Target Anak Khatam Quran Fasih Bi Seawal 7 Tahun Pelan Dr Sheik Muszaphar Untuk Anak Dipuji
Semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Rata-rata ibu bapa mempunyai cara didikan tersendiri untuk membantu pembentukan personaliti si anak.
Setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri dan mereka perlu didedahkan kepada pelbagai perkara agar mereka dapat mengetahui kecenderungan serta bakat masing-masing.
Hal ini penting supaya bakat mereka boleh dikembangkan menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Bagi angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pula, beliau dan isteri memfokuskan pembentukan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Beliau mengajar anak-anaknya berkuda, pengucapan awam, membaca al-Quran serta subjek pendidikan bagi mengimbangkan kecerdasan mereka.
“Kami cuba dedahkan anak kami kepada segalanya menjelang usia mereka 7 tahun dan berharap dapat melengkapkan mereka dengan sikap yang baik dan nilai yang sebenar.
“Dalam erti kata lain, kami cuba imbangkan mereka dunia dan akhirat.
“Falsafah saya dalam keibubapaan, menjelang usia 7 tahun, mereka patut;
Khatam al-Quran
Fasih bahasa Inggeris, Melayu dan bahasa asing (Mandarin)
Lengkap bab tambah tolak darab bahagi dalam Matematik
Sertai seni bela diri
Pandai empat skil berenang; gaya bebas, kuak dada, kuak lentang dan kupu-kupu
Pandai main peralatan muzik – piano
Gimnastik
Menunggang kuda
Pengucapan awam untuk mengatasi rasa malu
Memanah
Seni, untuk kreativiti
Menurut beliau, anak-anaknya menunjukkan perkembangan yang positif mengikut rutin berkenaan walaupun mempunyai cabaran tersendiri.
View this post on Instagram
Video – My plans for the Girls We try to expose our kids to everything by the time they reach 7 years old hoping to equip them with all the right attitude , values and the right stuffs . In other words we try to balance them with Dunia & Akhirah … My philosophy on parenting by the time they reach 7 years old they should … 1. Khatam Al Quran – both at 6 years old 2. Fluent in English , Malay & a Foreign Language which in this case is Mandarin. 3. Complete their Maths + -x division 4. Be in Martial Arts – TaeKwanDo. Bella is now Poom & Tasha Red Belt . 5. Know all the 4 strokes in Swimming – Freestyle, Breaststroke, Back & Butterfly 6. Could play an instrument – Piano 7. Gymnastics 8. Horse Riding 9. Public Speaking to overcome shyness 10. Archery 11. Arts – to be creative and express themselves Alhamdulillah – the girls are phenomenal in these fields . Bella did them and Tasha is just following suit . Both are in the same SJKC and SRA for 2020 – it used to be a struggle as both are in different Schools back then . The twin Boys Adam & Noah will follow the same routine as the Girls too but it will be a challenge since there’s 2 of them – Haha Am glad Bella 8 and Tasha 6 are now considered grown up and I can now focus on educating the Boys . Adam is just like Bella – easy to handle Noah is more like Tasha – hyperactive jumping everywhere whom needs a different approach and lots of patience required . Salam Everyone . Just sharing … Love As Always … PS – Kids need to work hard & play hard . But most importantly they need to enjoy every minute of it . Learning should be done in a fun manner . Always …
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on Dec 30, 2019 at 5:20pm PST
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar
The post Target Anak Khatam Quran & Fasih BI Seawal 7 Tahun, Pelan Dr Sheik Muszaphar Untuk Anak Dipuji appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/31/target-anak-khatam-quran-fasih-bi-seawal-7-tahun-pelan-dr-sheik-muszaphar-untuk-anak-dipuji/