Rahsia Anak Pintar Mesti Rajin Rangsang Otak Kanan Mulakan Seawal Usia 6 Bulan


Rupanya otak kanan rahsia anak pintar. Namun ada segelintir ibu bapa mungkin tertanya kenapa anak-anak rakan mereka lebih bijak berbanding anak mereka walaupun menghadiri tadika yang sama.
Anda harus ingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun, jika anda mengesan perkembangan anak perlahan, anda boleh melakukan proses keupayaan pembelajaran untuk perkembangan intelektual semasa anak membesar. Malah, proses ini ada hubungan kait dengan peranan otak kanan.
Untuk melakukan proses rangsangan ini, anda perlu memahami bagaimana fungsi otak kanan dan kiri serta bagaimana merangsang otak ini dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Berikut adalah maklumat yang perlu anda fahami, seterusnya lakukan aktiviti-aktiviti rangsangan untuk anak anda!

Sebenarnya penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari manusia sememangnya menggunakan otak kiri. Justeru, anda perlu merangsang otak kanan!
a)Fungsi otak kanan:
-Imaginasi
-Berfikir secara kreatif
-Irama
-Khayalan
-Emosi
-Ilham
-Intuisi (gerak hati)
-Warna
-Muzik
-Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
*Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya
b) Fungsi otak kiri:
– Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
– Menyimpan data dan fakta
– Menganalisis
– Memahami logik, bahasa dan matematik
– Mengira
*Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Bagaimana rangsangan otak kanan?    
Dikatakan bahawa kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif. Di nasihati, melakukan rangsangan seawal usia enam bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan.
Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya. Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Cara otak berfungsi
Antara fungsi otak ialah menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Dengan itu, semasa melakukan aktiviti rangsangan, otak akan memainkan fungsinya. Jadi anda mesti melakukan dengan penuh yakin dan bersemangat dengan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa setiap aktiviti mesti disulami dengan nilai-nilai Islam kerana otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.

Lakukan di rumah!
Kini, ramai ibu bapa moden, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya. Tidak mengapa bagi yang mempunyai lebihan bajet. Bagi yang ingin melakukan di rumah, teruskan usaha anda asalkan cara rangsangan itu betul.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
-Logik
– Kreativiti
– Keyakinan diri
– Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
– Perkembangan kemahiran tangan
– Pandai meluahkan emosi
-Koordinasi tangan dan mata
– Membentuk personaliti
– Menghargai kecantikan
Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?
Tahukah anda bahawa aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.
1.Tanah liat (contoh: pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga)
2.Origami / lipat kertas (contoh: lipatan kapal terbang)
3.Menggunting ( contoh:garisang lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah)
4.Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman (contoh: manik bersaiz besar dan kecil)
5.Melukis/ cat air (contoh: lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.)
6.Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak  sambung cerita tu.
7.Main teka-teki dengan anak. ( Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna).
8.Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
*Tempoh membuat aktiviti ini tidak perlu lama untuk mengelak anak bosan. Anggaran masa setengah jam.

Pemakanan genius
Selain daripada rangsangan, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
1.Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik.
Sumber makanan: Soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.
2.Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak.
Sumber makanan: Kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.
3. Antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak.
Sumber makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.
 
 
 
The post Rahsia Anak Pintar, Mesti Rajin Rangsang Otak Kanan. Mulakan Seawal Usia 6 Bulan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rahsia-anak-pintar-mesti-rajin-rangsang-otak-kanan-mulakan-seawal-usia-6-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seawal Usia 2 Bulan Boleh Vaksin Pneumococcal Bagus Kuatkan Antibodi Anak

Seawal Usia 2 Bulan Boleh Vaksin Pneumococcal Bagus Kuatkan Antibodi Anak

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 589 hits
Vaksin Pneumococcal sebenarnya penting untuk anak kecil terutamanya bagi mengelakkan daripada komplikasi jangkitan paru paru atau jangkitan dalam darah Vaksin Pneumococcal untuk baby bawah 2 tahun Dah ramai ibu bapa yang memahami kepentinga...
Seawal Setahun Nak Anak Ringan Mulut Kena Rajin Layan Soal Tak Faham Nombor Dua

Seawal Setahun Nak Anak Ringan Mulut Kena Rajin Layan Soal Tak Faham Nombor Dua

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 296 hits
Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal anak berumur satu tahun dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak kanak bercakap Berikut merupakan antara tip penting untuk melatih anak belajar bercakap 1 Sebu...
Anak Buat Sepah Tu Bukan Apa Dia Tengah Berimaginasi Eksplorasi Baik Untuk Perkembangan Otak Mereka

Anak Buat Sepah Tu Bukan Apa Dia Tengah Berimaginasi Eksplorasi Baik Untuk Perkembangan Otak Mereka

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 308 hits
Kanak kanak yang sedang membesar memang suka bermain Dari usia setahun sehingga umur pra sekolah anak anak suka meneroka alam persekitaran mereka Kadang kalau tengok mereka sepahkan permainanan tu bukan apa ada yang tengah berimaginasi dan ...
Kisah Pilu Driver Ojol Berjuang Sembuhkan Anak Sakit Lumpuh Otak Usai Istri Meninggal

Kisah Pilu Driver Ojol Berjuang Sembuhkan Anak Sakit Lumpuh Otak Usai Istri Meninggal

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 261 hits
Kisah pilu menimpa keluarga Pak Arman setelah ditinggal oleh sang istri kini si anak bungsu divonis menderita lumpuh otak
Hati Mesti Kuat Dengar Anak Menangis Minta Dukung Jangan Cepat Kesian Nanti Oklah

Hati Mesti Kuat Dengar Anak Menangis Minta Dukung Jangan Cepat Kesian Nanti Oklah

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 331 hits
Adakah anda mempunyai anak suka berdukung Adakah anak anda sering kali menangis andai diletakkan di bawah Kadang kadang ibu bapa bertanyakan samada adakah anak suka berdukung ini perkara yang normal Malah jika berterusan masalah anak suka b...
Rajin Suap Anak Makan Salah Satu Cara Anak Mudah Dengar Kata

Rajin Suap Anak Makan Salah Satu Cara Anak Mudah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 413 hits
Kehebatan air tangan ibu bukan sekadar memasak makanan atau mengemas rumah tetapi hal menguruskan anak termasuk mandi dan memakaikan anak pakaian Bagi ibu yang tidak bekerja ia memang rutin harian Berbeza dengan ibu yang bekerjaya Memang pe...
Selepas 6 Bulan Susu Sahaja Tak Cukup Untuk Tampung Keperluan Anak Sebab Itu Makanan Diperkenalkan Kepada Bayi

Selepas 6 Bulan Susu Sahaja Tak Cukup Untuk Tampung Keperluan Anak Sebab Itu Makanan Diperkenalkan Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 288 hits
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya ...
Suami Dan Anak Di Madura Kompak Menyiksa Istri Yang Sedang Hamil 7 Bulan Hingga Tewas

Suami Dan Anak Di Madura Kompak Menyiksa Istri Yang Sedang Hamil 7 Bulan Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 271 hits
Kisah viral datang dari Sampang Madura seorang istri yang sedang hamil tujuh bulan disiksa suami dan anak kandungnya hingga tewas Kisah istri disiksa suami hingga meninggal dunia di Madura ini viral di media sosial di antaranya seperti yang...
Kereta Hilang Kawalan Kanak Kanak 2 Tahun Maut Dengan Bayi Usia Sembilan Bulan Cedera Di Kepala

Kereta Hilang Kawalan Kanak Kanak 2 Tahun Maut Dengan Bayi Usia Sembilan Bulan Cedera Di Kepala

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 312 hits
Malang memang tidak berbau dalam keghairahan orang ramai bercuti pada hujung tahun ini ada sahaja berita kemalangan yang sering berlaku Justeru itu amatlah penting untuk orang ramai sentiasa berhati hati ketika memandu Malah penggunaan car ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba