10 Faktor Mengapa Pn Boleh Menang Simpang Jeram


malaysianow.com.my
Mukhtaruddin Musa
Ogos 31, 2023 

Tiada apa-apa yang menakutkan untuk pengundi membuat perubahan di Simpang Jeram kerana keutuhan kerajaan negeri Johor masih selamat dengan majoriti lebih dua pertiga.
Calon-calon di Simpang Jeram (dari kiri) calon bebas S Jeganathan, Nazri Abdul Rahman dari Pakatan Harapan dan Dr Mohd Mazri Yahya dari Perikatan Nasional. Gambar: Bernama
Baru-baru ini dua orang penganalisis politik yang selalu membuat kaji selidik mengenai kecenderungan pengundi dalam beberapa siri pilihan raya, membuat pemerhatian bahawa Pakatan Harapan (PH) akan kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram pada 9 September ini.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meramalkan akan ada suatu bentuk penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan campuran PH-Barisan Nasional (BN) di kerusi itu.

Ia didorong oleh ketidakpuasan hati mereka terhadap situasi ekonomi semasa.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar juga bersetuju dengan Mazlan bahawa kedudukan PH di Simpang Jeram agak kritikal.

PH boleh hilang kerusi berdasarkan trend sokongan pengundi dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun kepada Perikatan Nasional (PN).

Menurut Hisommudin, sebab penolakan pengundi muda kepada Umno dan kerajaan campuran adalah kerana mereka masih mengangkat individu terkait rasuah sebagai pemimpin negara.

Selain itu kerajaan campuran tidak berusaha bersungguh-sungguh menawan hati kelompok usia itu.

Selain dua sebab yang diberikan oleh Mazlan dan Hisommudin ini, terdapat lapan faktor lain yang boleh menjadi punca mengapa calon PAS, Dr Mohd Mazri Yahya yang mewakili PN mampu membuat kejutan mengalahkan calon Amanah, Nazri Abdul Rahman yang mewakili PH di Simpang Jeram.

Pertama, tiada apa-apa yang menakutkan untuk pengundi membuat perubahan di Simpang Jeram kerana keutuhan kerajaan negeri Johor masih selamat dengan majoriti lebih dua pertiga.

Majoriti dua pertiga bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ialah 37 dan kerajaan sekarang mempunyai 40 daripada 56 kerusi.

Kedua, hujah PH perlu dipertahankan bagi mempertahankan kerajaan campuran tidak terpakai di Simpang Jeram kerana ia tidak wujud di Johor.

Apa yang ada di Johor hanyalah kerajaan BN dan semua penjawat utama dalam kerajaan negeri Johor adalah dari BN.

Ketiga, kerajaan negeri Johor juga terlalu kuat dan kekurangan fungsi semak imbang.

BN sahaja sudah memiliki 40 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Bila BN dan PH bergabung di peringkat pusat maka 12 Adun (sekarang tinggal 11) PH juga menjadi penyokong kerajaan (backbenchers).

Ini menjadikan DUN Johor hanya ada empat orang wakil pembangkang sahaja, iaitu tiga dari PN, iaitu Dr Sahruddin Jamal di Bukit Kepong, Alwiyah Talib di Endau dan Abdul Aziz Talib di Maharani dan satu dari Muda, iaitu Amira Aisya di Puteri Wangsa.

Bila sesebuah kerajaan, termasuk kerajaan negeri Johor, menjadi terlalu kuat, maka ia bebas melakukan apa sahaja tanpa adanya semak imbang yang berkesan.

Oleh itu, untuk menjaga kepentingan rakyat Johor, maka lebih bijaksana jika wakil pembangkang dalam DUN Johor ditambah.

Keempat, PAS pernah menang di Simpang Jeram (Sungai Abong) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 dan PRU13 pada 10 April 2013 melalui calonnya Dr Sheikh Ibrahim Salleh yang juga merupakan seorang doktor perubatan.

Sepanjang menjadi Adun, Sheikh Ibrahim memberikan khidmat cemerlang kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Ini dijadikan bukti bahawa Mazri adalah penerus kesinambungan PAS dalam menyantuni pengundi bukan Melayu-Islam.

Kelima, Mazri wajar ditonjolkan atas kelayakan beliau sebagai pakar perubatan berprestasi tinggi dalam bidang pembedahan am, vaskular dan endovaskular dengan pengalaman berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Sibu, Hospital Sarikei, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pakar Regency, Hospital Pakar KPJ Johor dan di Royal Perth Hospital.

Pengalaman luas selama lebih 20 tahun di dalam bidang pembedahan saluran darah dan pembentukan tapak fistula meletakkan beliau sebagai pakar rujuk terkemuka dalam bidang tersebut di Malaysia selain membolehkan beliau menerbitkan buku “Hemodialisis dan Penjagaan Tapak Fistula”.

Jika diberi ruang beliau mampu membantu bidang perubatan Johor dan Malaysia.

Keenam, Mazri tidak pernah melobi untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya.

Persetujuan beliau untuk menjadi calon adalah semata-mata kerana kecintaan beliau dalam berkhidmat kepada masyarakat seperti yang beliau tunjukkan selama ini, termasuk yang dapat disaksikan melalui khidmat secara sukarela (pro bono) beliau di hospital kerajaan.

Ia juga terbukti melalui khidmat beliau semasa negara dilanda pandemik Covid-19 serta dilanda bencana alam banjir seperti di Kelantan, Selangor dan Johor melalui KHIDMAT Malaysia.

Begitu juga sebagai sukarelawan di Gaza dan Syria pada tahun 2013 dan di Turkiye pada tahun 2023 manakala sebagai pengerusi Johor Baharu Prihatin beliau juga dikenali kerana memimpin usaha kebajikan menyantuni para gelandangan di sekitar Johor Bahru dan anak-anak golongan asnaf.

Pemimpin bersifat begini, yang hanya mempamerkan kecintaan untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat, serta yang telah mempunyai jawatan dan kedudukan kewangan yang teguh, sama sekali tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri dan peribadi untuk dikejar melalui jawatan sebagai wakil rakyat sekali gus memastikan penyalahgunaan kuasa tidak akan berlaku.

Ketujuh, kemenangan Mazri adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Johor seluruhnya kerana ia akan memberi peringatan kepada kerajaan negeri Johor untuk lebih cakna rakyat serta akan menjadikan setiap Adun BN dan PH bekerja lebih kuat dalam memberi perkhidmatan dan menjaga kebajikan rakyat bagi mengelakkan mereka juga kalah dalam pilihan raya akan datang.

Kelapan, Mazri juga mempunyai personaliti yang menarik serta bakat kepimpinan yang tinggi.

Beliau adalah seorang yang bersih dalam erti kata tidak mempunyai sebarang isu dan kontroversi yang boleh menyebabkan timbul keraguan ke atas diri beliau, baik dari segi amalan mahupun pertuturan beliau.

Beliau juga disenangi oleh pengundi bukan Melayu-Islam.

Berdasarkan semua ini, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika Mazri akan benar-benar membuat kejutan dengan mengalahkan Nazri di Simpang Jeram pada 9 September ini.

* Mukhtaruddin Musa adalah mantan pensyarah kanan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/10-faktor-mengapa-pn-boleh-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Candidate S Engineering Background Useful In Overcoming Simpang Jeram Floods

Ph Candidate S Engineering Background Useful In Overcoming Simpang Jeram Floods

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 292 hits
Nazri Abdul Rahman meeting armed forces veterans while on his campaign trail in Muar today MUAR Pakatan Harapan candidate for the Simpang Jeram state seat by election Nazri Abdul Rahman is regarded as the best candidate to help the long suf...
Jentera Ph Bn Serasi Di Pulai Simpang Jeram Akmal Saleh

Jentera Ph Bn Serasi Di Pulai Simpang Jeram Akmal Saleh

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 234 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 29 2023 8 45 AMKeserasian jentera Pakatan Harapan Barisan Nasional dilihat menyerlah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram kata Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Sale...
Kedudukan Calon Kerajaan Di Simpang Jeram Belum Selamat

Kedudukan Calon Kerajaan Di Simpang Jeram Belum Selamat

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comPRK JOHOR Belum ada petanda yang jelas menunjukkan calon kerajaan peraduan Nazri Abdul Rahman berada dalam keadaan selamat untuk mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram Adun Bentayan Ng Yak Howe berkata ketika ini peluang ke...
70 Undi Bn Beralih Ph Hilang Simpang Jeram Kata Kj

70 Undi Bn Beralih Ph Hilang Simpang Jeram Kata Kj

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 290 hits
Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata peralihan undi BN sebanyak 70 hingga 80 kepada PN boleh menyebabkan PH tewas di DUN Simpang Jeram PETALING JAYA Pakatan Harapan mungkin hilang kerusi DUN Simpang Jeram pada PRK 9 Sept ini ji...
Calon Prk Simpang Jeram Lihat Khidmatnya Di Muar Aminolhuda

Calon Prk Simpang Jeram Lihat Khidmatnya Di Muar Aminolhuda

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 318 hits
Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan mahu pengundi di Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram melihat rekod kerja calon Pakatan Harapan di Majlis Perbandaran Muar sebelum ini Katanya calon yang diletakkan oleh Amanah Ir Nazri Abd Rahman me...
Pertembungan Tiga Penjuru Antara Ph Pn Dan Bebas Di Prk Simpang Jeram

Pertembungan Tiga Penjuru Antara Ph Pn Dan Bebas Di Prk Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 267 hits
MUAR Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan Perikatan Nasional dan Bebas sebaik sesi penamaan calon selesai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ...
Dun Simpang Jeram

Dun Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 293 hits
Abrar SadiqDun Sungai Abong Pilihanraya 2008 dan 2013 dimenangi oleh Dr Sheikh IbrahimDun Simpang Jeram Pilihanraya 2018 dan 2022 dimenangi oleh Almarhum DS Salahuddin Ayub InShaaAllah Ir Ts Hj Nazri berupaya mempertahankan N13 Simpang Jera...
Simpang Jeram Indians Call For Affordable Homes And Temple

Simpang Jeram Indians Call For Affordable Homes And Temple

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 312 hits
Owning her own home has been a long time dream for S Ganawaly 75 from Taman Bukit Pasir Bakri Johor She said although many housing projects were built in Simpang Jeram her family cannot afford any of those houses priced at RM200 000 and abo...
10 Reasons Why Pas Will Likely Topple Ph In The Simpang Jeram State By Election

10 Reasons Why Pas Will Likely Topple Ph In The Simpang Jeram State By Election

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 330 hits
PH s position in Simpang Jeram is quite critical with the coalition potentially losing the seat based on the voter trend of the 18 to 25 age group towards Perikatan Nasional A SECULAR MINDED retired DAP supremo Tan Sri Lim Kit Siang has ral...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco