Tanpa Tambah Kawasan Baru Pun Kerajaan Perpaduan Masih Boleh Menang Pru Akan Datang


 
Satu isu yang hebat diperkatakan berikutan keputusan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik keluar Muda daripada menyokong kerajaan perpaduan, seterusnya menyebabkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim hilang majoriti dua pertiga ialah ia kononnya telah berjaya menghalang cubaan menambah kawasan pilihanraya.
Diperkatakan, pertambahan kawasan pilihan raya baru itu, diheboh-hebohkan sebanyak 78 jumlahnya, di mana semuanya adalah di kawasan bandar yang berpotensi untuk DAP menandinginya.
Dalam erti kata lain, jika pertambahan kawasan itu berjaya dilakukan melalui kedudukan majoriti dua pertiga yang dimiliki kerajaan, bermakna selepas ini DAPlah yang akan menjadi parti paling berkuasa, menjadikan Anwar sekadar hanya boneka, bahkan ditakut-takutkan mungkin parti itu menuntut jawatan Perdana Menteri di masa akan datang.
Maka itu, apabila Syed Saddiq menarik sokongan dan kerajaan hilang majoriti dua pertiga, lalu cubaan menambah kawasan tidak mungkin lagi menjadi kenyataan, Ahli Parlimen Muar itu dianggap telah melakukan pahala yang sangat besar kepada kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.
Dahsyat sekali cerita rekaan begini.
Melihat bagaimana begitu banyak cerita tentang cubaan mahu menambah kawasan pilihan raya ini diperkatakan, termasuk oleh mereka yang berkedudukan dan mempunyai gelaran, ini adalah petanda paling jelas bagaimana masyarakat kita sebenarnya telah rosak di mana mereka begitu mudah mempercayai khabar angin, maklumat tidak benar dan kata-kata fitnah.
Mereka ingat Anwar Ibrahim sudah “gila” agaknya mahu menambah kawasan pilihan raya sesuka hati dan memberi kelebihan kepada DAP semata-mata hanya ingin kekal berkuasa?
Apakah mereka tidak melihat bahawa Anwar, dalam banyak rentetan perjuangannya, memiliki jiwa Melayu dan Islam yang lebih tinggi berbanding sebahagian pemimpin dalam blok pembangkang sendiri?
Jadi, di mana logiknya ada cubaan mahu menambah kawasan pilihan raya Parlimen sebanyak 78 lagi menjadikan jumlah kesemuanya 300 sebagaimana diperkatakan itu?
Anwar sebagai seorang “fighter” tidak mungkin memilih jalan sebegitu mudah untuk mengekalkan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya ini bagi menghadapi PRU16 akan datang.
Beliau adalah seorang yang terbuka untuk berlawan di padang yang terbuka, bukan berlawan dengan mengikat kaki, tangan serta menutup muka lawannya.
Sebab itu, tidak masuk akal untuk beliau tergamak menambah kawasan pilihan raya, bahkan ia tidak pernah dirancang atau diperkatakan, baik dalam kerajaan atau dalam parti-parti yang membentuk kerajaan.
Pertambahan kawasan pilihan raya, selain memang hanya boleh dilakukan dengan undi majoriti dua pertiga, ia mestilah juga dilakukan dengan asas yang jelas iaitu berikutan pertambahan penduduk dan pembukaan penempatan-penempatan baru dengan tidak mengabaikan kepentingan masa depan negara.
Lagi pun, kalau benar Anwar memang ada merancang untuk menambah kawasan pilihan raya sebelum tibanya PRU16 akan datang seperti diperkatakan itu, beliau pasti menjaga dan mengepung 148 Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sejak awal lagi dengan memberi mereka jawatan, kedudukan dan kontrak-kontrak lumayan.
Apakah Anwar ada melakukan perkara begitu sejak sembilan bulan lalu?
Hakikatnya, Anwar dan parti-parti dalam kerajaan perpaduan sekarang masih boleh dan berupaya untuk menang dan kekal berkuasa lagi selepas PRU16 akan datang berdasarkan penerimaan rakyat yang semakin baik ketika ini.
Apa yang harus dilakukan ialah dengan terus menambah baik program untuk rakyat, memastikan hidup rakyat tambah selesa, memperbaiki lagi komunikasi atau penyampaian maklumat ke akar umbi serta menambahkan-akrabkan lagi perpaduan sesama parti dalam kerajaan.
Berdasarkan apa yang berlaku setakat ini dan ada masa sekitar empat tahun lagi sebelum ketibaan PRU16, adalah diyakini lebih banyak penambahbaikan mampu dilakukan.
Kalau mahu dihitung, begitu banyak sebenarnya benda-benda baik, pembaharuan atau bantuan kepada rakyat telah diperkenalkan oleh beliau, cuma banyak kebaikan itu terlindung kerana ditenggelami oleh timbunan sampah fitnah dan berita palsu yang bertebaran.
Mereka yang berjiwa pembangkang dan bercop walaun, apa pun kebaikan yang dilakukan kerajaan, tetaplah dianggap sesuatu yang tidak bermakna.
Tapi, jika pemimpin mereka melakukan kejahatan, misalnya fitnah terhadap Tabung Haji, mengkafir, mengharam atau memonyetkan musuh, termasuk menyebarkan kepalsuan berkenaan 78 kawasan pilihan raya baru mahu diwujudkan, ia tetap dilihat sebagai perbuatan yang wajib diberi sanjungan, seterusnya dihebahkan lagi dengan meluas.
Inilah sebenarnya masalah besar dalam negara kita. – ShahbudinHusin 11/09/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/tanpa-tambah-kawasan-baru-pun-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inisiatif Kemudahan Rakyat Masih Boleh Memohin Ini Janji Kerajaan Perpaduan

Inisiatif Kemudahan Rakyat Masih Boleh Memohin Ini Janji Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 160 hits
Inisiatif kemudahan rakyat dilancarkan pada 20 Jun 2023 Setakat 25 Ogos 3 998 permohonan diterima dan 1 385 telah dikemukakan kepada PBT agensi pelaksana berkenaan untuk semakan sebelum dana disalurkan Tak pernah terjadi semenjak merdeka ke...
Pn Menang Pulai Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Kata Hamzah

Pn Menang Pulai Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 123 hits
Hamzah Zainudin berkata PN sedia berbincang dengan kerajaan dan mahu menjadi pembangkang yang berwibawa untuk kepentingan rakyat JOHOR BAHRU Kemenangan Perikatan Nasional di Pulai akan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasion...
Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 181 hits
Kumpulan Touch n Go kini memperkenalkan kad baharu yang ditambah baik di mana pengguna boleh menambah nilai pada bila bila masa dari aplikasi Touch n Go eWallet Malah tiada surcaj dikenakan untuk tambah nilai Kad baharu ini juga dilengkapi ...
Pencapaian Pm Kerajaan Perpaduan Dalam Tatakelola

Pencapaian Pm Kerajaan Perpaduan Dalam Tatakelola

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 120 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Terdapat banyak kejayaan yang dicapai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 9 bulan mentadbir Malaysia Tatakelola mengenai kontrak dan tender PM arahkan mesti melalui tender terbuka Tatakel...
Ahli Mkt Seorang Ini Yakin Umno Boleh Menang Lawan Pn Jika Bertanding Solo

Ahli Mkt Seorang Ini Yakin Umno Boleh Menang Lawan Pn Jika Bertanding Solo

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno menggesa parti itu berpisah dengan Pakatan Harapan terutama DAP pada pilihan raya namun kekal sebahagian kerajaan perpaduan Isham Jalil yang juga bekas ketua penerangan ber...
70 Peratus Penjawat Awam Di Terengganu Tidak Sokong Kerajaan Perpaduan

70 Peratus Penjawat Awam Di Terengganu Tidak Sokong Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 168 hits
HarapanDaily comKetua Cabang PKR Kuala Terengganu Azan Ismail mendakwa kira kira 70 peratus penjawat awam kerajaan Persekutuan di Terengganu tidak menyokong Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri lalu Beliau berpendapat tiada program m...
10 Faktor Mengapa Pn Boleh Menang Simpang Jeram

10 Faktor Mengapa Pn Boleh Menang Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 192 hits
malaysianow com myOgos 31 2023 Tiada apa apa yang menakutkan untuk pengundi membuat perubahan di Simpang Jeram kerana keutuhan kerajaan negeri Johor masih selamat dengan majoriti lebih dua pertiga Calon calon di Simpang Jeram calon bebas S ...
Naratif Kerajaan Perpaduan Yang Gagal

Naratif Kerajaan Perpaduan Yang Gagal

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 193 hits
Abu Husna PrimaIzinkan saya mengambil sedikit masa bacaan saudara dan saudari untuk berkongsi selayang pandang imej kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim Saya juga memohon izin daripada Anwar untuk memberikan satu dua pandangan khususny...
Boleh Tak Dia Nyanyi Je Watak Jisoo Bp Dalam Drama Baru Cetus Kritikan Netizen Tapi Kenapa

Boleh Tak Dia Nyanyi Je Watak Jisoo Bp Dalam Drama Baru Cetus Kritikan Netizen Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 158 hits
Bukan senang kan untuk kita puaskan hati semua orang ARTIKEL BERKAITAN Pada 31 Ogos Ji soo BLACKPINK dan Park Jung min telah dilamar terajui siri zombi baru berjudul Influenza dan masih menelitinya kini Untuk pengetahuan Influenza ialah seb...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kumpul Lebih 1 000 Koleksi Nusantara Dan Melayu

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord