ke masalah nie... hari tu Doktor klinik swasta kata kita just pembawa je... )
Berbalik kepada next target. Doktor yang kita junpa nie bukan Doktor yg sama sebelum nie. So dia punya target punya la tinggi 10% dalam 3 bulan.
Ditetian cakap.. awak salah faham kot... 10% dalam masa 6 bulan... katanya...
Entah kita siap tanya 2 kali ?
10 % 3 month ? & siap mention Doktor sebelum nie kata 5%...
Doktor baru cakap yes 10% in 3 months... 5% tu minimum katanya... adududu...
Insyallah kita cuba buat apa yang termampu...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://goldenbutterfliesqiss.blogspot.com/2019/11/target-lost-5-in-3-months-achived.html