Tanpa Mahathir Orang Melayu Tidak Akan Undi Pakatan Harapan



(Malaysiakini) – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya.
Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersama PH sewaktu pilihan raya umum 2018, telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu.
“Saya telah membantu pembangkang untuk menang (pada PRU14) kerana saya telah bawa sokongan orang Melayu.
“DAP yang tidak pernah memperolehi lebih dari 18 kerusi, mendapat 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang saya bawa,” katanya dalam temubual dengan China Press.
Untuk rekod, PH memenangi 89 kerusi pada pilihan raya 2013 dengan DAP memperolehi 38 kerusi parlimen. Gabungan itu, dengan bantuan Bersatu yang diasaskan oleh Mahathir, memenangi sejumlah 113 kerusi parlimen pada pilihan raya 2018.
Walaupun sokongan orang Melayu terhadap PH meningkat, usahanya untuk meraih undi Melayu di kawasan pedesaan masih terhad dengan Bersatu hanya meraih 13 kerusi.
Mahathir berkata dia ingin bekerjasama dengan Anwar tetapi presiden PKR itu telah menolak cadangan tersebut.
“Apa yang telah saya lakukan kepadanya? Saya telah membebaskannya (dari penjara) dan saya belum sampai masa untuk mengundurkan diri. Tapi saya undurkan diri lebih awal.
“Saya tidak menghalangnya, saya mahu bekerja dengannya, saya katakan kepadanya,’baiklah, jika kamu tidak suka saya, berilah saya enam bulan (lagi) kerana jika kamu tidak mempunyai sokongan orang Melayu, pembangkang tidak boleh menang,” kata Mahathir.
Mahathir dilantik sebagai perdana menteri selepas PH dan parti sekutunya di Sabah – Warisan, menang pilihan raya 2018.
Bagaimanapun, kerajaan tersebut tumbang selepas 22 bulan mentadbir apabila Bersatu menarik diri daripada PH melalui Langkah Sheraton.
Mahathir, yang menentang tindakan Bersatu itu akhirnya disingkirkan daripada parti itu. Dia kini menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Dia sepatutnya menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar tetapi tidak dapat menjadi kenyataan apabila kerajaan PH tumbang.
Anwar perlu memastikan dia mempunyai sokongan untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya, kata Mahathir.
“Tetapi lihat rekodnya, berapa kali dia mendakwa mendapat sokongan (majoriti)? Sebaliknya dia tidak mendapat sokongan,” katanya.
Dia juga mendedahkan ramai penyokong tegar Anwar memintanya untuk tidak membiarkan Anwar mengambil alih jawatan perdana menteri.
“Oleh itu, saya memutuskan, sekiranya (kita) tidak mahu Anwar mengambil alih, maka biar Dewan Rakyat tentukannya,” katanya.
Antara mereka yang berkomplot menjatuhkan kerajaan PH, termasuklah pemimpin kanan parti Anwar sendiri, Azmin Ali, yang juga Ahli Parlimen Gombak.
“Ketika Anwar mengatakan dia mendapat sokongan, dia menjelaskan yang dia akan mengecualikan saya. Sekiranya dia mempunyai sokongan, maka buktikan, tetapi dia tidak memilikinya.
“Mereka (ahli parlimen kerajaan) berjanji untuk menyokong Anwar mungkin kerana janji-janji yang dibuat olehnya. Tetapi mereka yang merupakan sebahagian daripada gabungan kerajaan faham bahawa dengan menggulingkan Muhyiddin Yassin, mereka juga perlu mengundurkan diri dan masa depan mereka akan menjadi tidak menentu,” katanya.
Semasa pengundian Belanjawan 2021, Anwar hanya mampu mengumpulkan sokongan 108 anggota parlimen untuk menolak belanjawan, dengan perbezaan tiga undian yang menyokong apabila ia diluluskan dengan sokongan 111 ahli parlimen.
Pada masa ini, terdapat 220 ahli parlimen daripada 222 ahli parlimen di Dewan Rakyat. Terdapat dua kekosongan kerusi parlimen, di Batu Sapi dan Gerik susulan kematian penyandangnya mendiang Liew Vui Keong dan allahyarham Hasbullah Osman.
Sementara itu, Amanah dan DAP berpendapat satu anjakan politik diperlukan oleh pembangkang, dengan mencadangkan gabungan besar yang menyatukan semua parti pembangkang.
Meskipun, Pemuda PKR (AMK) Selangor berkata mereka terbuka dengan cadangan tersebut, tetapi menegaskan pembentukan gabungan besar pembangkang itu tidak boleh melibatkan Mahathir.
Anwar pula telah menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja – termasuk Mahathir – asalkan mematuhi prinsip PH dan parti gabungan lain tidak boleh membawa agenda peribadi.
Bagaimanapun, Mahathir menyatakan apa yang diharapkan oleh Anwar adalah sokongan ‘tidak berbelah bahagi’ daripadanya yang tidak dapat dilakukannya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/31/tanpa-mahathir-orang-melayu-tidak-akan-undi-pakatan-harapan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketepi Saya Dari Pembangkang Ph Tak Dapat Undi Melayu Kata Dr Mahathir

Ketepi Saya Dari Pembangkang Ph Tak Dapat Undi Melayu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 209 hits
1 366 total views 1 366 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathi...
Mahathir Cabar Anwar Ketepikan Saya Dari Pembangkang Bersedialah Untuk Hilang Undi Melayu

Mahathir Cabar Anwar Ketepikan Saya Dari Pembangkang Bersedialah Untuk Hilang Undi Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 226 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersa...
Pakatan Harapan Does Not Need Mahathir To Win Ge15 Says Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan Does Not Need Mahathir To Win Ge15 Says Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 291 hits
Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is confident of Pakatan Harapan s chances of winning the next general election even without the support of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad He said this in response to Dr Mahathir s re...
Jangan Mimpilah Mahathir Nak Jadi Penentu Undi Orang Melayu Hassan Karim

Jangan Mimpilah Mahathir Nak Jadi Penentu Undi Orang Melayu Hassan Karim

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 246 hits
Kemarahan rakyat terhadap Najib Razak dan populariti Anwar Ibrahim adalah faktor utama undi Melayu bertambah untuk Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu dan bukan pengaruh Dr Mahathir Mohamad kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abd...
Tak Ada Bukti Tanpa Mahathir Ph Tak Dapat Undi Melayu

Tak Ada Bukti Tanpa Mahathir Ph Tak Dapat Undi Melayu

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 289 hits
Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sekiranya beliau diketepikan oleh Pakatan Harapan maka gabungan itu tidak akan mendapat undi Melayu dalam Pilihan Raya Umum akan datang dipertikaikan banyak pihak Bagi Ahli Parl...
Tanpa Saya Pakatan Harapan Takkan Dapat Sokongan Melayu Tun M

Tanpa Saya Pakatan Harapan Takkan Dapat Sokongan Melayu Tun M

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 166 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersa...
Parti Amanah Hanya Menyertai Satu Gabungan Politik Iaitu Pakatan Harapan Tidak Dua Dan Tidak Tiga

Parti Amanah Hanya Menyertai Satu Gabungan Politik Iaitu Pakatan Harapan Tidak Dua Dan Tidak Tiga

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 302 hits
JAMZURI ARDANIPAKATAN HARAPAN adalah gabungan politik yang kami dokong sepenuh hati Kami mendokong gabungan politik ini secara aktif sedar dan bertanggungjawab bukan secara melulu Kami memberi pandangan menerima pandangan membahas pandangan...
Pakatan Harapan S Future Lies In The Collapse Of Perikatan Nasional

Pakatan Harapan S Future Lies In The Collapse Of Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 332 hits
As long as Umno PAS and PPBM continue to unite Pakatan Harapan is doomed Pakatan Harapan s future lies in the collapse of Perikatan Nasional And according to Mahathir if you want to bring down the government you must do it from the inside I...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean