Tangguh Pengajaran Jawi Hingga Selesai Perbincangan Lanjut Kata Ngo


Nurul Azwa ArisWakil 30 NGO daripada Gabungan Badan Bertindak Seni Khat (Sekat) menyilang tangan sebagai tanda bantahan terhadap langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah. KUALA LUMPUR: Gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebangsaan dan parti politik dari semenanjung, Sabah dan Sarawak menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi sehingga satu perbincangan lanjut dan telus dengan semua pihak berkaitan dibuat.

Setiausaha Gabungan Badan Bertindak Seni Khat (Sekat) Arun Dorasamy berkata, tidak ada presentasi atau perbincangan dengan Kementerian Pendidikan, selain menambah bahawa keputusan berhubung perkara itu dibuat secara terburu-buru.

“Gabungan ini membantah pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi dalam silibus, terutama dalam kalangan pelajar bukan Islam.

“Kami dapati ia tidak perlu. Kami berbeza pandangan dengan kementerian dalam perkara ini. Kami percaya semua rakyat Malaysia akan bersetuju jika kita memperkukuhkan Bahasa Malaysia.

“Kami tidak yakin dengan kementerian dan ketelusannya. Dalam proses ini, mereka dari Sabah dan Sarawak telah diketepikan,” katanya pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini.

Kabinet baru-baru ini memutuskan untuk menukar nama pengajaran khat kepada “tulisan Jawi” dan akan diperkenalkan tahun depan dalam silibus murid Tahun 4 di sekolah vernakular walaupun dibantah oleh beberapa kumpulan masyarakat.

Bagaimanapun ia dijadikan pengajaran pilihan dan tidak dimasukkan dalam peperiksaan.

Kabinet juga bersetuju tulisan Jawi akan diperkenalkan hanya selepas ia dipersetujui oleh persatuan ibu bapa guru (PIBG) dan ibu bapa murid.

Kumpulan pendidikan Cina dan India, termasuk Dong Zong membantah keputusan itu.

Arun berkata, persiapan untuk memperkenalkan tulisan Jawi kelihatan kelam kabut.

“Kegagalan mengadakan perbincangan terbuka dan menyeluruh dengan semua pihak menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka.”

Katanya, gabungan itu akan menghantar satu memorandum kepada kementerian dan anggota Kabinet.

Beliau berkata, Sekat akan berkunjung ke Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Katanya, gabungan itu juga akan melihat kemungkinan memfailkan semakan kehakiman mengenainya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan bertegas untuk meneruskan keputusan memperkenalkan tulisan Jawi tanpa membincangkannya dengan pihak berkaitan, Sekat akan menganjurkan “Hari Tidak Hadir ke Sekolah” di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan mereka dengan kerjasama ibu bapa yang tidak mahu anak mereka mempelajari Jawi.

Ini katanya adalah langkah terakhir bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Timbalan presiden Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) Gangging @ Ling Sanggau menyuarakan bantahannya terhadap pengajaran tulisan Jawi di sekolah, dengan berkata, ramai murid di kawasan luar bandar di Sarawak tidak beragama Islam.

Katanya, adalah lebih baik diperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris seperti dicadangkan ketua menteri Sarawak sebelum ini.

“Kita hidup dalam negara berbilang kaum, jadi saya meminta Kementerian Pendidikan supaya tidak meneruskan keputusan itu.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tangguh-pengajaran-jawi-hingga-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Ngo

Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Ngo

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 523 hits
Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam NGO Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa kerajaan untuk membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk yang dihasilkan pengusaha bu...
Tanah Melayu Milik Orang Melayu Bukan Kaum India Kata Ngo

Tanah Melayu Milik Orang Melayu Bukan Kaum India Kata Ngo

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 458 hits
Sebuah badan bukan kerajaan menolak dakwaan Malaysia milik orang India kerana pelbagai fakta sejarah membuktikan ia adalah Tanah Melayu kepunyaan orang Melayu Atas kebaikan dan toleransi bangsa Melayu telah sanggup berkongsi tempat tinggal ...
Tiada Perbincangan Selagi As Tidak Sertai Semula Jcpoa Kata Iran

Tiada Perbincangan Selagi As Tidak Sertai Semula Jcpoa Kata Iran

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 171 hits
Tiada perbincangan selagi AS tidak sertai semula JCPOA kata Iran Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Aug 2019 1
Berulang Kali Jokowi Ucap Kata Maaf Saat Pembekalan Anggota Dpr Dan Dpd Terpilih

Berulang Kali Jokowi Ucap Kata Maaf Saat Pembekalan Anggota Dpr Dan Dpd Terpilih

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 288 hits
Presiden Joko Widodo berulang kali melontarkan kata maaf saat memberikan sambutan pembukaan orientasi pemantapan nilai nilai kebangsaan terhadap anggota DPR dan DPD terpilih periode 2019 2024
Soal Kabar Kehamilannya Ini Kata Syahrini

Soal Kabar Kehamilannya Ini Kata Syahrini

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 215 hits
Belakangan ini kabar kehamilan Syahrini begitu gencar terdengar Kabar itu hadir lantaran perut terlihat semakin membuncit dan itu kerap mencuri perhatian
Viral Video Ayah Gendong Jenazah Anaknya Karena Ditolak Gunakan Ambulans Ini Kata Dinkes Tangerang

Viral Video Ayah Gendong Jenazah Anaknya Karena Ditolak Gunakan Ambulans Ini Kata Dinkes Tangerang

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 258 hits
Sebuah video seorang ayah meggendong jenazah anaknya berjalan kaki dari sebuah Puskesmas di Tangerang viral di media sosial Diketahui bocah bernama Husein merupakan korban tenggelam di Sungai Cisadane pada Jumat Nyawa bocah tersebut sudah t...
Syed Saddiq Bodoh Sombong Zaid Kata

Syed Saddiq Bodoh Sombong Zaid Kata

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 752 hits
Datuk Zaid Ibrahim mengecam Menteri Belia dan Sukan yang melabel kumpulan yang membantah pembelajaran jawi sebagai bodoh sombong Bekas menteri berkata individu yang bodoh sombong sebenarnya bukan mereka tetapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ...
Selepas Kerajaan Setuju Luluskan Gojek Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik Ini Sebabnya

Selepas Kerajaan Setuju Luluskan Gojek Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 238 hits
Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan Selepas Kerajaan Setuju Luluskan GoJek Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik Ini Sebabnya
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung