Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj


 
Kumpulan Touch 'n Go (TNG) kini memperkenalkan kad baharu yang ditambah baik di mana pengguna boleh menambah nilai pada bila-bila masa dari aplikasi Touch 'n Go eWallet.


Malah, tiada surcaj dikenakan untuk tambah nilai.


Kad baharu ini juga dilengkapi tahap enkripsi lebih tinggi bagi memastikan keselamatannya.




Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Effendy Shahul Hamid berkata, pihaknya berbesar hati dapat memperkenalkan kad versi baharu ini yang dapat mengatasi masalah pengguna untuk menambah nilai.



"Dengan tawaran kad yang dipertingkatkan ini, pengguna kini boleh memilih untuk mendapatkan kad yang boleh ditambah nilai pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja daripada aplikasi Touch 'n Go eWallet," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kad yang dinaik taraf itu tersedia untuk pembelian pada harga RM10, harga yang sama dengan kad Touch 'n Go versi lama dan boleh dibeli di aplikasi Touch 'n Go eWallet serta di lokasi runcit terpilih di seluruh negara.


Selepas pengguna menerima kad Touch 'n Go yang dinaik taraf, mereka perlu memautkan kad itu ke Touch 'n Go eWallet mereka.


Pengguna hanya perlu memegang kad di belakang telefon pintar yang dilengkapi ciri Near Field Communication (NFC) selama lima saat untuk mengaktifkan kad baharu.




Selepas melengkapkan pautan, pengguna kemudian boleh melihat baki kad dan melakukan tambah nilai.


Fungsi ini kini tersedia untuk kedua-dua peranti iOS dan Android, dan pengguna boleh memautkan sehingga lima kad Touch 'n Go ke Touch 'n Go eWallet mereka.


"Kami menjangkakan permintaan untuk kad yang dinaik taraf ini sangat tinggi. Bagaimanapun, memandangkan kekurangan cip global, kami menjangkakan permintaan akan melebihi bekalan. Jadi, kami berharap pengguna dapat bersabar menanti kad mereka," katanya.


Sekiranya stok untuk kad ini kehabisan pada aplikasi Touch 'n Go eWallet atau saluran runcit, pengguna dinasihatkan untuk mendaftar minat mereka pada aplikasi Touch 'n Go eWallet, dan mereka akan dimaklumkan apabila kad ini tersedia untuk pembelian.



Sama seperti kad Touch 'n Go semasa, kad Touch 'n Go yang dinaik taraf boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai seperti biasa merentasi semua penggunaan termasuk lebuh raya bertol, perkhidmatan pengangkutan awam, dan lebih 700 tapak letak kereta di Semenanjung Malaysia.


Tambah nilai lebih mudah dengan kad Touch 'n Go versi baharu
Pautan : https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/04/834740/tambah-nilai-lebih-mudah-dengan-kad-touch-n-go-versi-baharu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://simiey.blogspot.com/2022/04/kad-touch-n-go-versi-baru-boleh-tambah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Ramai Teruja Touch N Go Perkenal Kad Terknologi Baru Mudah Sangat Lepas Ni

Orang Ramai Teruja Touch N Go Perkenal Kad Terknologi Baru Mudah Sangat Lepas Ni

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 160 hits
Sebelum ini kad fizikal Touch n GO tidak boleh ditambah nilainya menerusi aplikasi Touch n Go e wallet Jadi pengguna terpaksa tambah nilainya secara berasingan Namun kini Touch n GO telah melancarkan kad jenis baharu yang mempunyai ciri tam...
Dekorasi Bilik Anak Lelaki Paling Penting Boleh Guna Sampai Dewasa

Dekorasi Bilik Anak Lelaki Paling Penting Boleh Guna Sampai Dewasa

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 105 hits
Dekorasi bilik anak lelaki yang penting boleh guna sampai dewasa Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil Berbanding anak perempuan dekora...
Tangan Melecur Tak Sangka Guna Mmg Boleh Legakan Kesakitan Sebagai Rawatan Awal

Tangan Melecur Tak Sangka Guna Mmg Boleh Legakan Kesakitan Sebagai Rawatan Awal

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 228 hits
Mak mak ni ni kalau kelentang kelentung kat dapur zupp zapp zupp zap siapkan makanan untuk famili kadang boleh jadi malang tak berbau Sebab tu la cikla memang akan letak MMG ni sebotol kat dapur Sejenis yang kalau dok dapur tu kan ada je ta...
Cara Cuci Barang Kemas Nak Nampak Berkilat Macam Baru Beli Hanya Guna Teh Pekat Saja

Cara Cuci Barang Kemas Nak Nampak Berkilat Macam Baru Beli Hanya Guna Teh Pekat Saja

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 195 hits
Ramai wanita yang memang suka kumpul dan pakai barang kemas sebagai perhiasan Jika ada bajet lebih beli barang kemas baru Kalau takde bajet pakai je yang sedia ada Namun barang kemas lama terutama yang dipakai setiap hari akan kelihatan tak...
Tak Perlu Beria Mandikan Bayi Baru Lahir Cukup Guna Cara Ini Sahaja

Tak Perlu Beria Mandikan Bayi Baru Lahir Cukup Guna Cara Ini Sahaja

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 228 hits
Mempunyai baby comel pasti impian setiap pasangan yang berkahwin tidak kira sama ada baby comel itu lelaki mahupun perempuan Namun dalam keseronokan mendapat baby comel anda seharusnya tidak mengambil mudah aspek penjagaannya terutama apabi...
Rupanya Dengan Guna Mykad Pun Boleh Beli Barang Di Pasar Raya Ramai Tak Tahu

Rupanya Dengan Guna Mykad Pun Boleh Beli Barang Di Pasar Raya Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 232 hits
Baru baru ni korang mungkin perasan kemunculan label MyKasih ni kat sesetengah pasar raya Dan mungkin korang nampak logi ni kat juruwang juga Amende ni Haa sebenarnya ini penanda sejenis bantuan untuk beli barang dapur dan yang menariknya P...
Lonjakan Baru K Jaan Pusat Boleh Berubah Begini

Lonjakan Baru K Jaan Pusat Boleh Berubah Begini

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 99 hits
1 Pusat boleh berubah walau PN tidak menang 6 negeriMARANG Walaupun PERIKATAN NASIONAL tidak menang keseluruhan enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri semalam namun perubahan kerajaan boleh berlaku di peringkat pusat Presiden PAS Tan Sri Tua...
Lelaki Ini Dedah Petrol Ron97 Lebih Jauh Perjalanan Boleh Pergi Siap Bagi Tips Kaedah Guna

Lelaki Ini Dedah Petrol Ron97 Lebih Jauh Perjalanan Boleh Pergi Siap Bagi Tips Kaedah Guna

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 126 hits
Harga minyak kereta yang naik turun boleh membuatkan kita rasa tak senang hati Kadang kadang terfikir minyak mana yang lebih jimat harga Maklumlah inilah kenderaan yang kita ke sana ke sini dan sudah tentu minyak pun kena diisi Di Malaysia ...
Senarai 12 Lebuhraya Guna Kad Kredit

Senarai 12 Lebuhraya Guna Kad Kredit

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 176 hits
LEBUH RAYA Mulai esok bagi pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya akan menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka iaitu pembayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit Kerajaan sebelum ini sedia mengumumkan sebanyak 12 plaza tol akan...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat