Tanjung Piai Sukar Buat Ph Tidak Mudah Buat Bn


Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat pada 1 Oktober depan untuk menentukan tarikh pilihanraya kecil Tanjung Piai, keghairahan orangramai memperkatakannya telah bermula sebaik saja berita kematian Dr. Md Farid Md Rafik mula tersebar pada pagi Sabtu lalu.Hanya beberapa jam setelah beliau diberitakan meninggal dunia kerana serangan jantung, sebermula itulah juga ramai yang serentak memberi reaksi, komen dan ulasan mengenai pilihanraya kecil Tanjung Piai itu.Termasuk antara yang paling awal memberi komen ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang pada ketika itu berada di Sabah dengan mengatakan UMNO akan berbincang dengan parti komponen BN yang lain sebelum membuat keputusan berhubung pemilihan calon.Di media sosial dan kedai kopi, baik melibatkan orang biasa atau orang politik yang ada jawatan dalam pelbagai parti serta tidak berjawatan, masing-masing seperti ada keghairahan tersendiri memberi ulasan dan membuat ramalan.Dalam PRU14 lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi Tanjung Piai dengan majoriti 524 undi dan beliau yang mewakili Bersatu kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau yang memperolehi 21,255 undi mengalahkan calon BN daripada MCA, Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon Pas, Nordin Othman (2962 undi)Dengan PH menghadapi pelbagai tekanan dan isu, sementara UMNO dan Pas baru saja “berkahwin” berasaskan Piagam Muafakat Nasional, inilah yang sebenarnya menjadikan pilihanraya kecil Tanjung Piai begitu menarik sekali.Di atas kertas dan berdasarkan sifir mudah, oleh kerana UMNO dan Pas sudah bekerjasama di mana dijangka hanya akan berlaku pertandingan satu lawan satu, tidak lagi tiga penjuru seperti PRU14 lalu, BN (20,731 + 2962) dengan mudah mampu menewaskan Bersatu (21,255) pada pilihanraya kecil nanti.Berdasarkan itu, jika dalam PRU14 lalu Md Farid menang dengan majoriti 524 undi, penyatuan UMNO dan Pas bakal membuatkan gabungan itu menang dengan kelebihan 2,438 undi.Tetapi, itu jika berdasarkan jumlah undi pada PRU14 lalu yang keadaannya tentu tidak sama dengan pilihanraya kecil nanti.Yang menjadi persoalan, mampukah Bersatu mempertahankan kerusi Tanjung Piai sekali lagi?Atau UMNO melalui kerjasama dengan Pas lebih mudah merampasnya?Sebelum jawapan diketahui, dirasakan yang akan banyak menjadi penentu ialah siapakah calon yang akan diletakkan oleh BN?Adakah masih MCA atau akan diserahkan kepada UMNO sebagaimana MIC telah memberi laluan kepada BN meletakkan calon Melayu di Cameron Highlands sebelum ini?Sehingga ini nampaknya, baik MCA atau UMNO, masing-masing menunjukkan minat yang tinggi untuk bertanding di Tanjung Piai.Dengan komposisi pengundi Melayu57 peratus dan Cina 42 peratus, baik UMNO atau MCA, setelah wujudnya kerjasama dengan Pas, kedua-duanya merasakan hampir pasti mampu menewaskan calon Bersatu di kerusi itu.Lebih-lebih lagi bagi UMNO yang ketika ini disemarakkan dengan kempen BMF atau Buy Muslim First, ditambah dengan bantuan serta doa daripada Pas, harapan mereka dikatakan lebih baik serta cerah berbanding jika BN meletakkan calon MCA.Dengan ramai orang Melayu yang mula tidak berpuas hati terhadap kerajaan PH, selain pelbagai isu kaum dan agama yang ada, kelebihan memang nyata memihak kepada UMNO berbanding Bersatu.Melalui perolehan majoriti undi Melayu, ditambah sedikit undi bukan Melayu, ia dianggap sudah memadai untuk calon UMNO mencapai kemenangan.Tetapi, oleh kerana sebelum ini Tanjung Piai merupakan kerusi MCA, menyerahkannya kepada UMNO setelah Cameron Highlands juga diserahkan oleh MIC kepada UMNO, ia adalah gambaran buruk tentang perkongsian kuasa yang akan difahami oleh pengundi bukan Melayu.Keadaan itu, bukan saja mungkin menyebabkan pengundi bukan Melayu terus memboikot calon BN, malah menipiskan peluang untuk menang dalam PRU15 akan datang.Dalam hal ini, PH memang tiada masalah dari segi meletakkan calon kerana kerusi yang pernah ditandingi Bersatu akan tetapi menjadi milik parti itu.Cuma, jika benar BN dikatakan akan meletakkan Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO dan bekas MB Johor sebagai calon, maka Bersatu haruslah juga meletakkan calon yang turut ada nama serta dikenali ramai.Kalau tidak, kacang saja kena makan dengan BN nanti!Begitu pun, jika Bersatu berlawan dengan MCA, keadaannya tetap sukar diramalkan. Tiada jaminan pengundi Melayu akan mengundi Bersatu dan tiada jaminan juga pengundi bukan Melayu akan memihak kepada MCA.Jangkaan awal dan yang pasti, majoriti 524 undi bukan suatu kelebihan buat PH, bukan juga kekurangan buat BN.Tanjung Piai – ternampak sukar buat BN, tapi tidak pula mudah untuk BN. (Shahbudindotcom 24/09/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/tanjung-piai-sukar-buat-phtidak-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Akui Ph Sukar Menang Di Tanjung Piai

Mat Sabu Akui Ph Sukar Menang Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 373 hits
Diterbitkan Hari ini 3 32 petangMenteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui sukar bagi Pakatan Harapan mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Menurutnya faktor pengundi luar yang dijangka tidak ramai pulang mengun...
Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

Calon Pembangkang Prk Tanjung Piai Tak Semesti Mca

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 431 hits
Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR Sesiapapun wakil calon pembangkang dalam PRK Tanjung Piai tidak semestinya perlu mengikut acuan semasa pemilihan PRU 14 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pasukan pembangkang tidak...
Guan Eng Beri Isyarat Tanjung Piai Kekal Milik Bersatu

Guan Eng Beri Isyarat Tanjung Piai Kekal Milik Bersatu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 235 hits
Diterbitkan Hari ini 3 59 petangSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi isyarat bahawa DAP tidak akan menuntut balik kerusi parlimen Tanjung Piai daripada Bersatu Ketika ditanya parti komponen Pakatan Harapan yang mana sepatutnya bertandi...
Coming Tanjung Piai By Election To Test Umno Pas Claim To Multiracialism

Coming Tanjung Piai By Election To Test Umno Pas Claim To Multiracialism

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 347 hits
The Umno PAS charter on political cooperation could see both parties staying out of the Tanjung Piai by election PETALING JAYA The death of deputy minister and Tanjung Piai MP Md Farid Md Rafik on Saturday means Malaysians will be seeing ye...
Tanjung Piai Milik Bersatu Guan Eng

Tanjung Piai Milik Bersatu Guan Eng

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 277 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng bercakap pada sidang media selepas hadir pada Persidangan Perisikan Pasaran Pelancongan Kesihatan Tahunan Terkemuka di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Kerusi Parlimen Tanjung P...
Slight Edge For Pakatan Harapan In Tanjung Piai Analyst

Slight Edge For Pakatan Harapan In Tanjung Piai Analyst

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 336 hits
Pakatan Harapan will have the advantage of incumbency in the impending Tanjung Piai by election As the ruling federal government Pakatan has the machinery and influence to go into the by election in a confident manner political analyst Khoo...
Mca To Discuss Tanjung Piai By Election On Thursday

Mca To Discuss Tanjung Piai By Election On Thursday

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 290 hits
MCA s central committee is expected to discuss the upcoming during a meeting on Thursday The committee is expected to discuss whether to field a candidate in the seat which is traditionally contested by MCA or make way for its ally Umno to ...
Pertembungan 2 Calon Muslim Di Tanjung Piai

Pertembungan 2 Calon Muslim Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 235 hits
Pertembungan 2 calon Muslim di Tanjung Piai Sebelum gerhana matahari cincin 26 Dis Tanjung Piai dijangka menjadi tumpuan selepas SPR mengumumkan tarikh PRK
Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

Amanah Sokong Mana Mana Calon Ph Pada Prk Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 304 hits
THE MALAYSIAN TIMES PONTIAN Parti Amanah Negara akan memberikan sokongan kepada mana mana calon Pakatan Harapan yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub berkata pihak...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet