Tangani Nf1 Menerusi Kesedaran Dan Diagnosis


 
Untuk edisi kali ini, AlongMurni (AM) nak kongsikan perihal ‘PENYAKIT JARANG JUMPA’ yang dikenali sebagai ‘NEUROFIBROMATOSIS JENIS 1’ (NF1). Walaupun penyakit ini diklasifikasikan sebagai penyakit jarang jumpa, namun tanpa kita sedari, sebenarnya lebih ramai rakyat Malaysia menderita dengan NF1 dari apa yang kita jangkakan.

TANGANI NEUROFIBROMATOSIS JENIS 1 MENERUSI KESEDARAN DAN DIAGNOSIS NF1 adalah penyakit genetik autosomal dominan yang berlaku dengan kebarangkalian 50:50; sama ada diwarisi daripada ibu bapa atau disebabkan mutasi spontan pada gen NF1. NF1 ialah penyakit yang boleh melibatkan pelbagai sistem tubuh badan, antara cirinya termasuklah perkembangan tumor pada tisu saraf, perubahan pigmentasi kulit, serta komplikasi yang lain.

Penyakit ini berisiko terjadi seawal usia kanak-kanak, dengan anggaran 1 daripada 3,000 kanak-kanak mengalami NF1 di seluruh dunia. Simptom awal termasuk bintik-bintik coklat muda (café’ au-lait macules) pada kulit, atau benjolan sama ada di permukaan atau di bawah permukaan kulit (neurofibromas), keadaan ini menyukarkan ibu-bapa dalam mengenalpasti permulaan penyakit anak mereka.

Dalam kalangan pengidap NF1, 30%-50% daripada mereka berisiko mengalami Neurofibroma Pleksiform (PN), yang sebahagian besarnya dapat dikenal pasti sejak lahir. PN berisiko menyebabkan kecacatan melampau, kelumpuhan, serta mengganggu pertumbuhan dan fungsi normal anggota badan.

NF1 juga boleh menyebabkan bebanan psikososial yang ketara kepada pesakit kerana simptom lain seperti tumor yang merebak pada saraf boleh menyebabkan benjolan ketara, dan mungkin menarik perhatian yang tidak diingini dari khalayak ramai.

PENDEKATAN PELBAGAI DISIPLIN BAGI PENGURUSAN PENYAKIT JARANG JUMPA Berdasarkan kepentingan itu, sekumpulan pakar terdiri daripada - Professor Dr Thong Meow Keong, Pakar Perunding Genetik Klinikal, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya; Dr Ngu Lock Hock, Ketua Jabatan, Jabatan Genetik, Hospital Kuala Lumpur; Azrul Mohd Khalib, Pengasas Dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre For Health And Social Policy, Dan Puan Nadiah Hanim Binti Abdul Latif, Presiden Malaysian Rare Disorders Society telah hadir di forum media untuk membincangkan kepentingan menangani NF1 menerusi pelbagai langkah pendekatan.


Dr. Ngu Lock Hock, Ketua Jabatan, Jabatan Genetik, Hospital Kuala Lumpur berkata, “Usaha bagi mendekatkan jurang kesedaran adalah langkah utama untuk meningkatkan pemahaman NF1 tidak hanya dikalangan awam, tetapi ia juga penting kepada pengamal perubatan. Sebaik-baiknya, kita wajar meningkatkan kurikulum perubatan untuk penyakit jarang jumpa ini dan memanfaatkan platform media sosial sebagai kempen kesedaran. Bahkan, tumpuan juga perlu diberikan kepada usaha kita bekerjasama dengan kumpulan sokongan pesakit bagi memulakan perubahan kepada dasar dan pembiayaan penyakit jarang jumpa.”


Berucap di majlis berkenaan, Professor Dr. Thong Meow Keong, Pakar Perunding Genetik Klinikal, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, “NF1 adalah penyakit yang memerlukan pengurusan menyeluruh daripada pasukan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perubatan termasuklah pakar neurologi, pakar genetik, pakar bedah, dan pelbagai kepakaran perubatan yang lain. Disebabkan ini, penting bagi kita mewujudkan kumpulan perubatan khas dalam menguruskan NF1.”


“Penubuhan kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai pakar kesihatan adalah penting dalam membuat proses diagnosis,dan seterusnya menambah baik  pengurusan NF1 agar rawatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit. Kita wajar mendesak perubahan dasar dalam pendekatan penyakit jarang jumpa ini dan ia meliputi keperluan pembiayaan, perkhidmatan dan sumber yang tidak berpusat bagi menjamin kualiti kesihatan di Malaysia. Bahkan,terdapat keperluan melaksanakan lebih banyak latihan perubatan untuk melahirkan pakar bagi penyakit jarang jumpa , termasuklah memberikan pengiktirafan serta jawatan kepada kaunselor genetik,” kata Professor Dr. Thong.

Menyokong seruan perubahan dasar berkenaan, Azrul Mohd Khalib, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy bersependapat bahawa perubahan dasar dapat memupuk pendekatan ekosistem dalam menguruskan penyakit jarang jumpa dan meningkatkan akses rawatan yang diperlukan pesakit bagi mendapatkan kesihatan lebih baik.


Azrul juga berkata, “Oleh kerana NF1 terlalu asing kepada pengetahuan orang ramai, terdapat jurang yang besar dalam memenuhi hak keperluan pesakit bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan berkesan. Menangani NF1 memerlukan pendekatan menyeluruh, membabitkan pelbagai disiplin perubatan dan mempertingkatkan dasar sedia ada bagi menghadapi cabaran berterusan penyakit jarang jumpa berkenaan.”


Puan Nadiah Hanim binti Abdul Latif, Presiden Malaysian Rare Disorders Society (MRDS) berkata, “PENYAKIT JARANG JUMPA wujud tanpa kita sedari, walaupun begitu, kurangnya maklumat penting di kalangan orang awam untuk membantu pesakit menghadapinya. Pesakit memerlukan bimbingan yang jelas dan terancang dalam menyokong pengurusan penyakit mereka. Usaha kami untuk mendekatkan jurang kesedaran terhadap NF1 bertunjangkan kepada harapan untuk membantu lebih ramai memahami NF1 dan memastikan lebih ramai pesakit mendapatkan diagnosis serta rawatan sewajarnya.”


“MRDS terus bekerjasama dengan kumpulan pesakit, pakar perubatan dan kesihatan, dan semua pihak berkepentingan yang terbabit untuk menambah baik perjalanan pesakit bermula di peringkat awal mengenal pasti diagnosis sehinggalah pesakit mendapatkan rawatan sewajarnya. Kami komited bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meneruskan usaha menjamin hak kesihatan dan kesejahteraan setiap individu pengidap penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka dipertahankan di Malaysia. Dalam mendukung komitmen negara terhadap Liputan Kesihatan Universal, kami percaya tiada seorang pun wajar dinafikan hak mereka mendapatkan rawatan.”

PELANCARAN LAMAN WEB LET’S NOW FIGURE 1Bersempena forum itu juga, turut berlangsung pelancaran laman web Let’s Now Figure 1 sebagai inisiatif memacu kesedaran terhadap NF1. Laman web yang disokong oleh AstraZeneca itu berfungsi sebagai pusat yang menawarkan maklumat penting NF1 – termasuklah informasi mengenai  simptom, diagnosis,  serta pendapat dalam pengurusan NF1.

Melalui laman website www.learnNf1.my kita berpeluang untuk mengenali pasukan kesihatan yang berpotensi untuk dihubungi bagi mendapatkan pelan rawatan (pesakit), bersama maklumat lengkap kepada pesakit yang baharu didiagnosis, serta persediaan kepada keluarga yang memiliki anak-anak pengidap NF1.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/10/tangani-nf1-menerusi-kesedaran-dan-diagnosis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Baik Kenderaan Ev Boleh Dimiliki Semua Menerusi Subsidi Bersasar Bantuan Kewangan

Berita Baik Kenderaan Ev Boleh Dimiliki Semua Menerusi Subsidi Bersasar Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 284 hits
HarapanDaily comKerajaan akan memastikan kenderaan elektrik boleh dimiliki oleh semua kumpulan masyarakat menerusi pemberian subsidi bersasar dan bantuan kewangan kata Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Teng...
Amin Zahir Rasa Cinta Pada Sarawak Menerusi Kedey Kamek

Amin Zahir Rasa Cinta Pada Sarawak Menerusi Kedey Kamek

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 211 hits
Hai readers Kali ini Misz ella nak kongsikan tentang orang kuat disebalik tabir kejayaaan Kedey Kamek restoran yang membawakan makanan dari negeri Sarawak iaitu Amin Aznizan Kedey Kamek bukanlah asing di kalangan penggemar makanan Sarawak d...
Michael Gambon Yang Terkenal Menerusi Watak Albus Dumbledore Dalam Rangkaian Filem Harry Potter Meninggal Dunia

Michael Gambon Yang Terkenal Menerusi Watak Albus Dumbledore Dalam Rangkaian Filem Harry Potter Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 187 hits
London Pelakon Michael Gambon yang terkenal menerusi watak Albus Dumbledore dalam rangkaian filem Harry Potter meninggal dunia disebabkan penyakit pneumonia semalam Gambon 82 menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di hadapan keluarga te...
Khai Bahar Suntik Semangat Anak Muda Menerusi Lagu Lat Tali Lat

Khai Bahar Suntik Semangat Anak Muda Menerusi Lagu Lat Tali Lat

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKHAI BAHAR MENYUNTIK SEMANGAT ANAK MUDA MENERUSI LAGU LAT TALI LAT Selepas memenangi Penyanyi Pilihan Alha Alfa di pentas Anugerah Juara Lagu 37 Khai Bahar terus berjuang dan kali ini beliau membawa sediki...
Ikea Tebrau Toppen Bekerjasama Dengan Jdt Untuk Membina Penglibatan Komuniti Di Johor Menerusi Bola Sepak

Ikea Tebrau Toppen Bekerjasama Dengan Jdt Untuk Membina Penglibatan Komuniti Di Johor Menerusi Bola Sepak

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 247 hits
IKEA Tebrau Toppen Bekerjasama dengan JDT untuk Membina Penglibatan Komuniti di Johor Menerusi Bola Sepak IKEA Tebrau dan Pusat Beli belah Toppen telah mengumumkan The post appeared first on
Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 147 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara one off bagi menyelesaikan isu kekurangan 20 000 guru di negara ini Cadangan itu adalah antara lima perkara yang digariskan Pensyarah Pusa...
Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 158 hits
Pengusaha kedai kopi harap Belanjawan 2024 sedia insentif tangani isu harga barang Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitka
Sweden Dapatkan Bantuan Tentera Tangani Keganasan Berkumpulan

Sweden Dapatkan Bantuan Tentera Tangani Keganasan Berkumpulan

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 68 hits
TENTERA di Sweden mungkin dipanggil untuk membantu mengurangkan keganasan berkumpulan yang semakin meningkat mengikut rancangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ulf Kristersson lapor Agensi Berita Jerman Sebanyak 11 orang ditembak mati b...
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Gkb Eurycozin Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

Best Dividend Stock Malaysia 2024 Highest Yield

4 Syarikat Multinasional Henti Operasi Di Malaysia

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Mengenali Jenis Panadol Dan Fungsinya

Permohonan Kursus Ai Utm Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Produk Gkb Lion S Mane Mushroom Baik Untuk Kesihatan Otak



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Najib Kekal Dipenjara

Miker Pizza Tolong Buka Banyak Cawangan Yer Pizza Korang Memang Sedap

Oo My Viva A Day To Remember

Bermalam Di Hotel Legend Inn Taiping

Ww Tapau Jer

Alat Untuk Pendidikan Seni